omniture

Cyberinc jalin kerjasama dengan InfiniVAN tawar Awan Pengasingan Web tempatan pertama di Filipina

Cyberinc
2019-09-19 23:49 91

SAN RAMON, California, 19 September 2019 /PRNewswire/ -- Cyberinc, sebuah syarikat baharu keselamatan siber yang terkemuka berpangkalan di California, hari ini mengumumkan pemilihan InfiniVAN sebagai rakan kongsi perkhidmatan awan, untuk menawarkan penyelesaian awan pengasingan web tempatan pertama di Filipina. Perkongsian bersama ini memberikan pengalaman pelayaran yang paling selamat yang tersedia di wilayah berkenaan.

Koji Miyashita, Pengerusi InfiniVAN, berkata, "Memilih untuk bekerjasama dengan Cyberinc merupakan pilihan yang mudah untuk InfiniVAN. Isla Isolation Platform Cyberinc menyediakan keselamatan yang diinginkan pelanggan kami, dengan cara yang membolehkan mereka mendapatkan sambungan selamat yang lebih pantas dengan memilihnya sebagai sebahagian daripada langganan mereka untuk perkhidmatan internet kami atau sebagai fungsian tambahan. Ciri yang senang diaturkan, mudah digunakan, dengan keselamatan yang sentiasa berfungsi, menjadikan pertahanan siber mudah untuk pelanggan besar dan kecil-kecilan kami."

Isla Isolation Cloud Cyberinc melalui InfiniVAN memperkasa pelanggan untuk mengakses sambungan internet selamat yang terasing sepenuhnya dengan pantas dan berpatutan sambil mengambil pendekatan proaktif untuk strategi keselamatan siber perniagaan mereka. Dalam laporan Julai 2019, Hype Cycle for Threat-Facing Technologies, 2019 (Kitaran 'Hype' untuk Teknologi Berhadapan-Ancaman, 2019), Gartner meramalkan bahawa, "... sehingga tahun 2022, organisasi-organisasi yang mengasingkan pelayaran internet berisiko tinggi dan akses kepada URL dalam emel akan mengalami pengurangan 70% serangan yang menjejaskan sistem pengguna akhir."

"Pendekatan InfiniVAN untuk menyediakan perkhidmatan internet perniagaan setaraf dengan piawaian global dengan infrastruktur rangkaian gentian optik bertaraf dunia benar-benar selari dengan visi Cyberinc untuk menyediakan pengalaman pelayaran yang benar-benar selamat untuk pelanggan kami. Kami dapat bersama-sama membantu pelanggan kami meluaskan pertahanan siber mereka dan melindungi daripada masalah global yang semakin relevan," kata Samir Shah, Ketua Pegawai Eksekutif Cyberinc. "Kami melihat bahawa Pengasingan Pelayar Jarak Jauh dapat mengurangkan permukaan serangan terhadap serangan web dan berasaskan emel, menjadikan titik akhir dan rangkaian lebih selamat. Perkongsian kami dengan InfiniVAN akan memberikan penyelesaian keselamatan generasi seterusnya kepada pelanggan kami."

Penyelesaian ini akan ditawarkan kepada pelanggan secara langsung melalui InfiniVAN atau salah satu daripada rakan kongsi penjual Cyberinc di wilayah berkenaan.

Untuk meminta maklumat lanjut, sila kunjungi kami di www.cyberinc.com atau hubungi penjual Cyberinc tempatan anda.

Latar Belakang Cyberinc

Cyberinc membantu syarikat-syarikat mengalami internet yang lebih selamat dengan menghentikan ancaman web, emel dan berasaskan dokumen secara proaktif. Isla Isolation Platform Cyberinc menggunakan teknologi pengasingan canggih bagi meneutralkan ancaman dan mencegahnya sebelum ia berpeluang untuk bertindak, memudahkan strategi keselamatan dan memberi perlindungan serta merta. Cyberinc dipercayai oleh semua perniagaan berbagai saiz dan kerajaan di seluruh dunia.

Latar Belakang InfiniVAN

InfiniVAN menyediakan pengalaman pengguna internet perniagaan yang diberikan melalui Infrastruktur Rangkaian Gentian Optik hujung-ke-hujung yang lewah sepenuhnya dan disokong oleh pengurusan yang berpengalaman dan andal selain pasukan sokongan teknikal. InfiniVAN memberikan internet berkualiti kepada perniagaan dan menjamin sambungan dengan kelajuan ultra pantas, andal & mudah kepada pelbagai jenis perniagaan.

InfiniVAN ialah subsidiari IPS, Inc., pembawa telekomunikasi Jenis 1 di Jepun yang disenaraikan dalam Bursa Saham Tokyo (TSE:4390).

Pautan Berkaitan
https://www.cyberinc.com
https://cyberinc.com/isla/
https://infinivan.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/997084/Cyberinc_Logo.jpg  

Source: Cyberinc
Related Stocks:
Tokyo:4390
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Corporate Expansion Licensing/marketing agreements