omniture

Johnson Controls Enterprise Management Solution takrif semula interaksi kita dengan bangunan

Ciri-ciri dipertingkat, berserta aplikasi Companion, menyelaraskan penggunaan data bangunan demi keselesaan, produktiviti dan kelestarian yang lebih baik
Johnson Controls
2019-08-28 17:54 238

SINGAPURA, 28 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Bayangkan apabila berupaya menempah ruang, melaraskan lampu dan penyaman udara mengikut keutamaan penghuni bangunan, mencari individu dan tempat yang dicari oleh mereka - kesemuanya dengan aplikasi mudah alih tunggal. Dengan aplikasi Johnson Controls Companion baharu, penghuni bangunan diberi kuasa untuk mengawal keselesaan fizikal mereka dan mengurus penggunaan tenaga secara proaktif bagi memenuhi matlamat kelestarian.

Aplikasi Companion berfungsi bersama-sama Johnson Controls Enterprise Management 2.0 yang dipertingkat, platform berasaskan awan yang menyepadukan pengurusan penghuni, aset dan tenaga. Menyasarkan pelbagai pemegang kepentingan bangunan, teknologi ini membolehkan:

  • Penghuni bangunan mengendalikan hal-hal berkaitan bangunan harian seperti melaraskan pendinginan dan pencahayaan, menjadualkan bilik mesyuarat dan pencarian jalan;
  • Pengurus kemudahan membuat keputusan berasaskan bukti yang lebih baik berhubung ruang dan aset;
  • Golongan profesional teknikal menservis peralatan bangunan untuk menumpu pada isu-isu dengan pantas dan menawarkan perkhidmatan mengikut keadaan daripada perkhidmatan mengikut masa yang lebih tradisional; dan
  • Pemilik bangunan untuk mengenal pasti peluang-peluang untuk menjimatkan tenaga serta wang, menyelaraskan operasi, mengoptimumkan penggunaan ruang, selain mengesan aliran pendapatan tersembunyi untuk memaksimumkan nilai asset.
Johnson Controls Enterprise Management 2.0 platform utilizes artificial intelligence (AI) and machine learning technologies to help customers meet sustainability goals and achieve productivity gains.
Johnson Controls Enterprise Management 2.0 platform utilizes artificial intelligence (AI) and machine learning technologies to help customers meet sustainability goals and achieve productivity gains.

Platform Enterprise Management 2.0 menyediakan fungsi-fungsi baharu seperti pengurusan prediktif dan pengoptimuman ruang yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi pembelajaran mesin, selain analitik berasaskan awan Microsoft Azure. Agnostik berkaitan dengan sistem pengautomatan bangunan, infrastruktur atau penyedia perkhidmatan, Enterprise Management boleh diaturkan kepada teknologi atau sistem yang telahpun disediakan dan memberi pandangan baharu tanpa bermula dari awal. Teknologi Johnson Controls Enterprise Management kini digunakan dalam lebih 1,300 bangunan seluruh dunia (termasuk bank-bank besar dan pusat-pusat data) dengan rantau Asia Pasifik menyumbang kira-kira 60 peratus daripada penggunaan.

"Johnson Controls Enterprise Management ialah penyelesaian pintar dan boleh diskala yang membawakan kemajuan besar yang mengubah industri dalam strategi pengurusan kemudahan pelanggan serta perjalanan transformasi digital. Selain memenuhi matlamat kelestarian dan mencapai peningkatan produktiviti, ia menyokong proses membuat keputusan menyeluruh yang lebih baik yang akan memberi kesan kepada perolehan keuntungan pemilik portfolio, di samping meningkatkan pengalaman penghuni dengan fungsi-fungsi termaju," kata Samit Sen, pengarah, Penyelesaian Digital, Asia Pasifik, Johnson Controls. "Kami menjangkakan faedah-faedah platform ini mempunyai resonans yang mantap di Asia Pasifik, yang semakin menerima platform-platform yang membolehkan model perkhidmatan mengikut keadaan yang proaktif dan mempunyai minat yang tinggi dalam memodenkan portfolio mereka."

Aplikasi Johnson Controls Companion, sebagai sebahagian daripada Enterprise Management, tersedia untuk dimuat turun di iOS dan Android. Ia kini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina, dengan lebih banyak pilihan bahasa tempatan bakal ditambah.

Pelancaran Johnson Controls Enterprise Management 2.0 disusuli dengan designasi syarikat sebagai "Penginovasi IoT Perindustrian Tahunan Terbaik" oleh organisasi bebas IoT Breakthrough.

Latar Belakang Johnson Controls 

Johnson Controls menjadikan dunia lebih selamat, lebih pintar dan lebih lestari - sebuah bangunan pada satu-satu masa. Portfolio teknologi kami menggabungkan setiap aspek sebuah bangunan - sama ada sistem keselamatan, pengurusan tenaga, perlindungan kebakaran atau HVACR - untuk memastikan kami dapat melangkaui jangkaan pelanggan sepanjang masa. Kami beroperasi di lebih 150 negara melalui jaringan cawangan dan saluran pengedaran kami yang tiada tandingan, membantu pemilik bangunan, pengendali, jurutera dan kontraktor meningkatkan kitaran hayat penuh mana-mana kemudahan. Himpunan jenama kami termasuk beberapa nama yang paling dipercayai dalam industri seperti Tyco®, YORK®, Metasys®, Ruskin®, Titus®, Frick®, PENN®, Sabroe®, Simplex® dan Grinnell®. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.johnsoncontrols.com atau ikuti @johnsoncontrols di Twitter.

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190827/2556633-1?lang=0
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150623/8521504142LOGO?lang=0

Source: Johnson Controls
Keywords: Construction/Building Entertainment Household/Consumer/Cosmetics HVAC Mobile Entertainment Telecommunications New products/services