omniture

Persidangan Dialog Strategik Zon Rintis Pembukaan Perubatan Antarabangsa Fangchenggang diadakan di Nanning, Guangxi

CRI Online
2019-09-28 02:28 377

NANNING, China, 28 September 2019 /PRNewswire/ -- Sebagaimana yang dilaporkan oleh CRI Online: Pada 23 September, Persidangan Dialog Strategik Zon Rintis Pembukaan Perubatan Antarabangsa Fangchenggang (China) telahpun diadakan di Nanning, China. Lebih 260 orang diundang, termasuk pakar-pakar dalam isu-isu penyelidikan dan kesihatan antarabangsa dari dalam dan luar negara, selain wakil-wakil daripada institusi perubatan, syarikat peralatan perubatan dan perusahaan berkaitan yang lain.

Suasana Persidangan Dialog Strategik Zon Rintis Pembukaan Perubatan Antarabangsa Fangchenggang (China). Gambar oleh: Tang Yingqian.
Suasana Persidangan Dialog Strategik Zon Rintis Pembukaan Perubatan Antarabangsa Fangchenggang (China). Gambar oleh: Tang Yingqian.

Fang Chunming, naib pengerusi Kawasan Autonomi Zhuang Guangxi, berkata dalam ucapan beliau bahawa Guangxi bersedia untuk bekerjasama dengan negara-negara dan organisasi-organisasi ASEAN seperti Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), bagi mengukuhkan jalinan kerjasama dalam bidang penjagaan kesihatan dan menggalakkan pertukaran serta kerjasama. Beliau mencadangkan tiga inisiatif untuk berkongsi perundangan yang luas, mempercepatkan pembinaan zon rintis perubatan; mengukuhkan kepercayaan dan pemahaman bersama, menggalakkan kerjasama antara SCO dan ASEAN; berpegang kepada prinsip faedah bersama, berganding bahu untuk membina komuniti kesihatan manusia.

Banjong Mominjiranan, datuk bandar Roi Et, menegaskan dalam ucapan beliau bahawa terdapat banyak universiti perubatan dan jabatan perubatan yang cemerlang di Thailand. Ia merupakan peneraju bagi Persatuan Antipenuaan Asia dan kuasa baru muncul dalam bidang perubatan regeneratif di dunia. Thailand bersedia untuk melaksanakan prinsip faedah bersama, berkongsi peluang bersama-sama, bekerjasama dengan India, Bangladesh dan negara-negara Asia Tengah yang lain daripada SCO, bagi menggalakkan pembinaan komuniti kesihatan yang berkualiti tinggi serta kolaboratif.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190926/2593491-1?lang=0

 

Source: CRI Online
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Trade show news