omniture

OPTIGA(TM) Trust M Infineon tingkatkan keselamatan dan prestasi peranti dan perkhidmatan terhubung awan

Infineon
2019-09-03 23:52 404

SINGAPURA, 3 September 2019 /PRNewswire/ -- Penyelaras kepercayaan (trust anchor) berasaskan perkakasan adalah penting untuk aplikasi terhubung dan perkhidmatan pintar, sama ada untuk lengan robot dalam kilang pintar atau penyaman udara automatik dalam kediaman peribadi. Penyelesaian OPTIGA™ Trust M baharu daripada Infineon membantu pengeluar meningkatkan tahap keselamatan peranti mereka dan dalam masa yang sama meningkatkan prestasi sistem keseluruhan. Penyelesaian cip tunggal ini menyimpan maklumat penting peranti yang unik dengan selamat dan membolehkan peranti untuk berhubung dengan awan sehingga sepuluh kali ganda lebih pantas daripada alternatif perisian-sahaja. Ia sesuai untuk pengautomatan industri dan bangunan, kediaman pintar dan juga barangan elektronik pengguna.

Penyelesaian OPTIGA™ Trust M baharu daripada Infineon simpan maklumat penting peranti yang unik dengan selamat dan membolehkan mereka bersambung dengan awan sehingga sepuluh kali lebih pantas daripada alternatif perisian-sahaja.
Penyelesaian OPTIGA™ Trust M baharu daripada Infineon simpan maklumat penting peranti yang unik dengan selamat dan membolehkan mereka bersambung dengan awan sehingga sepuluh kali lebih pantas daripada alternatif perisian-sahaja.

 

Penyediaan perkhidmatan awan dipermudah

Tatkala ketersambungan awan dan aplikasi berasaskan AI terus berkembang, penyediaan peranti tanpa sentuh kepada rangkaian atau awan semakin mendapat tarikan.

Apabila menggunakan OPTIGA Trust M, aset-aset kritikal seperti sijil dan pasangan kekunci yang digunakan untuk mengenal pasti peranti boleh dimasukkan ke dalam cip di premis kilang bersekuriti Infineon. Pemasangan siap guna ini dapat meminimumkan reka bentuk, penyepaduan dan usaha penggunaan sistem terbenam dengan menyediakan kotak alatan kriptografi, antara muka I2C dilindungi dan kod sumber terbuka pada GitHub. Di samping itu, pengawal keselamatan berkualiti tertinggi diperakui menurut CC EAL6+ (tinggi) dan menyediakan kriptografi asimetrik termaju. Jangka hayatnya adalah selama 20 tahun dan boleh dikemas kini dengan selamat di lapangan.

Rangkaian OPTIGA yang komprehensif daripada Infineon menggabungkan pengawal keselamatan perkakasan dengan perisian bagi meningkatkan tahap keselamatan keseluruhan sistem terbenam termasuk nod akhir IoT, get laluan pinggir dan pelayan awan. Rangkaian penyelesaian yang mudah disepadukan bermula dengan pengesahan peranti asas kepada komponen boleh diatur cara berasaskan kad Java dengan sokongan senarai tindakan ekstensif dan modul platform yang dipercayai. 

Ketersediaan

OPTIGA Trust M kini tersedia. Kit penilaian turut disediakan bagi memudahkan penyepaduan penyelesaian keselamatan.

Maklumat lanjut disediakan di http://www.infineon.com/optiga-trust-m dan https://github.com/Infineon/optiga-trust-m

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190903/2567687-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190619/2502113-1-LOGO?lang=0 

Source: Infineon
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications New products/services