omniture

atta, khidmat perjalanan yang gunakan Data Raya dan AI lancarkan khidmat penerbangan & bantu pengembara jimatkan RM633,818 sejak pelancaran aplikasi hotel pada Julai

atta
2019-09-30 11:00 289

TOKYO, 30 September 2019 /PRNewswire/ -- atta pte ltd (diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif: Yoshihisa Haruyama) mengumumkan bahawa sejak pelancaran aplikasinya pada 4 Julai 2019, atta telah membantu pengembara menjimatkan wang sebanyak RM633,818 melalui pemberitahuan tolakannya yang memaklumkan pengembara apabila kadar harga bilik jatuh untuk hotel idaman mereka.

Pada bulan Ogos, atta berjaya menyempurnakan penyepaduan rakan-rakan kongsi agensi perjalanan dalam talian hotel baharu, Expedia dan Hotels.com™. Pada aplikasi atta, kini terdapat lebih 1.4 juta senarai penginapan yang disediakan di seluruh dunia. Pilihan-pilihan ini bermula daripada hotel kepada sewaan percutian serta ryokan, rumah tumpangan dan vila.

Dengan aplikasi atta, pengembara dengan mudah dapat mencari dan membandingkan harga daripada pelbagai laman sesawang tempahan dalam talian secara sekali imbas. Sistem AI kami meramalkan kebarangkalian kadar harga bilik jatuh agar pengembara dapat memutuskan sama ada untuk menempah sekarang atau menunggu harga turun. Pengembara boleh mendaftar untuk mendapatkan pemberitahuan tolakan supaya mereka dimaklumkan apabila harga jatuh dan boleh menempahnya ketika kadar harga bilik tersebut adalah paling murah. Dengan cara ini, pengembara akan mendapat tawaran terbaik di atta.

Untuk membawakan pengalaman yang lebih menyeluruh kepada pengembara, atta turut membangunkan perkhidmatan carian tiket penerbangan dalam aplikasi tersebut dengan kerjasama Skyscanner. Perkhidmatan carian penerbangan dilancarkan untuk iOS pada 25 September dan Android pada 30 September, agar pengembara kini dapat mencari penerbangan ke & dari 4400 lapangan terbang di seluruh dunia. Pengembara boleh mencari dan membandingkan harga tiket penerbangan untuk mendapatkan tawaran terbaik. Dalam pada itu, atta telah membina fungsian ramalan harga AI berdasarkan laluan tertentu dan tarikh perjalanan. Selain itu, terdapat ciri pemberitahuan tolakan untuk memantau harga bagi laluan tertentu dan menyampaikan amaran kepada telefon pintar pengembara pada waktu sebenar apabila harga jatuh.

Sebagai respons kepada pengumuman ini, En. Haruyama berkata: "Saya berasa bangga kerana dengan rakan kongsi dan perkhidmatan baharu, kami dapat memenuhi keperluan pengembara dengan lebih baik. Saya berasa gembira khususnya kerana atta berupaya membantu pengembara mendapat tawaran terbaik untuk perjalanan mereka dan menjimatkan banyak wang dengan ciri pemberitahuan tolakan kami. Pengguna-pengguna kami semakin bertambah bukan sahaja di Jepun, tetapi juga di seluruh Asia Tenggara. Kami akan terus membangunkan aplikasi kami agar digemari oleh semua pengembara."

Laman sesawang: https://atta.ai/

Halaman Aplikasi iOS: https://apps.apple.com/app/atta/id1406244428 
Halaman Aplikasi Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=app.atta

Bahasa-bahasa yang Disokong Masa Kini: Bahasa Inggeris & Bahasa Jepun

Latar Belakang atta pte ltd

atta pte ltd ialah sebuah syarikat baharu teknologi perjalanan yang mempunyai pejabat-pejabat di Tokyo dan Singapura. atta ditubuhkan di Tokyo pada 12 Mac 2018 dan berkembang ke Singapura pada Mac 2019. atta telah mengumpul sebanyak 2.5 juta USD dalam pengumpulan dana pusingan awal pada Januari 2019. Sebagai peneraju dalam inovasi, atta diundang untuk hadir di RISE Hong Kong 2019 dan ITB Asia 2019. Untuk maklumat lanjut, sila emelkan kepada Gerard Andrew James, Pengarah, Pembangunan Perniagaan, SEA di: pr@atta.ai

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190923/2588546-1?lang=0

Source: atta
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Computer/Electronics Hotels and Resorts Mobile Entertainment Travel Contracts Licensing/marketing agreements New products/services