omniture

KSrelief Lancar Inisiatif "Respons" Berikan Rawatan untuk Penduduk Yaman yang Cedera dalam Peristiwa Baru-baru ini di Aden dan Abyan

KSrelief
2019-09-03 18:55 117

RIYADH, Arab Saudi, 3 September 2019 /PRNewswire/ -- Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini oleh King Salman Humanitarian Aid and Relief Centre (KSrelief), pusat ini "secara bersungguh-sungguh mengikuti perkembangan peristiwa malang yang berlaku baru-baru ini di wilayah Aden dan Abyan yang mana ramai orang cedera."

Sebagai respons kepada situasi di dua wilayah berkenaan, hari ini KSrelief melancarkan inisiatif Respons, "Istijaba," dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Awam dan Penduduk Yaman serta pihak-pihak berkuasa kesihatan lain yang berkaitan, yang merupakan satu inisiatif untuk menyokong penyediaan rawatan perubatan kecemasan dan bentuk bantuan kemanusiaan lain kepada mereka yang cedera. Respons segera ini adalah selaras dengan komitmen berterusan Kerajaan Arab Saudi untuk mengurangkan penderitaan penduduk Yaman.

Kerajaan Arab Saudi, diwakili oleh KSrelief dan di bawah arahan pihak Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan YAM Putera Mahkota, akan terus menyediakan bantuan yang saksama dan menyeluruh kepada semua penduduk Yaman yang memerlukan semasa berlakunya krisis kemanusiaan yang berterusan di Yaman.

 

Berita ini diedarkan oleh Qorvis Communications bagi pihak King Salman Humanitarian Aid and Relief Centre (KSrelief). Maklumat tambahan disediakan di Jabatan Keadilan, Washington, D.C.

Source: KSrelief
Keywords: Not for profit Natural Disasters