omniture

TV Mini LED TCL memenangi Anugerah Emas Teater Kediaman berprestij di IFA 2019

TCL
2019-09-09 10:23 512

BERLIN, 9 September 2019 /PRNewswire/ -- TCL (01070.HK), salah seorang pemain terkemuka dalam industri TV global, berkata hari ini ia berbesar hati untuk menerima "Anugerah Emas Teater Kediaman" untuk produk unggulan TV Mini LED X10/C11 di Internationale Funkausstellung Berlin (IFA) 2019, oleh International Data Group (IDG) dan German Industry & Commerce Co., Ltd. (GIC/AHK).

Anugerah itu mewakili pengiktirafan yang tinggi komitmen TCL terhadap inovasi teknologi tatkala ia berusaha untuk menjadi sebuah syarikat teknologi pintar global terkemuka yang membantu para pelanggan di seluruh dunia menjalani kehidupan yang cerdas dan sihat.

"Kami gembira menerima anugerah ini, TCL ialah perintis dalam menggunakan teknologi Mini LED untuk pengeluaran TV secara besar-besaran. Kami percaya bahawa Mini LED akan memimpin perkembangan teknologi paparan masa depan," kata Shaoyong Zhang, Pengurus Besar Unit Perniagaan dan Pusat Pemasaran TV, TCL Industrial Holdings. "Dengan menggabungkan Mini LED dengan penyelesaian QLED dan resolusi 8K, kami akan menawarkan warna yang paling realistik kepada pengguna dan memastikan pengalaman menonton yang terbaik."

TCL Mini LED Series
TCL Mini LED Series

Siri Mini LED didatangkan dalam beberapa saiz dan dengan pelbagai fungsi. Model utama ialah TV Mini LED 8K 75 inci. Lampu latarnya dipacu oleh 25,200 LED berprestasi tinggi, memberikan kecerahan unggul sehingga 1200 nit. Ia juga mempunyai 900 zon pemalapan setempat.

Ciri-ciri utama termasuk:

  • Teknologi paparan Mini LED
  • Teknologi paparan 8K
  • Teknologi paparan Quantum Dot
  • Dolby Vision® 
  • TCL AI-IN 
  • Sistem operasi Android P  
  • Bar bunyi Onkyo
  • Dolby Atmos 

Model 8K ini akan tersedia pada suku kedua tahun 2020 di pasaran terpilih. Terdapat juga versi 4K 75 inci. Di samping itu, terdapat dua versi 4K 65 inci dengan bar bunyi pilihan yang akan disediakan pada akhir tahun 2019.

TCL akan mempamerkan portfolio produknya di reruai di Dewan 21, Reruai 102, Messe Berlin, 6 hingga 11 September.

* Sila rujuk pelan tempatan mengenai spesifikasi dan ketersediaan produk.

Latar Belakang TCL

TCL (01070.HK) ialah sebuah syarikat elektronik pengguna yang berkembang pesat dan penggiat utama dalam industri TV global. Ditubuhkan pada tahun 1981 di China, ia kini beroperasi di lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhususkan diri dalam penyelidikan, pembangunan dan pengilangan produk elektronik pengguna yang terdiri daripada produk TV, audio dan rumah pintar.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190906/2572246-1?lang=0

Source: TCL
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Awards Trade show news