omniture

IMKAN Anugerahi CNTC China sebagai Kontraktor Utama untuk Projek Pixel di Makers District di Pulau Reem

IMKAN
2019-08-22 08:00 194

Perkongsian pemaju berpangkalan di Abu Dhabi dengan CNTC mencerminkan sokongan modal untuk Inisiatif Jalur dan Jalan China

ABU DHABI, UAE, 22 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Syarikat pembinaan Cina yang disegani China Nantong Sanjian Construction Group (CNTC), telah dianugerahkan sebagai kontraktor utama untuk projek Pixel IMKAN di Abu Dhabi. IMKAN, subsidiari milik penuh Abu Dhabi Capital Group (ADCG), ialah pemaju hartanah berasaskan penyelidikan dengan portfolio yang terdiri daripada 26 projek yang mencakupi tiga benua.

Pixel comprises 7 uniquely designed towers surrounding a pedestrianized plaza and is located within Makers District in Abu Dhabi, UAE.
Pixel comprises 7 uniquely designed towers surrounding a pedestrianized plaza and is located within Makers District in Abu Dhabi, UAE.

CNTC telah beroperasi selama lebih 60 tahun dan merupakan salah sebuah syarikat pembinaan yang terbesar di China dengan kehadiran di lebih 35 negara dan 120 bandar raya.

Ketua Pegawai Eksekutif IMKAN, Walid El-Hindi berkata: "Kesatuan syarikat-syarikat kami mencerminkan hubungan erat antara UAE dan China. Abu Dhabi ialah hab untuk perdagangan global dan UAE bakal memainkan peranan penting dalam Inisiatif Jalur dan Jalan China."

Naib Presiden CNTC, Xinrong Xu berkata: "Kami mengalu-alukan kolaborasi ini. China dan UAE menikmati hubungan simbiotik yang mencakupi budaya, pelaburan dan perdagangan serta disokong oleh pemahaman mendalam tentang peranan penting yang kami mainkan dalam pembangunan dan kemakmuran ekonomi rantau ini." 

CNTC, yang telah menerima, Anugerah Luban, lebih 15 kali, telah membantu dalam projek-projek seperti Bangunan Pusat Shanghai; terminal-terminal di lapangan terbang Antarabangsa Shanghai Hongqiao dan Beijing, Bangunan Persekutuan Rusia, menara Presiden Bangalore dan Bangunan Parlimen Togo.

Hibrid syarikat-syarikat antarabangsa yang terlibat dalam pembinaan dan reka bentuk Pixel memperlihatkan sifat progresif ibu kota UAE. IMKAN pernah bekerjasama dengan firma seni bina Belanda yang terkenal di dunia, MVRDV yang berkongsi etos berasaskan penyelidikan pemaju tersebut dan sebagaimana IMKAN, dikenali kerana menerapkan prinsip-prinsip pewujudan tempat dalam amalan mereka. MVRDV terlibat dalam banyak projek yang terkenal di seluruh dunia termasuk Perpustakaan Tianjin Binhai yang luar biasa di China, Seoullo 7017 Skygarden di Seoul. Pereka-pereka yang memenangi anugerah ini turut menyumbang kepada kedai unggulan Bulgari di Kuala Lumpur dan projek Future Towers di Pune, India.

Kerja-kerja di tujuh menara Pixel dijadualkan siap pada suku keempat tahun 2021. Kawasan kejiranan yang meriah itu menawarkan komuniti guna campur, beraneka kemudahan dan mesra pejalan kaki yang dibina di sekitar plaza dan akan merangkumi 525 unit kediaman. Menara-menara uniknya akan mempunyai kawasan awam yang interaktif seperti ruang kerja bersama. Berserta 26 kemudahan yang menaik; Pixel menawarkan hab makanan dan minuman (F&B) tempatan, jualan runcit serta kreatif.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi laman sesawang Pixel IMKAN atau hubungi pasukan IMKAN di hello@imkan.ae

generated by system

IMKAN’s 18-hectare flagship project in Abu Dhabi - Makers District.
IMKAN’s 18-hectare flagship project in Abu Dhabi - Makers District.

 

Source: IMKAN
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Real Estate Residential Real Estate Contracts Joint ventures