omniture

Chery menyerlah dalam Initial Quality Study J.D. Power 2019

Xinhua Silk Road Information Service
2019-08-29 02:30 261

BEIJING, 29 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Pembuat auto Cina Chery telah mendaki kedudukan sebanyak 26 anak tangga berbanding tahun lalu dalam laporan Initial Quality Study (IQS) 2019 yang dikeluarkan oleh syarikat perunding dan tinjauan pasaran yang terkenal di dunia J.D. Power.

Laporan berkenaan mendedahkan bahawa jenama-jenama auto Cina telah mendaki kedudukan tinggi dengan begitu ketara dalam senarai tersebut.

Siri Tiggo Chery dan kenderaan tenaga baharu Chery (NEV) telah menunjukkan prestasi luar biasa, mengambil kedudukan utama dalam banyak segmen. Dalam IQS 2019, Tiggo2 dan Tiggo3 menduduki dua tempat pertama dalam segmen SUV kecil, mengatasi semua pesaing. Tiggo2 turut memenangi gelaran Model Memenangi Anugerah dalam IQS 2019. Tiggo8 dan Tiggo4 mengambil tempat keempat dalam segmen SUV saiz sederhana dan segmen SUV kompak yang terdiri daripada banyak jenama yang terkenal di dunia.

Auto Chery
Auto Chery

Dalam IQS 2019 untuk kenderaan tenaga baharu, Chery New Energy membuat lonjakan mengejut dan menduduki kedudukan No. 3, hanya di belakang NIO dan BMW. Dalam segmen EV kecil, eQ1 Chery menduduki tempat pertama yang menepati jangkaan.

Tiggo 2 Chery
Tiggo 2 Chery

Sejak SUV Tiggo pertama dilancarkan pada tahun 2005, barisan produk lengkap telahpun disediakan. Siri Tiggo dianugerahkan dengan pengecualian daripada pemeriksaan eksport dan telah melepasi lebih 50 item WVTA di EU. Selain itu, ia juga merupakan SUV buatan Cina pertama yang menembusi pasaran Eropah. Sehingga hari ini, produk-produk siri Tiggo mempunyai 1.6 juta pengguna global dan menjadi jenama Cina paling dipercayai yang memenuhi piawaian pasaran global.

Tiggo 4 Chery
Tiggo 4 Chery

Kemajuan yang dibuat oleh Chery boleh dikaitkan dengan sistem dan proses pembangunan produk positifnya mengikut piawaian antarabangsa selain sistem dan proses pengurusan kualiti global yang mantap. Sebagai bahagian penting dalam kapasiti sistem Chey, sistem pengurusan kualiti global Chery merujuk kepada pengurusan kualitinya dengan sistem serta piawaian sama yang meliputi seluruh kitaran hayat produk-produk globalnya bermula dengan perancangan produk, reka bentuk, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengurusan rantaian bekalan, pengeluaran, pengilangan, pemasaran, perkhidmatan dan sistem kualiti.

Auto Chery
Auto Chery

Sebagai pengeksport auto yang terkemuka di China, Chery terus menerokai pasaran-pasaran luar negara. Selain itu, Chery telah menyumbang usaha dan kebijaksanaannya sendiri bagi membina China menjadi kuasa auto yang mantap. Menurut data jualan yang didedahkan oleh Chery, kumpulan ini menjual 49,000 unit kenderaan pada Julai ini, dengan jualan domestik jenama Cinanya meningkat 10.7% berbanding tahun sebelumnya.

https://en.imsilkroad.com/p/307837.html?from=singlemessage

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190827/2560098-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190827/2560098-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190827/2560098-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190827/2560098-1-d?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Auto Transportation Survey, Polls & Research