omniture

TDE Group: Penggerudian dengan Paip Berdawai Elektrik - PDS Teraju Pengoptimuman dan Automasi Masa Nyata

TDE Group
2019-09-19 16:16 87

LEOBEN, Austria, 19 September 2019 /PRNewswire/ -- Kos pembinaan telaga yang ditambah baik dengan telaga yang berprestasi lebih baik adalah mandat industri hari ini. Ini memerlukan pengoptimuman dan automasi penggerudian yang bersandarkan kepada data boleh dipercayai dalam jumlah yang lebih besar, dan pertukaran dua arahnya antara peralatan permukaan dan peralatan dasar lubang. Semua ini perlu berlaku pada masa nyata, semasa penggerudian dan dalam keadaan cekap kos. Tambahan lagi, menangkap data dasar lubang dan mengoperasikan peralatan dasar lubang memerlukan kuasa elektrik, sepertimana penghantaran data dua arah. Teknologi semasa tidak boleh memenuhi kriteria data dan kuasa ini.

Tali Gerudi Talian Elektrik (PDS) menyediakan kedua-duanya, sistem telemetri data berkelajuan tinggi dan kuasa elektrik. Ia mampu memenuhi kedua-dua keperluan secara boleh dipercayai dan cekap kos tanpa bateri, turbin atau pengulang.

Austria, Norway: TDE Group dan Aker BP (rakan kongsi pelancaran) telah berjaya menyempurnakan ujian kedua di Norway. Dua minggu penggerudian berskala penuh dengan PDS di NORCE/Ullrigg di Stavanger telah dilaksanakan. PDS berjaya memenuhi semua kriteria ujian di bawah keadaan lapangan, menggunakan prosedur pengendalian paip dan peralatan piawai.

  • Penghantaran data (500,000 b/saat) dan kuasa (300W) serentak  
  • Peralatan pelbagai pembekal disatukan dan dioperasikan dalam tali gerudi
  • MWD pihak ke-3 dioperasikan, dikuasakan dan dikawal oleh PDS
  • Penderia Tali iPDS, dibangunkan oleh TDE, telah dioperasikan
  • Data dasar lubang telah diproses dan dipaparkan pada masa nyata di beberapa lokasi seluruh dunia menggunakan perisian TDE berasaskan web proprietari 
  • PDS kini sedia untuk operasi lapangan.

Dr. Abdelrhani Lamik, Naib Presiden Kumpulan PDS berkata, "Ini merupakan satu pencapaian signifikan bagi TDE dan industri penggerudian. Peralatan BHA pelbagai vendor kini boleh dioperasikan menggunakan kuasa elektrik dari permukaan tanpa bateri atau turbin. Kualiti data dasar lubang distrim pada 500,000 bit/s belum pernah dicapai sebelum ini. Satu jurang telah diisi dan era digital kini bermula. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pasukan PDS dan rakan kongsi kami Aker BP."

Prof. Dr. Gerhard Thonhauser, Pengerusi dan Ketua Pegawai Teknologi TDE Group menyatakan bahawa, "Menggabungkan teknologi PDS dengan penderia pelbagai pihak ketiga merupakan satu langkah utama ke arah ekosistem dasar lubang terbuka yang akan memberi kesan kepada pasaran MWD/LWD secara positif."

Dr. Harald Freissmuth, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDE Group: "Ini hanya permulaan pengoptimuman dan automasi penggerudian. PDS ialah pemangkin teknologi masa depan dan kami teruja kerana menjadi sebahagian daripadanya. PDS ialah asas boleh dipercayai yang boleh kami usahakan."

TDE Group ialah penyedia teknologi dan perkhidmatan berpacukan data untuk industri minyak dan gas yang berada di barisan hadapan transformasi digital. Matlamatnya ialah untuk mempertingkatkan prestasi penggerudian dan pengeluaran telaga minyak dan gas. Lebih 100 syarikat telah memberi kepercayaan kepada produk TDE di seluruh dunia, dan TDE kini beroperasi di 30 buah negara. DNA TDE Group ialah gabungan kepakaran minyak dan gas laut dalam, pakar domain digital dan pakar pemasaran berfokuskan pelanggan.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/996828/TDE_Group_Logo.jpg

 

 

Source: TDE Group
Keywords: Electrical Utilities Mining Mining/Metals Oil/Energy Utilities Survey, Polls & Research