omniture

Cambridge Quantum Computing Lantik Denise Ruffner Ketua Pegawai Perniagaan

Cambridge Quantum Computing Limited
2019-09-03 00:30 251

CAMBRIDGE, England, 2 September 2019 /PRNewswire/ -- Cambridge Quantum Computing ("CQC") hari ini mengumumkan bahawa Denise Ruffner telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Perniagaan dan ahli pasukan kepimpinan eksekutif Syarikat. Dalam peranan ini, beliau akan mengurus dan menyelaras aktiviti pembangunan perniagaan CQC dan akan memberi tumpuan kepada pembinaan agenda pertumbuhan CQC yang mantap, memupuk perkembangan pelanggan dan kesetiaan, dan menguruskan strategi korporat dan hubungan utama.

Denise telah diiktiraf untuk inovasi, kepimpinan jualan dan perancangan strategik sepanjang kerjayanya selama 18 tahun di IBM. Sepanjang tempoh ini, beliau memegang pelbagai peranan yang termasuk tanggungjawab untuk kuota sehingga lebih $750 juta pendapatan tahunan. Beliau menyertai CQC dari pasukan IBM Systems Group Quantum Computing di mana tanggungjawab kepimpinannya termasuk membangun dan mengetuai Program Syarikat Baharu IBM Q, selain memimpin pasukan Duta Rangkaian IBM Q untuk Amerika Utara, Amerika Latin dan rantau Asia. Sebelum ini, Denise ialah Ketua Jualan Genomik Seluruh Dunia untuk IBM Systems Group. Denise memegang Ijazah Sarjana dalam Neurobiologi dan Biologi Molekul daripada University of Pittsburgh.

Ilyas Khan, Ketua Pegawai Eksekutif CQC berkata: "Kami sangat gembira untuk mengalu-alukan Denise dalam pasukan ini. Beliau membawa latar belakang yang kukuh dalam jualan dan strategi, yang ditambah dengan kemahiran kepimpinannya, akan meningkatkan pasukan eksekutif dan menjadi sebahagian penting pertumbuhan kami. Sebagai pemimpin industri yang diiktiraf ramai dan berpengalaman dalam pengkomputeran kuantum, kepakaran Denise akan memberi manfaat yang amat besar kepada CQC."

Denise Ruffner berkata: "Saya gembira untuk menyertai pasukan saintifik dan perniagaan kelas dunia CQC pada ketika ia berada pada potensi pertumbuhan yang besar. CQC ialah peneraju dalam bidangnya, dan saya berharap dapat meneruskan pengembangan kami tatkala kami bekerjasama dengan pelanggan untuk menangani cabaran kritikal melalui penggunaan penyelesaian pengkomputeran kuantum canggih kami."

Latar Belakang Cambridge Quantum Computing

Cambridge Quantum Computing (CQC) ialah syarikat perisian pengkomputeran kuantum yang terkemuka di dunia dengan lebih 50 saintis termasuk lebih 25 pemegang PhD di seluruh pejabat di Cambridge (UK), San Francisco, London dan Tokyo. CQC membina alatan untuk mengkomersialkan teknologi kuantum yang akan mempunyai impak global yang mendalam.

CQC menggabungkan kepakaran dalam perisian kuantum, khususnya platform pembangunan kuantum (t|ket⟩™), aplikasi perusahaan dalam bidang kimia kuantum (EUMEN), pembelajaran mesin kuantum (QML), dan keselamatan siber terimbuh kuantum (IronBridge).

Untuk maklumat lanjut tentang CQC, lawati www.cambridgequantum.com

Untuk maklumat lanjut tentang t|ket⟩™, lawati https://youtu.be/XYnOkcL8lPs

 

Source: Cambridge Quantum Computing Limited
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Corporate Expansion Personnel announcements STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)