omniture

Kehebatan dalam Kelaziman: Semangat yang Menginspirasikan GAC Motor

GAC Motor
2019-08-28 02:09 371

GUANGZHOU, China, 28 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Lakukan perkara yang betul dan berpegang padanya. Itulah kepercayaan yang diwariskan daripada seorang renjer hutan kepada anak lelaki beliau susulan hasil usaha beliau selama 41 tahun untuk mengubah 2.27 kilometer persegi gunung tandus menjadi syurga yang subur setelah menanam setengah juta batang pokok. Selepas bersara, rutin harian beliau untuk melindungi dan meronda kawasan hutan yang dibangunkan bersama-sama oleh mereka diserahkan kepada anak lelaki beliau.

Kehebatan dalam Kelaziman: Semangat yang Menginspirasikan GAC Motor
Kehebatan dalam Kelaziman: Semangat yang Menginspirasikan GAC Motor

Alami Hebahan Berita Berbilang Saluran yang interaktif di sini: https://www.multivu.com/players/English/8583351-gac-motor-greatness-in-ordinary/

Kisah tentang seorang lelaki tua biasa dan anak lelaki beliau di Wilayah Jiangxi, China ini, telah direkodkan oleh GAC Motor dan disebarkan kepada lebih ramai orang.

Pokok-pokok menonjolkan harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik. Didorong oleh harapan ini, kedua-dua generasi tersebut menyumbang hayat mereka kepada tugas untuk menanam dan melindungi pokok-pokok hari demi hari. Mereka tidak pernah menganggap diri mereka "hebat", namun mereka telahpun mencapai kehebatan dengan usaha terkumpul dalam kehidupan harian mereka, seraya berjaya menumbuhkan pelbagai pokok yang menghijau.

Semua kehebatan bermula dengan kegigihan untuk melakukan perkara yang betul dalam kehidupan harian. GAC Motor menceritakan kisah kehebatan yang dicipta oleh orang biasa yang berpegang pada kepercayaan mereka dan tabah, dari satu generasi ke generasi berikutnya. Ia bukan sahaja memberi penghormatan kepada mereka menerusi 'Salute the Ordinary', tetapi juga mengikuti jalan sama yang dilalui oleh orang biasa ini apabila merealisasikan komitmennya bagi mencapai impian untuk mewujudkan kehidupan mobiliti yang menyeronokkan untuk pengguna global.

Didorong oleh inovasi, GAC Motor memberi tumpuan untuk melakukan perkara yang betul dengan menegaskan pembangunan ke hadapan sambil berpegang pada piawaian tertinggi dalam reka bentuk, pengeluaran, pengedaran dan perkhidmatan selepas jualan serta keengganan untuk berkompromi dalam mendepani cabaran. Hal ini telah membantu syarikat untuk memenangi anugerah dan meningkatkan pengiktirafan pasaran.

GAC Motor tersenarai di tempat pertama antara kesemua jenama Cina selama tujuh tahun berturut-turut dalam China Initial Quality StudySM (IQS), J.D. Power Asia Pacific, menunjukkan strategi bertumpu kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) inovatif, pengilangan kepada rantaian bekalan serta jualan & perkhidmatan.

Mengikuti visinya untuk mengejar kehebatan, diinspirasikan oleh kisah-kisah daripada orang biasa ini, GAC Motor akan terus mendedikasikan usahanya terhadap pembangunan produk dan perkhidmatan yang terkenal dengan kecemerlangan kepada pengguna global.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:
Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor
YouTube: http://www.youtube.com/c/GACMotorOfficial

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: 
Sukie Wong
Telefon: +86-186-8058-2829
Emel: GACMotor@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190827/2538949-3?lang=0

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation Not for profit