omniture

Vymo Kumpul $18J Siri B Dipimpin oleh Emergence Capital dan Sequoia India Bantu Pasukan Jualan Bergerak #DoMore

Vymo
2019-08-23 01:46 207

Lebih 50 perusahaan global — termasuk AXA, Allianz, VPBank, Sumitomo Life, DuPont dan Generali — menggunakan Pembantu Jualan Peribadi Vymo yang mengutamakan mudah alih untuk mengautomasikan pengumpulan data, memanfaatkan maklumat kontekstual, dan mendorong peningkatan produktiviti jualan sehingga 35%  

NEW YORK, 22 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Vymo, ditubuhkan untuk membantu pasukan jualan lapangan beroperasi dengan lebih cekap dalam persekitaran tanpa meja, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpul sebanyak $18 Juta dalam pembiayaan Siri B daripada Emergence Capital, sebuah firma modal usaha niaga awan perusahaan yang dahulunya pernah melabur dalam syarikat-syarikat SaaS yang terkemuka seperti Salesforce, Box, Veeva dan Zoom. Pelabur sedia ada Sequoia India turut mengambil bahagian dalam pusingan ini.

 

 

akan mendorong pelancaran rasmi AS oleh Vymo dengan ibu pejabat di New York. Ia akan turut memacu pertumbuhan berterusan dalam pasaran global, yang mana Vymo bekerjasama dengan beberapa syarikat insurans dan kewangan terbesar di dunia—such as AXA, Allianz, AIA, Generali dan Sumitomo—selain beberapa bank terbesar di Asia Pasifik.

Lebih 75% daripada pengguna berdaftar Vymo melog masuk dan mengambil tindakan dalam produk ini setiap hari, meletakkan tahap penglibatan pada paras melebihi standard 2 kali ganda dalam CRM mengufuk. Dengan mengumpul data penglibatan secara automatik, Vymo dapat memperkasa pasukan jualan untuk menumpu pada aktiviti-aktiviti bernilai tinggi bersama prospek dan pelanggan. Vymo menggunakan data kontekstual beraneka ini untuk belajar tentang apa yang dilakukan oleh jurujual terbaik dalam organisasi tersebut dan menterjemahkannya kepada tindakan terbaik yang seterusnya untuk seluruh pasukan.

Vymo menunjukkan keputusan terbukti apabila melibatkan hal untuk meningkatkan metrik produktiviti jualan sehingga 35% dan memaksimumkan impak strategi-strategi CRM, khususnya untuk perusahaan Kewangan dan Insurans. Organisasi-organisasi hari ini membelanjakan berjuta-juta dolar dan banyak tenaga kerja dalam sebulan menggunakan CRM, namun pasukan jualan mereka masih belum dapat merealisasikan nilai perniagaan daripada pelaburan ini. Penglibatan CRM berpurata kurang daripada 30%, sebahagian besarnya disebabkan oleh pelaporan data manual kekal menjadi cabaran untuk pasukan lapangan denga operasi yang sentiasa bergerak. Dalam hal yang serupa, firma penyelidikan dan khidmat nasihat Gartner menyatakan "Wakil-wakil Lapangan Tidak akan "Menetap" dalam [sistem Pengautomatan Tenaga Jualan]… Ia sudah tidak berlaku lagi."

Lihat Vymo Beraksi>>

 "Apabila melibatkan penilaian peluang pelaburan SaaS, tumpuan seringkali diletakkan pada penunjuk susulan seperti kadar pulangan pelanggan dan pertumbuhan pendapatan. Namun demikian, ciri sama yang dimiliki oleh syarikat-syarikat kami yang paling ikonik ketika pelaburan kami dibuat ialah kumpulan bersemangat yang terdiri daripada pelanggan-pelanggan dengan penglibatan yang sangat tinggi. Dengan metrik penerimaan pengguna yang luar biasa tinggi dan kumpulan pelanggan yang berkembang dengan mantap—100,000 jurujual di lebih 50 perusahaan global dan terus bertambah—Vymo membawakan nilai transformasi. Ia merupakan syarikat yang kami di Emergence gemar bekerjasama—syarikat yang berkedudukan untuk meningkatkan kehidupan kerja harian berjuta-juta orang secara drastik," kata Jake Saper, Rakan Kongsi dengan Emergence Capital, yang menyertai lembaga Vymo sebagai sebahagian daripada pembiayaan tersebut.

Shailesh Lakhani, Pengarah Urusan, Sequoia Capital, bersetuju dengan sentimen ini: "Sebagai rakan kongsi awal, kami telah melihat Vymo berkembang pesat merentas semua metrik, namun paling penting adalah dalam penerimaan penuh keinginan oleh pekerja yang mengutamakan mudah alih di beberapa perusahaan global yang terbesar," tambah beliau. "Vymo berkedudukan unik untuk menjadi standard yang diterima bagi jualan dan pengedaran yang dijalankan di institusi-institusi ini. Syabas buat Yamini, Venkat dan pasukan hebat yang telah dibina atas kejayaan mereka setakat ini. Kami pasti banyak lagi yang bakal menyusul."

Pertumbuhan dan Pengembangan 

Vymo telah berkembang tiga kali ganda berbanding tahun sebelumnya sejak beberapa tahun lalu dengan penggunaan merentas 7 negara.

Tatkala Vymo meluaskan kumpulan pelanggannya, ia telah menyaksikan pertumbuhan utama dalam kalangan institusi-institusi kewangan utama. Lebih 80% pelanggannya adalah dalam sektor perkhidmatan kewangan dan lebih 90% daripada jumlah ini mewakili perusahaan besar. Ini termasuk syarikat-syarikat seperti AIA dan AXA, yang mana Vymo telah digunakan di pelbagai negara untuk menjalankan jualan langsung dan agensi. Claude Seigne, Ketua Pegawai Eksekutif AXA General Insurance Thailand, berkata, "Di AXA Thailand GI kami memanfaatkan Vymo untuk membantu pasukan jualan kami mendapat penglibatan pelanggan yang mencukupi dan tepat pada masanya, lantas membawa kepada hubungan dan kepercayaan yang lebih mendalam."

Penembusan Vymo ke dalam pasaran AS berlaku pada detik penting untuk industri perbankan dan insurans. Menurut Kajian Pengguna Perkhidmatan Kewangan Global Accenture 2019, pelanggan perbankan dan insurans inginkan perkhidmatan pemperibadian yang lebih besar berserta cara-cara yang lebih berkesan untuk menyepadukan saluran digital dengan interaksi pelanggan fizikal. Vymo mendayakan interaksi bernilai tinggi ini dengan prospek dan pelanggan melalui data dan kepintaran, seterusnya turut membawa kepada peningkatan kepercayaan pelanggan dan perkongsian dompet.

Yamini Bhat, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Vymo, berkata, "Kami teruja untuk bekerjasama dengan Emergence Capital dan memanfaatkan pengalaman mereka dalam membina produk serta syarikat yang menawarkan nilai pengguna akhir yang mendalam dengan belajar daripada data tingkah laku."

Latar Belakang Vymo 

Vymo ialah Pembantu Jualan Peribadi mengutamakan mudah alih yang mengumpul data aktiviti jualan secara automatik, belajar daripada wakil jualan terbaik dalam organisasi dan mencadangkan tindakan terbaik yang seterusnya mengikut konteks. Vymo menyingkirkan pelaporan data secara manual ke dalam sistem CRM, membolehkan pengurus membuat intervensi kejurulatihan pada ketika itu dan membantu pemimpin merancang perniagaan mereka dengan maklumat dipacu data.

Vymo digunakan oleh 100,000 jurujual di lebih 50 perusahaan global seperti AXA, Allianz, AIA, Generali dan Sumitomo, serta bank-bank terkemuka di APAC. Syarikat beribu pejabat di AS dan mempunyai pejabat-pejabat di Singapura, Jepun, Australia dan India. Vymo diiktiraf oleh Gartner sebagai Vendor Hebat (Cool Vendor) dalam bidang CRM dan merupakan pemenang anugerah Hari Demo CB Insights dan "AI untuk Semua" Microsoft.

Acara-acara Akan Datang: 

23-26 Sept: FinovateFall 2019, New York
23-25 Sept: InsureTech Connect 2019, Las Vegas

Webinar Akan Datang: 

Bagaimana Penanggung Insurans memanfaatkan tindanan teknologi lebih baharu dan lebih pintar untuk mengubah jualan dan pengedaran mereka? Oleh: Yamini Bhat, Ketua Pegawai Eksekutif, Vymo & Kevin Rall, Naib Presiden, Novarica)

Pautan Berkaitan:

Laman Sesawang: https://www.getvymo.com 
Muat Turun Logo: Pautan

Hubungi: 

Gunjan Saha
Pemasar Pertumbuhan, Vymo
gunjan@getvymo.com

Video: https://mma.prnewswire.com/media/957814/Vymo.mp4

Source: Vymo
Keywords: