omniture

Crown Equipment and Service Sokong Kemajuan MYDIN Group

Crown Equipment Corporation
2019-09-02 15:57 405

KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 September 2019 /PRNewswire/ -- Kisah kejayaan runcit Malaysia meraih faedah produktiviti rantaian bekalan daripada hubungan jangka panjangnya dengan Crown Equipment.

MYDIN Malaysia reaps supply chain productivity benefits from its long-term relationship with Crown Equipment.
MYDIN Malaysia reaps supply chain productivity benefits from its long-term relationship with Crown Equipment.

 

MYDIN Mohamed Holdings Bhd, syarikat borong dan runcit milik warga Malaysia yang terbesar di dunia yang mengendalikan pasaraya besar, emporium, kedai serbaneka 24 jam, pasar mini, pusat membeli-belah dan kedai runcit lain, menggunakan lebih daripada 80 lif Crown dan trak capaian di pusat pengedarannya di Kuala Lumpur.

Penyelesaian peralatan pengendalian bahan syarikat, yang termasuk model Siri Crown RM, SP, SC, WT dan WP, membentuk bahagian penting dalam operasi 24 jam yang membekalkan 100,000 unit stok penyimpanan kepada lebih daripada 300 cawangan MYDIN di seluruh Malaysia.

Pengurus Rantaian Bekalan, Reza Murad Ali, berkata perhubungan itu kekal kukuh selama lebih satu dekad hasil kombinasi peralatan Crown yang boleh dipercayai dan selesa yang memenuhi dan melangkaui keperluan MYDIN.

"Kami menyewa peralatan pengendalian bahan daripada Crown, seperti yang telah kami lakukan selama 10 tahun yang lalu," kata En. Ali.

"Kami menggunakan kesemuanya, kami mempunyai trak palet, forklift, trak capaian dan pengambil pesanan. Di gudang kami, kami melaksanakan sehingga 10-12 jam setiap giliran, jadi kami beroperasi sehingga 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Kami mendapati apabila menggunakan peralatan Crown, kami mem masa operasi yang baik, yang sangat penting untuk sebuah perniagaan seperti MYDIN."

Encik Ali dapat memperoleh penjimatan tambahan dan keselamatan yang lebih baik untuk MYDIN melalui teknologi pengurusan kumpulan kenderaan Crown.

"Peralatan Crown kami dilengkapi dengan InfoLink dan kamera, dan ini membantu kami untuk melaksanakan pengutipan yang lebih cekap. Malah, ia telah meningkatkan kecekapan sebanyak 10%, tetapi yang paling penting kurang berlakunya kemalangan," kata Encik Ali.

Perkhidmatan Crown juga cemerlang bagi MYDIN, membantu perhubungan ini kekal kukuh selama lebih satu dekad.

"Kami ingin berterima kasih kepada Crown, kerana semasa kami berpindah dari tapak lama kami ke pusat pengedaran baharu kami, banyak bantuan dan komitmen yang diberikan oleh pasukan Crown di sini," kata Encik Ali. "Mereka membantu kami, mereka memberi kami unit penyambung pada masa yang benar-benar membantu kami dan operasi kami dalam peralihan dari gudang lama ke tapak baharu. Hubungan dengan Crown telah berlangsung selama 10 tahun dan saya pasti akan mengesyorkan jenama ini."

Hubungi:

Elliyani Mohamad Ali
+65-9757-2367

David Sultana
+65-9837-6339

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190829/2565226-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181002/2253114-1logo?lang=0

Source: Crown Equipment Corporation
Related Links:
Keywords: Transportation Trucking and Road Transportation