omniture

Advanced Aesthetic Technologies dan China National Biotec Group Umum Kerjasama Strategik

Advanced Aesthetic Technologies, Inc.
2019-09-21 01:34 166

BROOKLINE, Massachusetts, 21 September 2019 /PRNewswire/ -- Advanced Aesthetic Technologies, Inc. (AAT), peneraju bagi teknologi implan gel estetik dan China National Biotec Group (CNBG), subsidiari China National Pharmaceutical Group Corporation (SINOPHARM) hari ini mengumumkan pelaksanaan perjanjian kerjasama strategik. Hubungan baharu ini adalah berdasarkan pengiktirafan CNBG terhadap produk AAT dan pengiktirafan AAT terhadap kedudukan utama CNBG dalam bidang biofarmaseutikal di China serta memeterai perkongsian melibatkan kerjasama mendalam untuk ekuiti dan produk. Menurut perjanjian ini, CNBG akan mengambil kedudukan ekuiti utama, namun tidak mengawal dalam AAT sebagai pertukaran untuk pelaburan ke dalam AAT manakala Lanzhou Biotechnique Development Co., LTD., subsidiari CNBG (selanjutnya dirujuk sebagai "Lanzhou Company") akan bertanggungjawab untuk memperoleh kelulusan kawal selia Cina yang diperlukan dan pengedaran produk-produk AAT, Algeness® di tanah besar China.

CNBG ialah syarikat biofarmaseutikal Cina yang terbesar manakala Lanzhou Company ialah satu-satunya pengeluar toksin botulinum di China. Hengli® (LANTOX) ialah toksin botulinum yang utama dalam pasaran bagi pasaran China, diedarkan kepada lebih 6500 institusi estetik perubatan di China dan memegang lebih 75% daripada pasaran BTXA Cina.

Algeness® Advanced Aesthetic Technologies, Inc. ialah rangkaian berpaten bagi pengisi dermis implan gel boleh suntik yang resap sepenuhnya dan 100% semula jadi, memberi kelebihan dari segi keselamatan, peremajaan kulit dan hasil rupa semula jadi ketika tidak bergerak dan semasa pergerakan wajah. Kelebihan klinikal biasa termasuk pembengkakan minimum setelah disuntik dan hasil yang boleh dilihat serta merta. Algeness memegang Tanda CE dan kini diedarkan di lebih 30 negara seluruh dunia. AAT telah memulakan usaha untuk memperoleh kelulusan FDA AS.

Doug Abel, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AAT mengulas, "Kami berasa gembira untuk menjalin hubungan eksklusif di China dengan CNBG. Kecemerlangan mereka dalam pembangunan biofarmaseutikal dan kepimpinan Lanzhou Company dalam pasaran estetik Cina menjadikan mereka sebagai rakan kongsi yang ideal untuk bekerjasama bagi membawa Algeness melalui proses kelulusan di China dan akhirnya ke pasaran. Kami juga berasa gembira kerana CNBG mengiktiraf potensi yang terdapat pada Algeness untuk merevolusikan pasaran pengisi dermis. Hasil gabungan dengan usaha pengumpulan dana berterusan kami, pelaburan oleh CNBG akan membolehkan kami berusaha bagi memajukan Algeness untuk pendaftaran FDA termasuk penyempurnaan ujian klinikal yang diperlukan. Penembusan kami yang dinanti-nantikan ke dalam pasaran China dan AS memperlihatkan langkah-langkah penciptaan nilai yang besar buat AAT."

Menurut Ahli Lembaga AAT, Los Angeles, California pakar bedah plastik Brian M. Kinney, M.D., F.A.C.S., "Algeness mewakili 'implan' pengisi tisu lembut yang memenuhi keperluan yang tidak dipenuhi untuk pengamal dan pesakit dengan memberikan hasil serta merta dengan pembengkakan minimum dan kesan sampingan atau impak pada sistem imun. Selain itu, ia bukan hanya sekadar memberi volum bahkan menyediakan projeksi dan bentuk. Pesakit-pesakit saya meminta produk-produk yang selamat dan semula jadi dengan hasil rupa dan rasa semula jadi. Algeness berpotensi untuk memadankan permintaan pesakit ini dengan cara yang baharu dan inovatif."

Latar Belakang Algeness®

Algeness ialah implan gel berasaskan agarosa semula jadi sepenuhnya, terbiodegradasi dan bioserasi, bebas daripada semua bahan sintetik atau bahan kimia rangkai silang. Pengisi dermis Algeness berupaya menambah volum segera pada kawasan muka dengan kekekalan sangat baik tanpa bahan kimia rangkai silang tambahan yang terdapat dalam pengisi Asid Hialuronik. Algeness disediakan dalam empat kepekatan agarosa untuk memadankan penambahbaikan kosmetik khusus pada bibir, garis halus dan lipatan di sekitar mulut dan untuk membentuk dan menambah volum pada pipi, garis rahang dan bahagian lain. Dengan pensijilan Tanda CE, Algeness tersedia di 33 negara di Eropah, Amerika Latin, Asia dan Timur Tengah.

Latar Belakang China National Biotec Group

CNBG ialah subsidiari milik penuh Sinopharm, kumpulan farmaseutikal dan penjagaan kesihatan yang terbesar di China, dengan perniagaan utama melibatkan pengedaran, peruncitan, penyelidikan dan pembuatan produk-produk berkaitan penjagaan kesihatan. CNBG ialah pengeluar eksklusif toksin botulinum A di China yang memperoleh kira-kira 77% bahagian pasaran di China. Dengan operasi selama lebih 20 tahun, syarikat telah mewujudkan rangkaian yang berakar umbi di seluruh China untuk jualan dan pengedaran produk-produk terapeutik dan estetik perubatan yang meliputi semua jabatan klinikal utama. Hengli, tanda dagangan CNBG, diiktiraf sebagai salah satu jenama berpengaruh dalam bidang estetik perubatan. CNBG juga merupakan salah satu pengeluar dan pembekal terbesar vaksin dan produk yang berasal daripada plasma di China. Pertumbuhan organik yang sihat dalam segmen-segmen perniagaan utama telah menjana aliran tunai yang terus mantap untuk pengembangan perniagaannya.

Latar Belakang Industri Estetik

Menurut Market Research Future, pasaran pengisi dermis global dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun 12.5% sepanjang lima tahun akan datang dan dijangka mencecah nilai $10 bilion menjelang tahun 2023. Faktor-faktor utama yang memacu pertumbuhan pasaran ini ialah peningkatan permintaan oleh pengamal dan pengguna ke arah penggunaan prosedur invasif minimum dan tidak invasif.1 Di seluruh dunia, lebih 8.5 juta prosedur boleh suntik dijalankan setiap tahun oleh pakar bedah plastik, pakar dermatologi dan pengamal lain.2 Menurut American Society for Aesthetic Plastic Surgery, pada tahun 2018 di AS sahaja, pakar bedah plastik menjalankan lebih 2.6 juta prosedur boleh suntik, dengan 30% mengandungi suntikan asid hialuronik untuk sejumlah lebih $1.15 bilion. Bilangan prosedur boleh suntik yang dijalankan di AS telahpun meningkat sebanyak 39% sejak lima tahun lalu.3

Algeness® dan Master Your Results® ialah tanda dagangan berdaftar AAT, Inc. dan subsidiarinya Algeness-Europe Ltd, Ireland.

Catatan Peringatan Berhubung Kenyataan Pandang ke Hadapan

AAT tidak dapat memberi jaminan bahawa urus niaga yang dipertimbangkan oleh perjanjian kerjasama akan ditutup tepat pada masanya, sekiranya ia benar-benar berlaku. Urus niaga ini tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidaktentuan. Semua kenyataan selain daripada kenyataan berkaitan fakta terdahulu yang dibuat dalam siaran akhbar ini merupakan kenyataan pandang ke hadapan dan bukan jaminan prestasi masa depan. Keputusan sebenar mungkin berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke hadapan.

1 https://www.marketresearchfuture.com
2 https://www.isaps.org
3 https://www.surgery.org

 

Source: Advanced Aesthetic Technologies, Inc.
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Supplementary Medicine Joint ventures