omniture

Gryphon Investors Bersetuju Labur dalam Jenama Perlindungan Tangan Penggemar, Mechanix Wear

Gryphon Investors
2019-08-20 00:08 139

SAN FRANCISCO, 19 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Gryphon Investors ("Gryphon"), sebuah firma ekuiti persendirian pasaran pertengahan yang berpangkalan di San Francisco, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian muktamad untuk membuat pelaburan penting dalam Mechanix Wear® (atau "Syarikat"), pereka dan pengeluar utama sarung tangan kerja berprestasi tinggi. Menjalin kerjasama dengan pemilik semasa dan Ketua Pegawai Eksekutif Michael Hale, yang akan mengekalkan kepentingan pemilikan dalam Syarikat, Gryphon berhasrat untuk membina platform utama dalam sektor Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE). Urus niaga ini, yang dijangka ditutup pada suku keempat, tertakluk kepada syarat-syarat penutupan lazim. Terma-terma perjanjian tidak didedahkan.

Ditubuhkan pada tahun 1991 oleh Jim Hale, Mechanix Wear ialah peneraju bagi perlindungan tangan automotif, pembinaan, perindustrian dan taktikal. Anak lelaki En. Hale, Michael Hale, yang menyertai Syarikat pada tahun 2005 dan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif sejak tahun 2016, telah mengawasi pertumbuhan pesat dan pengembangan antarabangsa Syarikat. Jenama yang diiktiraf di seluruh dunia, Mechanix Wear memiliki reputasi dalam memberikan prestasi unggul, kualiti dan keandalan secara konsisten serta memperoleh pengikut yang setia dan semakin berkembang dalam kalangan pengguna yang menggemarinya. Beribu pejabat di Valencia, California, Syarikat menjual produk-produknya di lebih 20,000 lokasi kedai jualan runcit di lebih 70 negara dan melalui pengedar perindustrian.

Sebagai sebahagian daripada urus niaga berkenaan, Jesse Spungin menyertai Mechanix Wear sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Operasi, menggantikan Ketua Pegawai Operasi semasa Bari Waalk, yang akan mengundurkan diri daripada Syarikat pada bulan Disember selepas perkhidmatan selama 30 tahun untuk mengejar peluang-peluang baharu. En. Spungin, yang akan bertanggungjawab untuk memimpin bahagian Jualan, Pemasaran dan Operasi di seluruh dunia, baru-baru ini berkhidmat sebagai Presiden di K&N Engineering, peneraju industri bagi penapisan dan teknologi automotif serta pelaburan portfolio Gryphon terdahulu.

Keith Stimson, Rakan Kongsi dan Ketua Kumpulan Produk dan Perkhidmatan Pengguna di Gryphon, berkata, "Pelaburan kami dalam Mechanix Wear meneruskan aktiviti Gryphon yang telah lama membuahkan hasil dalam menyokong jenama-jenama penggemar dan gaya hidup alternatif. Mechanix Wear ialah jenama autentik yang berasal daripada warisan NASCAR yang bermula hampir 30 tahun yang lalu dan telah membina kumpulan pengguna yang besar dan setia. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Syarikat tatkala kami membina perniagaan bersama-sama menuju tahap seterusnya dalam evolusinya sebagai peneraju pasaran dalam perlindungan tangan."

Rakan Kongsi Operasi Kumpulan Produk dan Perkhidmatan Pengguna Gryphon Dennis O'Brien menambah, "Michael Hale dan pasukan pengurusan beliau telah membina jenama sarung tangan kerja yang dikaitkan oleh pekerja dan pengguna seluruh dunia dengan inovasi, kualiti dan kecemerlangan operasi dan kami berhasrat untuk membantu mereka menunaikan janji berkenaan. Pelaburan Gryphon akan membolehkan Syarikat mempercepatkan pertumbuhan organik dan mendorong yang terbaik dalam inovasi produk sektor, sambil mengekalkan perhatian tertinggi untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dan penggunanya."

"Kami berasa gembira untuk bekerjasama dengan Gryphon, yang memegang rekod prestasi yang panjang dalam membantu syarikat-syarikat milik keluarga mengembangkan perniagaan mereka dengan jayanya," kata En. Hale. "Dengan sokongan daripada sumber-sumber operasi mendalam Gryphon dan Presiden serta Ketua Pegawai Operasi baharu kami, kami berharap dapat memanfaatkan kedudukan kepimpinan dan jenama kukuh Mechanix Wear untuk mempercepatkan pertumbuhan merentas saluran, termasuk jualan runcit, e-dagang, perindustrian dan persekutuan serta geografi termasuk Amerika Utara, Asia dan Eropah."

"Perlindungan tangan merupakan keperluan yang penting dan semakin meningkat dalam ekonomi moden dan Mechanix Wear ialah jenama yang paling diingini dengan kedudukan pasaran utama yang lama bertapak dalam pasaran bernilai tinggi, yang mana permintaan meningkat terpantas," kata Ryan Fagan, Naib Presiden Kanan Gryphon. "Kami berharap dapat bekerjasama dengan Michael, Jesse serta seluruh pasukan pengurusan untuk menyokong pertumbuhan organik Syarikat dan bagi mengenal pasti pemerolehan menarik untuk mengembangkan platform."

EC M&A dan Houlihan Lokey bertindak sebagai penasihat kewangan Gryphon manakala Kirkland & Ellis bertindak sebagai penasihat undang-undang firma. Doug Hood merupakan penasihat kewangan untuk Mechanix Wear manakala Stradling Yocca Carlson and Rauth merupakan penasihat undang-undang Syarikat.

Latar Belakang Mechanix Wear® 
Sejak pengenalan sulung sarung tangan kerja Original® di 1991 Daytona 500, Mechanix Wear telah membina reputasi sebagai peneraju dalam perlindungan tangan automotif, pembinaan, perindustrian dan taktikal. Misi kami adalah untuk melihat melangkaui idea konvensional dan terus menginovasi sarung tangan yang paling canggih untuk kerja-kerja tangan. Tool That Fits Like a Glove®. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.mechanix.com.

Latar Belakang Gryphon Investors
Berpangkalan di San Francisco, Gryphon Investors (www.gryphoninvestors.com) ialah sebuah firma ekuiti persendirian terkemuka yang memberi tumpuan untuk membuat pengembangan menguntungkan dan meningkatkan secara kompetitif syarikat-syarikat pasaran pertengahan dengan kerjasama pasukan-pasukan pengurusan berpengalaman. Firma ini telah mengurus lebih $4.9 bilion pelaburan ekuiti dan modal sejak tahun 1997. Gryphon V menyasarkan pelaburan ekuiti kira-kira sebanyak $100 juta hingga $300 juta, bagi setiap syarikat portfolio, termasuk pelaburan bersama yang sering dibuat oleh rakan-rakan kongsi terhadnya. Gryphon mengutamakan peluang yang membolehkannya memeterai perkongsian yang kukuh dengan pemilik serta eksekutif bagi membina syarikat-syarikat terkemuka, memanfaatkan modal Gryphon, sumber profesional khusus dan kepakaran kendalian.

Hubungi 
Caroline Luz
Owen Blicksilver Public Relations, Inc.
203-656-2829 
caroline@blicksilverpr.com

Source: Gryphon Investors
Keywords: Auto Banking/Financial Service Construction/Building Household/Consumer/Cosmetics Contracts