omniture

Habanos S.A. Bawakan Penampilan Perdana Dunia Vitola Jenama Cohiba Baharu, Novedosos di Sepanyol

HABANOS SA
2019-09-20 01:41 180

Cohiba, jenama Habanos paling berprestij di dunia, akan membawakan secara eksklusif vitola baharu Novedosos pada 21 September di Sepanyol; acara yang dianjurkan oleh Club Pasion Habanos.

Jenama Habanos yang ikonik ini tercipta lebih 50 tahun yang lalu, memperkenalkan vitola terulung dalam portfolionya dengan keluaran baharu ini.

HAVANA, 19 September 2019 /PRNewswire/ -- Habanos, S.A. akan melancarkan vitola baharu daripada jenama berprestij, Cohiba, Novedosos (50 tolok gelang x 156 mm panjang) dalam penampilan perdana dunia melalui Tabacalera S.L.U, pengedar Habanos, S.A yang eksklusif di Sepanyol. Dengan keluaran baharu ini, Cohiba memperkenalkan vitola terulung ke dalam portfolionya yang hanya akan diedarkan oleh kedai-kedai La Casa del Habano dan Habanos Specialists.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8610451-habanos-premiere-cohiba-brand-vitola/

Cohiba Novedosos box and habanos
Cohiba Novedosos box and habanos

Penampilan Cohiba Novedosos akan berlangsung pada 21 September di taman Museo del Traje di Madrid. Acara ini, di bawah slogan yang diinspirasikan oleh eksklusiviti jenama tersebut, "Algo único" (Sesuatu yang unik), akan dianjurkan oleh Club Pasion Habanos. Tetamu-tetamu yang hadir bukan sahaja mendapat keistimewaan untuk merasa Habano ini, tetapi juga dapat menikmati pengalaman unik dengan mengambil sampel daripada seleksi luas produk gourmet, muzik dan banyak lagi kejutan lain yang tidak dijangkakan.

Pada upacara ini, Cohiba, jenama paling berprestij dalam dunia tembakau dengan lebih 50 tahun sejarah di sebaliknya, akan mempersembahkan pengeluaran eksklusifnya, Novedosos. Cerut ini dibuat "Totalmente a Mano con Tripa Larga" - Buatan tangan sepenuhnya dengan Isian Panjang dengan daun-daun terpilih dari Vuelta Abajo*, kawasan penanaman tembakau yang terbaik di dunia, di Pinar del Río*, Cuba, dan dihasilkan oleh pakar penggulung cerut Cuba (torcedores). Keluaran ini akan dipersembahkan dalam bekas mewah yang direka khas untuk jenama tersebut, dengan kemasan berkilat berwarna hitam dan corak grid berkeperibadian Cohiba. Selain itu, setiap Habanos mempunyai gelang tambahan yang menunjukkan keluaran eksklusifnya untuk kedai-kedai La Casa del Habano dan Habanos Specialists.

Cohiba ialah satu-satunya jenama Habanos yang mana tiga daripada empat jenis daun digunakan dalam proses penghasilannya, Seco, Ligero dan Medio Tiempo menjalani penapaian tambahan dalam tong kayu. Proses istimewa ini menukarkannya kepada aroma dan rasa yang hanya dapat ditemui dalam jenama ini.

Dengan sejarah selama lebih 50 tahun, Cohiba ialah jenama yang paling berprestij dalam dunia tembakau. Dicipta pada tahun 1966, selama bertahun-tahun ia hanya digunakan sebagai hadiah untuk pegawai negeri, di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sejak itu, ia telah dihasilkan di kilang El Laguito yang berprestij di Havana. Jenama ini mendapat namanya daripada perkataan lama yang digunakan oleh orang India Taíno, penduduk asal Pulau, untuk menakrifkan daun tembakau digulung yang dihisap oleh mereka, dan Christopher Columbus pertama kali melihatnya di Cuba pada tahun 1492. Oleh itu, Cohiba merupakan nama pertama yang diberikan kepada tembakau.

La Casa del Habano ialah jaringan antarabangsa titik jualan francais dengan lebih 148 kedai di lebih 50 negara berbeza.

*Apelasi Asal Terpelihara

Bahan Grafik: pautan 

Untuk maklumat akhbar selanjutnya: press.habanos@yr.com                                          

Carla Lladó, Tel: +34-669-54-69-09
Leyre Merino, Tel: +34-93-201-10-28 

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/997039/COHIBA_NOVEDOSOS.jpg

 

Source: HABANOS SA
Keywords: Entertainment Retail Tobacco New products/services