omniture

Forescout Lantik Wahab Yusoff sebagai Naib Presiden Serantau untuk Asia Pasifik dan Jepun

Forescout Technologies, Inc.
2019-10-02 10:32 287

SAN JOSE, California, 2 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Forescout Technologies, Inc. (NASDAQ: FSCT), pemimpin dalam keterlihatan dan kawalan peranti, hari ini mengumumkan perlantikan Wahab Yusoff ke jawatan Naib Presiden Serantau untuk Asia Pasifik dan Jepun (APJ). Dalam peranan ini Wahab akan memberi tumpuan kepada peningkatan jualan, meningkatkan penerimaan pelanggan dan membina ekosistem rakan kongsi merentasi Australia, Jepun, India dan Singapura, serta rantau Asia Tenggara yang berkembang pesat.

Wahab Yusoff, naib presiden serantau APJ, Forescout
Wahab Yusoff, naib presiden serantau APJ, Forescout

 

Platform keterlihatan dan kawalan peranti Forescout telah diterima pantas di seluruh APJ apabila banyak organisasi mengiktiraf keperluan untuk membina keselamatan rangkaian mereka berhadapan peningkatan ancaman yang mengeksploit peranti Internet Pelbagai Benda (IoT) terhubung rangkaian dan teknologi operasi (OT). Penumpuan IT dan OT menambah cabaran tambahan apabila banyak organisasi kini menguruskan kerumitan dan keterdedahan yang meningkat pada rangkaian ICS yang sebelum ini terasing.

"Forescout menyediakan asas bagi sebarang strategi keselamatan siber yang mantap untuk melindungi perusahaan yang diperluas - daripada kampus sehingga kepada pusat data, awan dan persekitaran OT," kata Wahab Yusoff, naib presiden serantau APJ, Forescout. "Platform kami menyediakan keterlihatan dan kawalan peranti dalam untuk membantu organisasi mengurangkan risiko dan mengatur tindakan melalui penyepaduan teknikal dengan penyelesaian IT dan keselamatan terkemuka."

Steve Redman, Ketua Pegawai Hasil, Forescout berkata, "Wahab ialah seorang pemimpin jualan dengan pengalaman sangat luas, membangunkan jualan dan pelaburan di Asia sejak beberapa tahun lepas di Forescout. Pernah berkhidmat dalam beberapa lembaga bagi perusahaan besar di Singapura, beliau mempunyai kefahaman mendalam mengenai risiko keselamatan organisasi, dan saya berasa amat seronok beliau akan memimpin kami di rantau APJ."

Wahab menyambung, "Saya teruja untuk memegang peranan baharu ini dan sangat berminat untuk mengembangkan pengalaman dan pengetahuan merentasi rantau ini." Forescout memiliki ramai bakat dengan rangkaian berpengalaman dan pakar keselamatan yang memahami cara untuk memberi panduan kepada pelanggan dan rakan kongsi kami dalam menghadapi cabaran IT baharu ini."

Wahab merupakan seorang eksekutif kanan dengan lebih 30 tahun pengalaman merentasi industri IT dan keselamatan siber yang berfokus kepada mengasaskan operasi dan pertumbuhan jualan serantau. Beliau berada dalam lembaga Lapangan Terbang Changi Singapura dan EZ-Link, sistem pembayaran tanpa sentuh berskala besar pertama untuk rangkaian transit awam Singapura.

Latar Belakang Forescout 

Forescout Technologies, Inc. menyediakan keselamatan pada pandangan pertama. Syarikat kami menyediakan keterlihatan dan kawalan peranti bagi membolehkan perusahaan dan agensi kerajaan beroleh kesedaran situasi menyeluruh terhadap persekitaran mereka dan mengatur tindakan. Ketahui lebih lanjut di www.forescout.com.

© 2019 Forescout Technologies, Inc. Semua hak terpelihara. Forescout Technologies, Inc. merupakan sebuah syarikat Delaware. Senarai tanda dagangan dan paten kami boleh didapati di https://www.forescout.com/company/legal/intellectual-property-patents-trademarks. Jenama, produk atau nama servis lain mungkin merupakan tanda dagangan atau tanda perkhidmatan pemilik masing-masing.

Hubungi Perhubungan Media:
Rebecca Cradick
Forescout Technologies, Inc.
+44-07795-603735
rebecca.cradick@forescout.com

Hubungi Perhubungan Pelabur:
Michelle Spolver
Forescout Technologies, Inc.
+1-408-721-5884
michelle.spolver@forescout.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190929/2595382-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190930/2595382-1LOGO?lang=0

Source: Forescout Technologies, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:FSCT
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications Personnel announcements