omniture

TECH5 Jadi Vendor ABIS Pertama Sepadukan Sepenuhnya Teknologi Biometrik Dengan Platform Pengurusan Identiti MOSIP®

TECH5
2019-08-23 01:01 259

BANGALORE, India, 22 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- TECH5 berjaya menyepadukan MOSIP®1 dengan platform T5-ABIS2 dan SDK Biometrik untuk pengecaman jari, iris dan wajah. TECH-5 memperkenalkan penyelesaian yang telah diuji dan sedia digunakan dengan biometrik yang dilaksanakan kepada Jawatankuasa Eksekutif dan Kumpulan Penasihat Antarabangsa3 MOSIP pada 6 Ogos. TECH5 ialah vendor ABIS pertama yang akan disepadukan dengan platform MOSIP.

MOSIP ialah platform sumber terbuka global yang direka untuk membantu organisasi-organisasi dan kerajaan-kerajaan melaksanakan sistem ID asas yang menyediakan penduduk dengan ID digital unik yang boleh disahkan dengan selamat dan membenarkan penyampaian perkhidmatan awam dan swasta yang berkesan termasuk penjagaan kesihatan, pendidikan, keselamatan sosial dan lain-lain. Sistem ID juga membolehkan penduduk untuk mengawal penggunaan maklumat boleh kenal pasti peribadi mereka. MOSIP boleh digunakan bersama-sama platform T5-ABIS untuk nyahduplikasi semasa proses pendaftaran, penentusahan berbilang faktor dan pengesahan untuk peruntukan perkhidmatan. Platform ini juga boleh digunakan untuk menilai kualiti imej-imej biometrik semasa pendaftaran menggunakan T5-SDK untuk pengecaman jari, iris dan wajah. Teknologi bersepadu menyediakan platform dengan keupayaan pemadanan dan pendaftaran yang mantap.

"TECH5 berbangga menjadi syarikat pertama yang disepadukan dengan platform MOSIP. Kami membangunkan semua teknologi dan penyelesaian kami untuk pengurusan identiti berkisarkan prinsip-prinsip ID4D4 dan amat bersemangat dengan projek MOSIP, yang mana misinya sejajar dengan misi syarikat kami," kata Rahul Parthe, Pengerusi dan Pengasas Bersama TECH5. "TECH5 melabur dalam penyepaduan platformnya dengan MOSIP dan aktif mengusahakan projek ini kerana kami amat percaya bahawa gabungan penyelesaian kami akan memberi nilai yang tinggi kepada negara-negara yang mewujudkan sistem pengurusan identiti."

Setelah memperoleh pengajaran daripada Estonia dan sistem ID digital termaju yang lain serta Aadhaar India UID, program pengurusan identiti yang terbesar di dunia, IIIT-B5 membina platform MOSIP, yang kini boleh digunakan dengan mudah di seluruh dunia. Negara-negara boleh menggunakan semula MOSIP dengan bebas dan membina sistem ID inklusif mereka sendiri tanpa perlu membangunkan teknologi dari peringkat awal. Gabungan penyelesaian MOSIP dan TECH5 direka untuk mengelakkan tempoh terkunci (lock-in) vendor. T5-ABIS dibina melalui seni bina terbuka, memberikan kerajaan dengan kefleksibelan maksimum untuk mengubah komponen teknologi berserta perubahan dalam strategi tanpa perlu membina semula seluruh sistem ID dan tanpa perlu mendaftar semula penduduknya.

"Dalam dunia moden, setiap individu seharusnya mempunyai keupayaan untuk mempertahankan identiti mereka dan mendapat akses kepada perkhidmatan dan faedah awam, di samping memastikan agar maklumat peribadi dilindungi dalam proses ini. Seni bina terbuka MOSIP dan penyertaan syarikat-syarikat yang berkongsi visi ini, dapat menjadi sangat bermanfaat ke arah menjadikan visi ini suatu kenyataan. TECH5 ialah ahli awal yang penting dalam ekosistem terbuka MOSIP, yang mana pendekatannya selari dengan pendekatan kami dan kami mengucapkan tahniah kepada mereka atas kejayaan penyepaduan dengan MOSIP," kata Srijoni Sen, MOSIP.

Maghribi akan menjadi negara pertama untuk melaksanakan MOSIP. Satu Memorandum Persefahaman telahpun ditandatangani antara Kerajaan Maghribi, Kementerian Dalam Negeri (MOI/GOM) dan IIIT-B pada 27 Ogos 2018 untuk menggariskan modaliti pengaturan ini dan merasmikan kerjasama antara organisasi-organisasi.

Latar Belakang TECH5 

TECH5 ialah sebuah syarikat teknologi antarabangsa yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland dengan cawangan-cawangan di AS, Eropah dan ASIA, dikhususkan untuk reka bentuk, pembangunan dan pengedaran penyelesaian Pengurusan Identiti. Syarikat ditubuhkan oleh sepasukan ahli-ahli profesional industri berpengalaman yang telah menginovasi dalam bidang penyelesaian pemadanan biometrik berbilang mod selama lebih 20 tahun. Tumpuan pasaran TECH5 adalah terhadap produk-produk berskala tinggi yang dibina melalui pengalaman yang diperoleh daripada pelaksanaan penggunaan yang besar. Pasaran sasaran TECH5 termasuk sektor Kerajaan dan Swasta dengan produk-produk yang mendorong ID Awam dan ID Peribadi, Penguatkuasaan Undang-undang serta penyelesaian Pengesahihan yang mana pengesahan Identiti diperlukan untuk permohonan, sebagai contoh, apabila membuka akaun bank atau memulakan kontrak utiliti atau langganan Syarikat Telekomunikasi.

[1] Platform Identiti Sumber Terbuka Modular
[2] Sistem Pengenalpastian Biometrik Automatik
[3] Jawatankuasa Eksekutif MOSIP
[4]
 Pengenalpastian untuk Pembangunan
[5]
 International Institute of Information Technology, Bangalore

Laman Sesawang
www.tech5.ai 

Perhubungan Media
Yulia Bibikova
E-mel: yulia.bibikova@tech5-sa.com 

 

Source: TECH5
Related Links:
Keywords: Biometrics Computer Software Computer/Electronics High Tech Security New products/services Data Analytics