omniture

G2 Umum Syarikat-syarikat Perisian Diberi Kedudukan Tertinggi di Asia Pasifik

G2
2019-10-09 01:29 121

G2 tonjol syarikat-syarikat perisian terbaik di seluruh Asia Pasifik tatkala ia memperluas pelaburan serantaunya dengan pejabat Singapura baharu

SINGAPURA, 9 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- G2.com (dahulunya G2 Crowd), pasaran teknologi B2B yang terbesar di dunia untuk perisian dan perkhidmatan yang membantu perniagaan membuat keputusan membeli yang lebih bijak, hari ini mengumumkan senarai kedudukan Syarikat-syarikat Perisian Terbaik di Asia Pasifik (APAC) pertamanya. Senarai kedudukan tersebut, yang menandakan pembukaan pejabat baharu G2 di Singapura, mengambil kira lebih daripada 39,000 ulasan perisian daripada pengguna G2 di APAC, menilai hampir 400 syarikat perisian yang menawarkan perkhidmatan di Asia, Australia dan juga New Zealand.

Chris Perrine, naib presiden APAC di G2 memimpin usaha pengembangan G2 ke seluruh rantau APAC dengan matlamat untuk meluaskan kawasan yang dikuasainya. Pejabat baharu di tengah-tengah daerah pusat perniagaan Singapura dibuka pada November ini.

Sepuluh syarikat perisian terbaik di APAC, menurut ulasan pengguna disahkan G2, ialah:

1. MongoDB – MongoDB ialah pangkalan data generasi seterusnya membantu perniagaan mengubah industri mereka dengan data.
Skor Kepuasan G2 APAC: 92.0

2. ActiveCampaign – ActiveCampaign ialah perisian pengutomatan pemasaran yang membantu perniagaan berhubung dan terlibat dengan pelanggan.
Skor Kepuasan G2 APAC: 91.3

3. Slack – Slack ialah lapisan tindanan teknologi perniagaan yang menyatukan orang ramai, data dan juga aplikasi.
Skor Kepuasan G2 APAC: 90.0

4. Asana – Asana ialah perisian pengurusan projek yang membantu pasukan menyusun dan mengurus semua kerja mereka.
Skor Kepuasan G2 APAC: 90.0

5. Shopify – Shopify ialah platform e-dagang omnisaluran yang utama. Pemilik perniagan boleh menggunakan perisian tersebut untuk mereka bentuk, mengatur dan mengurus kedai mereka.
Skor Kepuasan G2 APAC: 88.7

6. Zoom – Zoom membantu perniagaan dan organisasi menyatukan pasukan mereka dalam persekitaran nirgeseran agar lebih banyak dapat dilakukan.
Skor Kepuasan G2 APAC: 88.3

7. MuleSoft – MuleSoft menyediakan platform penyepaduan yang paling banyak digunakan untuk menghubungkan SaaS dan aplikasi perusahaan.
Skor Kepuasan G2 APAC: 87.9

8. UiPath – UiPath menyediakan Platform RPA Perusahaan yang paling canggih.
Skor Kepuasan G2 APAC: 87.7

9. Symantec – Symantec ialah sebuah syarikat keselamatan siber awan yang terkemuka di dunia dan membantu organisasi, kerajaan dan orang ramai melindungi data mereka yang paling penting.
Skor Kepuasan G2 APAC: 87.4

10. Freshworks – Freshworks menyediakan organisasi dengan penyelesaian penglibatan pelanggan SaaS bermula daripada perisian CRM kepada sembang secara langsung yang menjadikannya mudah untuk golongan profesional sokongan, jualan dan pemasaran untuk berkomunikasi dengan pelanggan serta berkolaborasi dengan rakan sepasukan.
Skor Kepuasan G2 APAC: 87.2

Semua skor untuk senarai kedudukan Syarikat-syarikat Perisian Terbaik di Asia Pasifik G2 dihitung menggunakan algoritma proprietari G2 bagi kepuasan pelanggan dan kehadiran pasaran, dijelaskan dengan lebih terperinci di sini.

Dengan lebih 900,000 ulasan pengguna di seluruh dunia, lebih 90,000 produk dan 1,700 kategori teknologi dan perkhidmatan, G2 ialah pasaran teknologi B2B yang terbesar di dunia. Kini, menerusi pejabat baharunya di Singapura, G2 menjadi pakar global dalam perisian perniagaan.

"Pengembangan global menjadi keutamaan tertinggi untuk G2," kata Chris Perrine, naib presiden Asia Pasifik di G2.

"Menerusi pembukaan pejabat Singapura baharu kami pada November ini dan pelancaran senarai kedudukan Perisian Terbaik di Asia Pasifik, kami meningkatkan pelaburan kami di wilayah tersebut dan keupayaan kami untuk membantu perniagaan menemui, mengkaji semula dan mengurus perisian yang betul.

"Pelaburan G2 di rantau Asia Pasifik merupakan langkah kritikal ke arah mencapai matlamat kami untuk membantu syarikat-syarikat membuat keputusan membeli perisian yang lebih baik dan membawakan ketelusan kepada industri perisian pada skala global."

Lihat senarai lengkap Syarikat-syarikat Perisian Terbaik di Asia Pasifik G2.

Ketahui lebih lanjut tentang pejabat Singapura G2.

Latar Belakang G2.com (dahulunya G2 Crowd)

Beribu pejabat di Chicago, G2.com merevolusikan bagaimana perniagaan menemui, membeli dan mengurus perisian serta perkhidmatan. Lebih daripada tiga juta pengguna bulanan bergantung kepada G2 untuk membantu mereka mencari dan membeli perisian yang terbaik untuk perniagaan mereka. Platform ini mendapat 900,000 ulasan dan jumlah pembiayaan sebanyak $100 juta yang dilaburkan oleh IVP, Accel Partners, LinkedIn, Emergence Capital, Pritzker Group, Chicago Ventures, Hyde Park Ventures, peneraju industri dan juga pengasas. Pelanggan-pelanggan G2 melibatkan IBM dan Zoom. Pembiayaan terbaharunya, Siri C $55 juta, dibuat pada Oktober 2018, diikuti oleh pemerolehan syarikat Siftery dan Advocately.

Source: G2
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Awards