omniture

SAMI-Navantia Tandatangani Kontrak €900 Juta Dengan Navantia untuk Setempatkan 60% Industri Tentera Laut dan ToT

Saudi Arabian Military Industries (SAMI)
2019-09-13 19:18 223

RIYADH, Arab Saudi, 13 September 2019 /PRNewswire/ -- SAMI Navantia Naval Industries (SAMI-Navantia), satu usaha sama antara Saudi Arabian Military Industries (SAMI) dan Navantia S.A., semalam menandatangani kontrak bernilai €900 juta (kira-kira SAR 3.7 bilion) dengan pembuat kapal Sepanyol Navantia untuk berkolaborasi bagi Penyepaduan Sistem Tempur (Combat System Integration - CSI) pada korvet Avante 2200 untuk Pasukan Laut Diraja Saudi (RSNF). 

 

(L to R): Mr. Vicente Santamaria, Director of Systems at Navantia; Mr. Gonzalo Mateo, COO of Navantia ; Mrs. Susana de Sarriá, Chairwoman of Navantia S.A.; H.E. Ahmed Al-Khateeb, Chairman of SAMI ; Dr. Andreas Schwer, CEO of SAMI ; Mr. Antonio Rodriguez-Barberan, CEO of SAMI-Navantia ; Mr. Ahmed Al-Ghuneim, CFO of Sami-Navantia
(L to R): Mr. Vicente Santamaria, Director of Systems at Navantia; Mr. Gonzalo Mateo, COO of Navantia ; Mrs. Susana de Sarriá, Chairwoman of Navantia S.A.; H.E. Ahmed Al-Khateeb, Chairman of SAMI ; Dr. Andreas Schwer, CEO of SAMI ; Mr. Antonio Rodriguez-Barberan, CEO of SAMI-Navantia ; Mr. Ahmed Al-Ghuneim, CFO of Sami-Navantia

 

Kontrak ini akan menyumbang kepada pembangunan ekosistem pertahanan Arab Saudi melalui pemindahan teknologi dan penciptaan peluang-peluang pekerjaan baharu, selari dengan objektif Wawasan Saudi 2030 (Saudi Vision 2030) untuk menyetempatkan 50% daripada jumlah perbelanjaan ketenteraan menjelang tahun 2030. Perjanjian ini berpotensi untuk meningkatkan penyetempatan keupayaan teknologi Kerajaan Arab Saudi sehingga 60% dan memberi manfaat kepada organisasi-organisasi Saudi yang lain.

Kontrak ini ditandatangani di reruai SAMI dalam pameran Peralatan Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (DSEI) 2019, yang berlangsung di ExCeL, London, United Kingdom, dihadiri oleh T.Y.T. Ahmed Al-Khateeb, Pengerusi SAMI, Susana de Sarriá, Pengerusi Navantia S.A., Dr. Andreas Schwer, Ketua Pegawai Eksekutif SAMI, Antonio Rodriguez-Barberan, Ketua Pegawai Eksekutif SAMI-Navantia, serta pegawai-pegawai lain daripada kedua-dua pihak.

Mengulas tentang kontrak ini, Antonio Rodriguez-Barberan, Ketua Pegawai Eksekutif SAMI-Navantia, berkata: "Perjanjian perkongsian baharu ini memperlihatkan pencapaian penting untuk SAMI-Navantia tatkala kami memulakan perjalanan bersejarah dengan objektif untuk merealisasikan cita-cita Arab Saudi bagi menyetempatkan industri ketenteraan dan juga pertahanan Kerajaan Arab Saudi. Ini mewujudkan peluang yang sangat baik untuk memanfaatkan pengalaman luas rakan kongsi strategik kami dalam reka bentuk, pembinaan dan penyepaduan kapal perang bagi membina keupayaan kami sendiri dalam domain ini."

Susana de Sarriá, Pengerusi Navantia, berkata: "Kontrak kami dengan SAMI-Navantia menekankan komitmen Navantia untuk menyokong Arab Saudi dalam membangunkan keupayaan perindustriannya dalam sektor pertahanan. Hal ini akan menyediakan asas yang kukuh untuk jalinan kerjasama jangka panjang yang saling menguntungkan antara SAMI dan Navantia."

Selain CSI, perjanjian baharu antara SAMI-Navantia dan Navantia akan memberi tumpuan pada kejuruteraan dan seni bina sistem, reka bentuk perkakasan, pembangunan perisian, pengujian dan penentusahan, pemprototaipan, simulasi dan pemodelan, selain sokongan logistik dan program latihan.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.sami.com.sa atau emelkan kepada kami di info@sami.com.sa.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/974445/Navantia.jpg

Source: Saudi Arabian Military Industries (SAMI)
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Maritime/Shipbuilding Transportation Contracts Joint ventures New products/services