omniture

Jalan Sutera Xinhua: Haier lancar kilang peralatan dobi di Rusia untuk galakkan lagi pembangunan tempatan

Xinhua Silk Road Information Service
2019-09-05 19:21 436

BEIJING, 5 September 2019 /PRNewswire/ -- Syarikat gergasi perkakas rumah Cina Haier memulakan operasi kilang peralatan dobinya di Taman Perindustrian Rusia Haier berkeluasan 127 hektar yang terletak di bandar perindustrian Naberezhnye Chelny, Republik Tatarstan, Rusia, pada 28 Ogos lalu.

Seorang pekerja tempatan Haier sedang bekerja di kilang Rusia milik syarikat ini.
Seorang pekerja tempatan Haier sedang bekerja di kilang Rusia milik syarikat ini.

Ia merupakan kilang pembuatan pintar binaan Cina pertama berasaskan platform COSMOPlat di Eropah, yang dijangka dapat menawarkan perkhidmatan kepada 140 juta pengguna di Rusia dan terus mencapai 200 juta pengguna di Asia Tengah dan juga Eropah.

COSMOPlat ialah satu platform Internet perindustrian yang dibina oleh Haier. Hasil daripadanya, purata kecekapan kilang baharu ini meningkat sebanyak 40 peratus dibandingkan dengan kilang-kilang biasa dan tenaga buruh yang dikerahkan dalam seluruh proses dikurangkan sebanyak 30 peratus.

Selama bertahun-tahun, Haier telah mengumpul pengalaman pengurusan dan operasi yang beraneka di Rusia. Haier memulakan operasi kilang peti sejuk Rusia miliknya, yang merupakan kilang kembar bagi kilang peralatan dobi yang baru dilancarkan, di Naberezhnye Chelny pada tahun 2016. Pada tahun 2018, nilai jualan peti sejuk yang dikeluarkan oleh kilang ini melangkaui 100 juta dolar A.S. Setakat suku kedua tahun 2019, kilang tersebut mengeluarkan 500,000 peti sejuk, membantu Haier memperoleh 48 peratus bahagian dalam pasaran peti sejuk berbilang pintu yang berkualiti tinggi di Rusia.

Operasi Haier yang membuahkan hasil di Rusia telah membawa banyak peluang untuk pembangunan tempatan. Setakat ini, kilang peti sejuk Haier telah menawarkan peluang pekerjaan secara langsung kepada lebih 800 orang, yang telah meningkatkan dengan berkesan keupayaan pengeluaran tempatan dan guna tenaga.

Di samping itu, Haier juga aktif menggalakkan perolehan setempat di Rusia. Sebanyak 23 perusahaan tempatan telah menjadi pembekal Haier. Perkadaran komponen peti sejuk yang dibeli daripada pembekal tempatan dijangka mencecah 70 peratus menjelang akhir tahun 2019.

Haier bukan sahaja merupakan perusahaan Cina pertama yang diperkenalkan di Republik Tatarstan, tetapi juga merupakan salah satu yang paling dihargai oleh kerajaan tempatan, apabila Agensi Pembangunan Pelaburan Tatarstan menganugerahkan sijil penghormatan kepada kilang peti sejuk Rusia Haier atas sumbangan luar biasanya kepada aktiviti-aktiviti pembangunan dan pelaburan ekonomi tempatan.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/308091.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190904/2569380-1?lang=0

 

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics