omniture

Menarini: Elcin Barker Ergun sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

Menarini I.F.R.
2019-09-14 01:44 191

FLORENCE, Itali, 13 September 2019 /PRNewswire/ -- Lembaga Pengarah telah melantik Puan Elcin Barker Ergun sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Menarini Group.

"Elcin Barker Ergun merupakan penambahan ideal kepada pasukan Menarini, bagi meneruskan agenda pertumbuhan dari segi geografi dan bidang terapi," ulas Eric Cornut, Pengerusi Menarini.

 

Menarini CEO Elcin Barker Ergun.
Menarini CEO Elcin Barker Ergun.

 

Elcin Barker Ergun: "Menarini ialah sebuah syarikat yang dikagumi di peringkat global atas dinamisme pasaran dan penumpuan kepada pesakitnya. Saya begitu berbesar hati untuk menyertai Menarini dan menyumbang dalam merebut peluang perniagaan baharu dan terus mendorong globalisasi kami."

"Kedatangan Elcin Barker Ergun," ulas Lucia dan Alberto Giovanni Aleotti, "Menyempurnakan proses yang kami mulakan beberapa tahun lalu dengan tujuan untuk mengukuhkan tadbir urus dan menjadikan syarikat lebih bersifat antarabangsa bagi mempercepatkan pertumbuhannya."

Selepas 8 tahun bekerja dalam sektor teknologi di UK dan Belanda, Elcin Barker Ergun melangkah ke industri farmaseutikal bersama Smithkline Beecham sebagai Ketua Pegawai Kewangan subsidiari. Kemudian, beliau menyertai perniagaan Penjagaan Kesihatan Merck KGaA yang mana beliau menyandang jawatan-jawatan dengan tahap senioriti yang semakin meningkat dan menggalas tanggungjawab perniagaan global serta mengurus kolaborasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam jawatan terakhir beliau apabila mengetuai Perniagaan Baharu.

Elcin Barker Ergun pernah berkhidmat dalam jawatan kepimpinan peringkat Global, Serantau dan Tempatan dalam Industri Farmaseutikal selama lebih 20 tahun termasuk kepimpinan Komersial, Kewangan dan Inovasi.

Dalam jawatan terakhir beliau, beliau merupakan Ketua Perniagaan Baharu untuk bahagian Penjagaan Kesihatan Merck KGaA yang berpangkalan di Boston, bertanggungjawab untuk entiti yang menjalankan pembangunan luar dan pembiayaan beberapa aset untuk mencipta perniagaan baharu. Sebelum itu, beliau merupakan Naib Presiden Eksekutif, Ketua Komersial Global untuk Merck Serono yang bertanggungjawab untuk P&L sebanyak €4.5 bilion dan lebih 5,000 kakitangan. Terdahulu, beliau juga merupakan Naib Presiden Kanan, Ketua Wilayah Antara Benua yang terdiri daripada 69 negara merentas Timur Tengah, Afrika, Turki, Rusia/CIS.

Menerusi kerjaya awal beliau, Elcin memegang beberapa jawatan kewangan sebagai Ketua Pegawai Kewangan subsidiari Smithkline Beecham dan sebagai Ketua Pegawai Kewangan subsidiari untuk Honeywell. Beliau turut menghabiskan masa selama 8 tahun bekerja dalam sektor teknologi di UK dan Belanda, sebelum melangkah ke industri farmaseutikal. Elcin ialah seorang jurutera yang berkelulusan MBA daripada INSEAD.

Menarini Pharmaceutical Group Group, yang beribu pejabat di Florence, berada di 136 negara seluruh dunia setakat ini, dengan nilai pusing ganti mencecah € 3,667 juta dan menggaji lebih 17,600 kakitangan. Dengan 7 pusat Penyelidikan & Pembangunan, produk-produk Menarini terdapat dalam bidang rawatan yang paling penting termasuk produk-produk kardiologi, gastroenterologi, pneumologi, penyakit berjangkit, diabetes dan antiradang/analgesik. Pengeluaran farmaseutikal dijalankan di 16 kilang pembuatan Kumpulan ini yang terletak di Itali dan luar negara, yang mengeluarkan dan mengedarkan lebih 585 juta bungkus produk setahun. Pengeluaran farmaseutikal Menarini, selari dengan piawaian kualiti tertinggi, memberi sumbangan berterusan kepada kesihatan pesakit di seluruh dunia.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/974825/Menarini_CEO.jpg  
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/946944/Menarini_Group_Logo.jpg  

 

 

 

 

Source: Menarini I.F.R.
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Personnel announcements