omniture

86% Pengguna Henti Langgan Aplikasi Beli Belah Selepas 4 Minggu: Kajian Baharu Daripada CleverTap

CleverTap
2019-08-23 11:12 216

- Laporan Penanda Aras Industri e-dagang daripada CleverTap menonjolkan strategi-strategi penglibatan pengguna yang dapat membantu penjual runcit dalam talian meningkatkan pengekalan dan nilai sepanjang hayat pelanggan

MOUNTAIN VIEW, California, 23 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- CleverTap, platform pengekalan pelanggan tindanan penuh yang membantu jenama-jenama pengguna memaksimumkan nilai sepanjang hayat pelanggan, hari ini mengeluarkan Penanda Aras Industri untuk Aplikasi E-dagang. Untuk jenama-jenama e-dagang, kos pemerolehan pelanggan (CAC) yang tinggi dan pembeli yang peka terhadap harga memberi kesan kepada nilai sepanjang hayat pelanggan keseluruhan dan keuntungan lantaran pengekalan yang rendah. Dengan halangan kemasukan dan keluar yang rendah, pelanggan mempunyai pelbagai pilihan untuk dipilih walaupun dalam kategori-kategori khusus.

Laporan penanda aras ini, yang menganalisis 3.1 bilion titik data daripada 18 juta peranti dan 15 juta pengguna unik, memberi maklumat yang dapat membantu pasukan pertumbuhan menanda aras prestasi aplikasi mereka terhadap beberapa aplikasi e-dagang yang paling berjaya. Laporan ini turut meliputi strategi-strategi untuk membantu anda meningkatkan penglibatan dan juga pengekalan pengguna.

Almitra Karnik, Ketua Bahagian Pemasaran di CleverTap berkata, "Persaingan sengit dalam industri e-dagang menjadikannya penting untuk jenama-jenama membawakan pengalaman pelanggan yang unggul. Kajian kami menunjukkan bahawa jenama-jenama e-dagang sedang mengalami kehilangan pelanggan lebih pantas daripada memperoleh mereka. Secara purata, aplikasi membeli belah kehilangan 86% pengguna dalam tempoh 4 minggu pertama muat turun."

"Tanpa memberi tumpuan pada pengekalan, jenama-jenama mencuba untuk mengatasi kehilangan pelanggan, menumpu untuk memperoleh lebih banyak pengguna yang tidak bertahan dalam tempoh yang panjang. Hal ini memberi kesan kepada pendapatan syarikat serta nilai sepanjang hayat pelanggan untuk jenama-jenama ini," tambah beliau.

Laporan penanda aras ini memberi pandangan bagaimana aliran pengguna daripada satu tahap kitaran hayat ke tahap yang lain dan memberi cadangan untuk meningkatkan kadar belian ulangan, seterusnya pengekalan pengguna. Beberapa sorotan utama yang lain daripada laporan tersebut termasuk:

  • Pendaftaran : Hanya 16 peratus daripada pengguna baharu melengkapkan proses pendaftaran dalam seminggu memasang aplikasi tersebut
  • Pengekalan : Hanya 11.6 peratus daripada pengguna baharu kekal aktif dalam minggu pertama
  • Nyahpasang : 42 peratus daripada pengguna baharu menyahpasang aplikasi dalam tempoh 30 hari pemasangan aplikasi
  • Pemasangan Semula : Hanya 5.21 peratus pengguna memasang semula aplikasi dalam tempoh 30 hari menyahpasang aplikasi

Laporan ini boleh dimuat turun di sini.

Latar Belakang CleverTap

CleverTap ialah platform pengekalan pelanggan yang membantu jenama-jenama pengguna memaksimumkan nilai sepanjang hayat pengguna. Sebanyak lebih 8,000 jenama pengguna di seluruh dunia, termasuk Vodafone, Hotstar, Carousell, Zilingo, TataCLiQ, Domino's Pizza, GO-JEK, Fandango dan BookMyShow mempercayai CleverTap untuk membawakan pengalaman diperibadikan serta meningkatkan impak pemasaran omnisaluran dalam seluruh kitaran hayat pelanggan.

CleverTap disokong oleh firma-firma modal usaha niaga terkemuka termasuk Sequoia India, Tiger Global Management, Accel dan Recruit Holdings, serta beroperasi dari San Francisco, Seattle, London, Singapura dan Mumbai. 

Untuk maklumat lanjut, kunjungi clevertap.com atau ikuti di LinkedIn dan Twitter .

Perhubungan media:

Ketan Pandit
+(91)9881127137
ketan@clevertap.com

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/559274/CleverTap_Logo.jpg  

Source: CleverTap
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Commerce Household/Consumer/Cosmetics Retail Telecommunications Survey, Polls & Research