omniture

Pameran Lampu Antarabangsa (Guzhen) China bakal diadakan di Zhongshan, China

China (Guzhen) International Lighting Fair
2019-09-19 03:04 308

Himpunkan Peluang Penyumberan Lampu Global dan Tunjukkan Trend Industri Baharu

ZHONGSHAN, China, 19 September 2019 /PRNewswire/ -- Pameran Lampu Antarabangsa (Guzhen) China kali ke-24 (Edisi Musim Luruh) (selanjutnya dirujuk sebagai GILF) akan diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Guzhen, Zhongshan, China pada 22-26 Oktober 2019.

Salute to the Great Cultural Achievements in the Past 20 Years
Salute to the Great Cultural Achievements in the Past 20 Years

Sanjungan kepada Pencapaian Kebudayaan yang Hebat dalam 20 Tahun Lalu  

Sejak 20 tahun yang lalu, GILF telah melakar pencapaian hebat dalam industri lampu yang membangun dengan pesat. Ia telah menjadi upacara penyumberan besar-besaran dalam industri lampu dan menjadi "kad nama luncuran" untuk Guzhen.

Menetapkan Pusat Konvensyen dan Pameran Guzhen sebagai tempat utama dan berganding bahu dengan 7 subtempat untuk mencapai 1,500,000 m² kawasan pameran, GILF menghimpunkan lebih 2,000 perusahaan berkualiti tinggi, mempamerkan lebih 30,000 produk berkualiti terpilih, 200,000 pembeli kualiti profesional, penyumberan platform perdagangan dalam talian sepanjang tahun dan analisis tepat untuk data raya. Selepas pengumpulan selama bertahun-tahun, GILF menunjukkan "Kuasa Cina" dalam industri lampu global.

Penyepaduan: Aktifkan Daya Penggerak Baharu Industri

GILF berpegang teguh kepada pembangunan inovatif dengan tahap lebih tinggi antara pengantarabangsaan, profesionalisasi dan pengindustrian serta aktif menggalakkan penyepaduan antara reka bentuk asli dan kecerdasan serta seni dan teknologi.

Tahap Pengantarabangsaan Lebih Tinggi

Setiap GILF telah menarik penyertaan daripada pembeli profesional dari lebih 100 negara dan kawasan termasuk Eropah, Amerika, Asia Tenggara, Jepun, Rusia dan sebagainya. GILF menjalankan Program Pembeli Dihoskan yang dikhususkan untuk pembeli luar negara, bagi memberi jaminan kepada mereka perjalanan perniagaan yang cekap dan lancar.

Intelligent Lighting Will Continue to Take the Lead
Intelligent Lighting Will Continue to Take the Lead

Lampu Pintar Akan Terus Menjadi Peneraju

Lampu pintar penetap trend membuka sektor baharu dalam industri. Pusat Konvensyen dan Pameran Guzhen dibahagikan kepada sebelas bahagian pameran dalam lima buah dewan. Pameran ini meluaskan bahagian "Lampu Pintar" di Dewan A, membantu syarikat-syarikat untuk mempercepatkan inovasi dalam Era Kecerdasan. Kawasan Lampu Khas turut ditambah, yang menyediakan lampu kejuruteraan yang disasarkan dengan pelbagai fungsian.

Menumpu Lebih Lanjut pada Mod Hubungan antara Pameran dan Kedai Mega Lampu  

Tempat utama Pusat Konvensyen dan Pameran Guzhen menghimpunkan lebih 800 perusahaan lampu, memberi hala tuju trend pembangunan industri dan meliputi seluruh rantaian industri.

Ia berganding bahu dengan 7 kedai mega lampu (subtempat) - Lihe Lighting Expo Center, Huayi Plaza, Star Alliance Global Brand Lighting Center, Besun Lighting Plaza, Lighting Era Center, Huayu Plaza dan China International Streetlight City, ruang pameran keseluruhan berkeluasan lebih 1.5 juta meter persegi.

Lebih Banyak Pertukaran Antarabangsa Popular

GILF melabur dengan banyak dalam promosi dalam talian dan luar talian global, menerusi gabungan dengan media profesional dan media massa melalui pelbagai saluran. Ia bekerjasama dengan rakan media terkenal seperti PR-Newswire, Mondo Arc UK, Lightecture Sepanyol, Enlightenment Amerika dan LEDs Magazine untuk menjalankan promosi luar negara yang menyeluruh dan berbilang sudut serta turut bekerjasama dengan Google Adwords, Facebook dan LinkedIn untuk mempromosikan GILF di Asia, Eropah, Amerika, Afrika, Oceania dan sebagainya. Tambahan pula, ia turut mencari peluang kerjasama melalui Ekspo LED Thailand, InterLight Moscow dan Ekspo LED Antarabangsa Korea.

Pembangunan Dipacu Inovasi

GILF akan mengadakan lebih 20 acara berkualiti tinggi dan forum menarik, menghimpunkan pengamal lampu dan pakar industri untuk berkongsi pandangan tentang industri melalui siaran langsung secara dalam talian dan luar talian.

Innovation-driven Development
Innovation-driven Development

Penyepaduan Pameran dan Internet Tingkatkan Kualiti GILF.

Laman sesawang rasmi B2B GILF - "Denggle.com" mengehoskan pameran lampu dalam talian 365 hari setahun, menghimpunkan lebih 2,800 syarikat lampu yang terkenal dari dalam dan luar negara untuk menyediakan lebih 20,000 produk berkualiti.

Pembeli boleh menggunakan sistem pertanyaan pempamer dalam talian untuk mencari dengan mudah pempamer yang sepadan.

Ringkasan:

Selepas pembangunan selama 20 tahun, GILF terus menyediakan peluang perniagaan untuk industri lampu. Selamat datang ke Guzhen dan GILF ke-24.

Hubungi:

Karmen Wu
Tel: +86-760-2235-3188
Laman sesawang: www.denggle.com
Facebook: @guzhenlightingfai
E-mel: Karmen.Wu@glexpo.com.cn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190917/2582976-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190917/2582976-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190917/2582976-1-c?lang=0

Source: China (Guzhen) International Lighting Fair
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news Future Events