omniture

Antioksidan Super Ergotioneina Capai Status GRAS daripada FDA

Blue California
2019-08-23 00:24 167

Keputusan Dorong Pasaran Antipenuaan

Kajian-kajian Baru Muncul Dedahkan pengambilan Ergotioneina Berkolerasi untuk Kurangkan Gangguan Kognitif Ringan  

RANCHO SANTA MARGARITA, California, 23 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Pembekal dan pengeluar ramuan yang berpangkalan di California Selatan, Blue California mengumumkan bahawa FDA mengeluarkan surat Diiktiraf Umum sebagai Selamat (GRAS) untuk ErgoActive® (Ergotioneina) atau (Ergo) di bawah "syarat penggunaan yang dimaksudkan". Keputusan ini membolehkan pengeluar produk untuk menggabungkan sebatian antioksidan yang berkuasa dalam pelbagai produk pengguna yang boleh dipasarkan termasuk kegunaan kosmetik, kecantikan, makanan, minuman dan nutraseutikal.

Blue California menawarkan ramuan proprietari ini, yang merupakan satu-satunya produk ergotioneina dalam pasaran yang dihasilkan oleh penapaian semula jadi. "Proses penapaian unik Blue California ialah penyelesaian pilihan industri memandangkan semua alternatif disintesis secara kimia," kata Katie Ferren, naib presiden jualan dan pemasaran.

Sifat-sifat antioksidan super dan antiradang Ergo membantu mencegah dan memerangi tekanan oksidatif. Asid amino yang wujud secara semula jadi biasanya disediakan kepada tubuh badan daripada sumber-sumber makanan seperti cendawan yang mana ia amat kaya dengan asid amino. Kajian-kajian terkini mendapati terdapatnya korelasi antara tahap Ergo dalam tubuh, pengambilan cendawan dan pengurangan kejadian gangguan kognitif berkaitan umur.

"Pencapaian status GRAS menjadikan ErgoActive® sebagai sumber yang boleh dipasarkan dan bernilai secara komersial," kata Hadi Omrani, pengarah hal ehwal teknikal dan pengawalseliaan.

Daripada ketiga-tiga penerbitan yang relevan, penerbitan paling terkini daripada Journal of Alzheimer's Disease pada 12 Mei 2019, diberi tajuk "The Association between Mushroom Consumption and Mild Cognitive Impairment: A Community-Based Cross-Sectional Study (Perkaitan antara Pengambilan Cendawan dan Gangguan Kognitif Ringan: Satu Kajian Rentas-Silang Berdasarkan Komuniti)."

Kajian ini dijalankan di Singapura oleh usaha konsortium ahli-ahli profesional sains hayat di sekolah perubatan, jabatan biosains universiti dan hospital. Ia mendapati bahawa golongan dewasa berusia 60 tahun dan ke atas yang kurang mengambil cendawan berbanding kumpulan umur kawalan sama yang mengambil lebih banyak cendawan, mempunyai kadar gangguan kognitif ringan yang lebih tinggi. Data ini menyokong hipotesis baru muncul bahawa sebatian bioaktif cendawan dan Ergo khususnya mungkin melambatkan permulaan neurodegenerasi.

Dalam kajian tahun 2016 yang lebih awal, penulis-penulis memerhatikan variasi luas tahap Ergo plasma antara kumpulan-kumpulan dan mencadangkan bahawa "kekurangan Ergo mungkin menjadi faktor risiko, menyebabkan kecenderungan individu kepada penyakit neurodegeneratif." Peserta-peserta dalam kajian ini secara purata berusia 75 tahun. Kajian ini, diterbitkan dalam Biochemical and Biophysical Research Communications, diberi tajuk "The Ergothioneine levels in an elderly population decrease with age and incidence of cognitive decline: a risk factor for neurodegeneration? (Tahap Ergotioneina dalam populasi warga emas berkurangan dengan umur dan kejadian penurunan kognitif: faktor risiko untuk neurodegenerasi?)"

Hipotesis bahawa Ergo mungkin memainkan peranan dalam mengurangkan gangguan kognitif ringan mendapat sokongan selanjutnya lewat tahun lalu apabila ahli biokimia Amerika Dr. Bruce Ames mengkaji semula data yang menunjukkan bahawa pengurangan kadar pengambilan Ergo mungkin membawa kepada kerosakan oksidatif protein, lipid dan DNA. Ia diterbitkan dalam Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America (PNAS).

Dalam artikel menarik beliau, "Prolonging healthy aging: Longevity vitamins and proteins (Memanjangkan penuaan yang sihat: Vitamin dan protein lanjut usia)," Ames menggambarkan Ergo dan beberapa sebatian makanan lain sebagai "Vitamin Lanjut Usia Andaian." Bahagian paling penting dalam premis beliau adalah pengurangan pengambilan Ergo dan vitamin-vitamin lain sepanjang hayat, berkemungkinan disebabkan oleh pengambilan makanan diproses berlebihan atau diet yang kekurangan makanan kaya Ergo, mungkin menyumbang kepada banyak penyakit berkaitan usia. Pengambilan Ergo yang mencukupi seterusnya mungkin menyumbang kepada penuaan yang lebih sihat, khususnya apabila digabungkan dengan tabiat makan yang lebih sihat.

Latar Belakang Blue California 

Selama lebih 20 tahun, Blue California menghasilkan ramuan unggul untuk pasaran global melalui inovasi dan mengeluarkan sebatian semula jadi dengan ketulenan tinggi dan ekstrak botani yang digunakan dalam industri produk makanan, minuman, kosmetik, wangian serta perisa dan juga nutraseutikal. Kunjungi www.bluecal-ingredients.com

Blue California akan berada di pameran SupplySide West 2019 di Las Vegas; reruai 3051.

Source: Blue California
Keywords: Beverages Food/Beverages Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Medical/Pharmaceuticals Mental Health Retail Supplementary Medicine Survey, Polls & Research Trade show news Future Events