omniture

Microland Namakan Ashish Mahadwar sebagai Presiden Jualan & Pemasaran Global

Microland
2019-08-20 12:59 184

BANGALORE, India, 20 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Microland, syarikat transformasi IT digital yang terkemuka di India, hari ini mengumumkan bahawa Ashish Mahadwar akan menyertai syarikat yang beribu pejabat di Bangalore sebagai Presiden, Jualan dan Pemasaran Global, berpangkalan di pejabat San Jose Microland di AS. Mahadwar membawakan kebolehan untuk mempercepatkan inovasi dan skala global kepada jawatan tersebut, demi menghormati keperluan pelanggan yang berkembang.

Kerjaya global yang pelbagai selama lebih 30 tahun telah mempersiapkan Mahadwar untuk meluaskan aplikasi, infrastruktur dan keupayaan perundingan di seluruh dunia. Baru-baru ini, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi & Pendapatan di sebuah syarikat perkhidmatan IT yang terkemuka di San Francisco Bay Area dan sebelum itu beliau merupakan Penasihat Kanan di Bain Capital. Terdahulu, beliau merupakan ahli Jawatankuasa Eksekutif dan Naib Presiden Eksekutif/Pengurus Besar Kumpulan Perniagaan Baru Muncul di CSC yang melapor kepada Ketua Pegawai Eksekutif, yang mana beliau bertanggungjawab terhadap semua perniagaan Generasi seterusnya. Dari tahun 2003 – 2014, Mahadwar berkhidmat untuk Cognizant Technology Solutions menerusi pelbagai jawatan. Jawatan terakhir yang disandang oleh beliau di syarikat berkenaan ialah Naib Presiden Kanan/Pengurus Besar, Perkhidmatan Aplikasi Perusahaan.

Mahadwar melihat Microland berkedudukan unik dalam pasaran perkhidmatan IT. Mahadwar memerhatikan bahawa, "Dengan tiga puluh tahun tumpuan pada pengurusan infrastruktur, Microland dapat menyokong perusahaan dalam perjalanan digital mereka dengan cara yang benar-benar bermakna. Hari ini, apabila infrastruktur bergabung dengan pengautomatan dan IIot, pengkhususan yang mendalam ini bermaksud Microland mempunyai ketangkasan dan kebolehan inovasi untuk mewujudkan kelebihan daya saing yang kukuh untuk pelanggan kami. Saya amat teruja dengan peluang ini."

Seorang ahli yang berbangga dengan kelab besar kakitangan Microland yang pernah mengundurkan diri dan kemudian kembali semula berkhidmat di sini, Mahadwar meluangkan masa selama sembilan tahun dengan jawatan-jawatan penting bersama Microland pada peringkat awal kerjaya beliau, termasuk pelancaran Syarikat Perkhidmatan Profesional Internet pertama India, sebagai Naib Presiden planetasia.com. Sekembalinya beliau, beliau akan memimpin pemerolehan pelanggan baharu, mengukuhkan hubungan dengan pelanggan sedia ada, menjalin perkongsian teknologi dan mendayakan transformasi strategik Microland sebagai rakan kongsi yang membantu perusahaan beralih ke dunia digital.

"Akhirnya, piagam Ashish adalah untuk membina kemajuan kami di seluruh dunia bagi memastikan agar penerimaan AI, pengautomatan dan IIoT oleh pelanggan kami boleh diramal, andal, stabil dan terkemuka dalam industri," ujar Kar. "Microland akan mengharapkan Ashish untuk menyumbang dengan banyaknya terhadap kepimpinan pemikiran Microland dengan memperbaharui semula bagaimana aplikasi inovatif infrastruktur generasi seterusnya akan mempercepatkan hampir setiap aspek sesebuah perusahaan."

Latar Belakang Microland 

Penyampaian digital Microland adalah segala-galanya untuk menjadikan teknologi melakukan lebih lagi dan kurang mengganggu. Tatkala kami membantu perusahaan beralih kepada teknologi Generasi seterusnya, kami memastikan agar penerimaan kecemerlangan ini boleh diramal, andal dan stabil.

Diperbadankan pada tahun 1989 dan beribu pejabat di Bangalore, India, Microland terdiri daripada lebih 4,500 pakar digital merentas pejabat dan pusat penghantaran di Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang syarikat di www.microland.com

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/717242/Microland_Logo.jpg

 

Source: Microland
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Personnel announcements