omniture

Pneuma Respiratory, Inc. Umum Pengerusi Lembaga Baharu

Pneuma Respiratory
2019-08-23 00:06 149

BOONE, Carolina Utara, 23 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Pneuma Respiratory, Inc. mengumumkan bahawa ahli Lembaga Jay Morgan telah mengambil alih jawatan Pengerusi Lembaga. Pengerusi terdahulu Pneuma, Walt Robb, akan kekal sebagai ahli Lembaga Pengarah.

Jay Morgan berkhidmat sebagai Naib Presiden Inovasi dan Reka Bentuk Global untuk Bayer Consumer Care, Naib Presiden Inovasi Global untuk Merck Consumer Health dan Ketua Pegawai Operasi - Operasi Penyelidikan untuk Merck Consumer Health di seluruh dunia. Kini, beliau merupakan rakan kongsi pengasas Pedal, agensi inovasi yang berpangkalan di Knoxville yang menggunakan reka bentuk berfokus manusia untuk mencipta produk, perkhidmatan dan model perniagaan baharu. Dilatih sebagai ahli kimia di Ohio Northern University, kerjaya beliau berada di titik persilangan antara pandangan manusia, teknologi dan keperluan perniagaan.

"Kami berbesar hati dengan adanya Jay menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi," ujar Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Pneuma Eric Hunter. "Sumbangan Jay sebagai ahli Lembaga kami adalah tidak ternilai dan saya berharap dapat bekerjasama dengan beliau menerusi jawatan beliau sebagai Pengerusi. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Walt Robb atas bimbingan dan nasihat beliau sebagai Pengerusi, selain komitmen berterusan beliau kepada Pneuma sebagai ahli penting dalam Lembaga."

Semasa pelantikan beliau sebagai Pengerusi, Jay Morgan menyatakan, "Apabila saya menyertai Lembaga Pneuma Respiratory, saya kagum dengan kekuatan dan kedalaman organisasi serta keupayaan unik teknologinya. Kami akan terus membina sebuah syarikat bertaraf dunia yang menyediakan pelbagai jenis ubatan dan rumusan melalui peparu. Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan Eric dan pasukan sebagai Pengerusi untuk mencapai matlamat berkenaan."

"Setelah bekerjasama dengan Jay Morgan dalam Lembaga Pengarah, saya dapat menyatakan tanpa ragu-ragu bahawa beliau ialah pilihan yang sangat baik untuk memberi kepimpinan sebagai Pengerusi Pneuma Respiratory," kata Walt Robb. "Saya teruja tentang masa depan kami dan mengalu-alukan peluang untuk terus berkhidmat sebagai ahli Lembaga."

Latar Belakang Pneuma Respiratory 

Dilancarkan pada tahun 2015, Pneuma Respiratory ialah sebuah syarikat farmaseutikal yang berpangkalan di Boone, Carolina Utara. Dengan pasukan global yang terdiri daripada penyelidik, pakar perubatan, pereka dan jurutera, Pneuma mempunyai alat sedut diaktifkan nafas digital yang bersepadu sepenuhnya. Menggunakan teknologi ejektor titisan digital Pneuma, peranti Pneuma, walaupun kini disediakan untuk tujuan penyelidikan sahaja, dapat memberikan spektrum terapi baharu, termasuk biologik, kepada peparu. Untuk maklumat lanjut kunjungi www.pneumarespiratory.com

Hubungi:
Christy Anglin
canglin@pneumarespiratory.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/887236/Pneuma_Respiratory_Logo.jpg

Source: Pneuma Respiratory
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Personnel announcements