omniture

FE Credit Lancar SECURE PLUS+, satu ciri perlindungan penipuan, direka terutamanya untuk pengguna kad kredit kali pertama

VPBank Finance Company Limited
2019-09-24 20:05 337

HO CHI MINH CITY, Vietnam, 24 September 2019 /PRNewswire/ -- Bagi memberikan keselamatan dan ketenangan minda sepenuhnya kepada pemegang kadnya yang dihargai, VPBank Finance Company Ltd. (FE CREDIT) telah melancarkan SECURE PLUS+, iaitu satu perlindungan komprehensif terhadap penipuan untuk semua transaksi Kad Kredit. Insurans ini meliputi transaksi yang tidak sah untuk pembelian runcit, pembelian dalam talian dan juga pengeluaran ATM.

FE Credit Secure Plus+
FE Credit Secure Plus+

FE Credit SECURE PLUS+ ialah ciri terbenam yang boleh didapati tanpa kos tambahan kepada pemegang kad dan merupakan yang pertama seumpamanya untuk peserta kategori. FE Credit SECURE PLUS+ juga disokong oleh proses tuntutan satu panggilan yang sangat mudah.

En. Kalidas Ghose, Ketua Pegawai Eksekutif FE CREDIT berkata, "Keselamatan transaksi adalah penting untuk memacu penggunaan Kad Kredit dalam pasaran yang baru berkembang seperti Vietnam. FE Credit SECURE PLUS+ direka terutamanya untuk kumpulan pelanggan kami yang dihargai dan berkembang pantas dengan membawakan tahap kepercayaan yang serba baharu semasa menggunakan Kad Kredit mereka."

En. Nimish Dwivedi, Pengarah Pusat Perniagaan Kad Kredit FE CREDIT berkata, "FE Credit SECURE PLUS+ bukan sahaja meliputi semua transaksi Kad Kredit, tetapi juga diberikan kepada pelanggan kami yang dihargai tanpa kos tambahan. Ini merupakan salah satu ciri yang lebih relevan dalam usaha kami yang berterusan untuk menjadikan perjalanan tanpa tunai suatu perkara yang ringkas, mudah dan selamat bagi pengguna kad kali pertama."

Latar Belakang FE CREDIT

Perintis dalam Kewangan Pelanggan, FE CREDIT telah menubuhkan asas yang kukuh untuk menjadi pemimpin pasaran bagi pasaran pinjaman pelanggan tanpa cagaran & kad kredit. FE CREDIT pada masa ini memberikan perkhidmatan kewangan pelanggan seperti pinjaman peribadi, pinjaman motosikal, pinjaman barang pengguna tahan lama dan kad kredit. FE CREDIT telah memberikan perkhidmatan kepada kira-kira 10 juta orang pelanggan dan bekerjasama dengan 8,500 rakan kongsi di seluruh 12,000 Tempat Jualan (POS) di seluruh negara.

Laman sesawang: www.fecredit.com.vn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190920/2587316-1?lang=0

Source: VPBank Finance Company Limited
Keywords: Banking/Financial Service Financial Technology