omniture

Syarikat Bioteknologi Conagen Peroleh Platform Pengeluaran Protein Terapeutik

Conagen
2019-08-23 01:28 193

Teknologi perlu kurangkan kos kepada pesakit dan percepat pembangunan ubatan  

BEDFORD, Massachusetts, 23 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Conagen, sebuah syarikat biologi sintetik yang bersepadu secara vertikal dan terletak di koridor bioteknologi Boston, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh teknologi berasaskan penapaian bagi tujuan pengeluaran glikoprotein yang bermanfaat secara terapeutik.

Pemerolehan ini melibatkan beberapa paten yang meliputi platform dan semua aset nyata yang berkaitan, lantas mengukuhkan kedudukan Conagen sebagai pembangun terkemuka untuk bahan-bahan farmaseutikal aktif.

Selain suit dengan lebih 10 glikoprotein terapeutik yang telahpun dibangunkan, platform hos akan digunakan oleh Conagen bagi tujuan pembangunan ubat-ubatan baharu dan generik.

Penapaian perindustrian biasanya menggunakan mikrob yang boleh dikulturkan dengan pantas pada skala terbesar tanpa gangguan pada sel atau kehilangan produktiviti. Ciri-ciri terapeutik ini, termasuk glikostruktur yang dikehendaki dan modifikasi selepas translasi yang lain, telah mengehadkan pengeluaran komersialnya kepada sistem sel mamalia yang rapuh pada skala yang agak kecil.

"Salah satu ciri yang paling menarik pada organisma hos ini ialah kebolehannya untuk mengekspresikan glikoprotein yang mempunyai glikostruktur yang menggalakkan fungsi-fungsi sel imun yang dikehendaki. Ini merupakan ciri yang amat luar biasa untuk dilihat dalam mikrob yang boleh menapai dengan mantap. Ia juga mendapat manfaat daripada kebolehannya untuk bertoleransi dengan kejuruteraan yang diperlukan bagi menyesuaikan glikostruktur sambil mengekalkan kemantapan mikrob," kata Naib Presiden Penyelidikan dan Pembangunan, Casey Lippmeier.

Platform ini akan mengurangkan kos, dan penjimatan dapat diberikan kepada pesakit. Hal ini penting kepada industri farmaseutikal yang kini semakin tertekan untuk mengurangkan masa serta modal bagi membangunkan ubat-ubatan," kata Oliver Yu, Ph.D., pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Conagen.

Kategori terbesar untuk glikoprotein terapeutik ialah antibodi monoklon hebat yang menjadi asas kepada seluruh pasaran imunoterapi dan konjugat ubatan-antibodi yang bernilai $100 bilion.

Maklumat lanjut tentang Conagen: Making Impossible Possible®

Conagen ialah peneraju dalam bidang biokejuruteraan. Saintis dan jurutera syarikat menggunakan alatan biologi sintetik yang terkini untuk mereka bentuk laluan metabolik, meningkatkan organisma pengeluaran dan mengoptimumkan prosedur pengeluaran. Ia memberi tumpuan pada biopenghasilan bahan-bahan bernilai tinggi untuk industri makanan, pemakanan, perisa dan wangian, farmaseutikal serta bahan boleh diperbaharui. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang syarikat rasmi di www.conagen-inc.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/959473/Conagen_Logo.jpg

Source: Conagen
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers