omniture

Kehidupan Kanak-kanak Dapat Diselamatkan Hasil Ciptaan Sistem Rawatan Air Mudah "Aquatabs Flo"

Aquatabs
2019-09-02 21:46 189

WEXFORD, Ireland, 2 September 2019 /PRNewswire/ -- Jurnal perubatan dunia yang terkenal The Lancet telah menerbitkan keputusan ujian impak kesihatan dua tahun di Bangladesh. Kurang daripada 5% kajian yang dihantar kepada jurnal berwasit ini diterbitkan.

Aquatabs Flo, water disinfection at point of collection. Photo credit: Yoshika Crider
Aquatabs Flo, water disinfection at point of collection. Photo credit: Yoshika Crider

Dalam ujian ini, impak penggunaan "Aquatabs Flo" di dalam salur masuk sistem rawatan air tangki domestik telah menunjukkan pengurangan cirit-birit yang ditakrif-WHO dalam kalangan kanak-kanak sebanyak lebih 25% berbanding dengan kumpulan kawalan (air yang tidak dirawat). Pengurangan yang sama dianggarkan untuk cirit-birit yang ditakrifkan oleh penjaga.

Kajian ini juga menunjukkan beberapa perkara penting lain:

  • "Ujian butaan terdahulu bagi intervensi rawatan air isi rumah dalam persekitaran berpendapatan rendah telah gagal mengesan pengurangan cirit-birit kanak-kanak".
  • "Ujian intervensi air terdahulu telah memberi tumpuan kepada rawatan air peringkat isi rumah, dapatan menunjukkan bahawa intervensi rawatan air tempat pengumpulan (peringkat masyarakat) secara automatik boleh mencapai penyerapan yang tinggi dan mengurangkan cirit-birit dalam persekitaran penduduk yang padat"
  • (Kajian) "mengesan penambahbaikan yang signifikan dalam air minuman isi rumah yang disimpan dalam kumpulan rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan"  

Keseluruhannya, kajian ini menafsirkan keputusan ujian ini bermakna, "Pengklorinan pasif pada tempat pengumpulan boleh menjadi strategi yang berkesan dan boleh diskala dalam persekitaran bandar berpendapatan rendah untuk mengurangkan cirit-birit kanak-kanak dan untuk mencapai kemajuan global ke arah Matlamat Pembangunan Mampan 6.1 untuk mencapai akses sejagat air minuman yang selamat dan mampu dimiliki."

Mengulas mengenai keputusan ujian ini, Encik Michael Gately MD dari Aquatabs berkata, "Di bawah keadaan yang paling sukar di Bangladesh, sistem ini kini telah jelas terbukti dan kehidupan kanak-kanak dapat diselamatkan. Ia merupakan sistem rawatan tangka air kos terendah di dunia, automatik, dan tidak memerlukan penggunaan kuasa."

Encik Gately seterusnya berkata bahawa Aquatabs Flo kini telah dipasang di dalam tangki air domestik di lebih 20,000 buah sekolah di Kenya & Nigeria oleh perusahaan sosial "Impact Water" dengan sasaran yang disahkan kepada 40,000 sekolah menjelang akhir tahun 2019. Sekitar 10 juta kanak-kanak kini mempunyai air yang selamat dengan lebih daripada 2 bilion liter yang dirawat setiap bulan.

Melihatkan keputusan kajian yang belum pernah terjadi sebelum ini, dan kejayaan pelaksanaan projek yang berikutnya, pasukan di Aquatabs kini mencari rakan kongsi seterusnya di peringkat antarabangsa, dari kedua-dua pihak komuniti NGO dan Komersial untuk pemasangan sistem tangki air yang mengubah kehidupan ini di rumah persendirian di seluruh komuniti baru muncul di Dunia.

RUJUKAN:

The Lancet:
https://www.thelancet.com/journals/langlo/article/PIIS2214-109X(19)30315-8/fulltext

Aquatabs Flo:
http://www.aquatabs.com/home/product-range/aquatabs-flo

Stanford University:
https://woods.stanford.edu/news/fighting-child-killer

Bank Dunia:
https://www.worldbank.org/en/programs/sief-trust-fund

Hubungi: 
Declan Lee
Pengarah Pembangunan Perniagaan Aquatabs
+353-87-369-9141
Declan.lee@kersia-group.com

 

Source: Aquatabs
Keywords: Environmental Products & Services Health Care/Hospital Not for profit