omniture

Cambium Networks Umum Penyelesaian Wi-Fi Dalam dan Luar cnPilot Terurus Awan Baharu

Cambium Networks
2019-10-09 18:05 130

e510 dibina khas untuk penggunaan luar yang lasak; e505 menyediakan penyelesaian berkesan kos untuk penggunaan luar berskala besar, sementara Plat Tembok e425 menumpu pada pasaran hospitaliti yang menuntut prestasi

ROLLING MEADOWS, Illinois, 9 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Cambium Networks (NASDAQ: CMBM), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian perangkaian tanpa wayar, hari ini mengumumkan penyelesaian cnPilot™ baharu untuk menyediakan fungsi ketersambungan yang andal dan berpatutan. Tiga titik akses baharu dan perkakas pengurusan c4000 cnMaestro™ baharu menyediakan penyelesaian sistem yang menarik dengan perkakasan titik akses dan pilihan pengawal rangkaian yang berpatutan. Penyelesaian baharu ini menyokong liputan perusahaan dan kediaman, pensuisan eternet perusahaan dan pengurusan awan berbilang tapak.

"Pengendali rangkaian dan penyedia perkhidmatan terurus (MSP) sentiasa didesak untuk memberi teknologi yang lebih bernilai dan lebih baik pada harga lebih rendah," kata Daran Hermans, Pengarah Pengurusan Barisan Produk, Cambium Networks. "Ketiga-tiga produk Wi-Fi perusahaan baharu ini, digabungkan dengan pengurusan awan papan pemuka tunggal cnMaestro menyediakan lebih banyak pilihan dan kawalan kepada pinggir rangkaian tanpa bayaran berulang. Penyelesaian Perusahaan Cambium Networks termasuk Wi-Fi tanpa-sentuh, set ciri yang mengautomasikan penggunaan peranti, penggunaan peruntukan berasaskan dasar dan pengoptimuman sendiri untuk rangkaian Wi-Fi berkapasiti tinggi."

  • cnPilot e505 – titik akses 802.11ac Wave 2 luar faktor bentuk kecil yang direka untuk penggunaan seluruh bandar dan berketumpatan tinggi dengan pemasangan pantas dan profil yang rendah
  • cnPilot e510 – 802.11ac Wave 2 luar berprestasi tinggi dengan operasi suhu lanjutan, diperakui rel untuk kejutan & getaran, ESD lanjutan dan pewujudan bersama LTE serta penilaian IP67
  • cnPilot e425H – titik akses 802.11ac Wave 2 plat tembok direka untuk pemasangan berketumpatan tinggi dengan satu titik akses bagi setiap bilik
  • Perkakas cnMaestro c4000 – perisian pengawal cnMaestro diprapasang dalam pelayan atas-premis lekap rak. Ideal untuk rangkaian yang mana pengurusan awan mungkin tidak disediakan

"Cambium Networks telah mereka bentuk penyelesaian untuk mengurangkan jumlah kos kepada pengendali MDU, penyedia jualan runcit & logistik, pendidikan, hospitaliti dan perkhidmatan terurus," kata Scott Imhoff, Naib Presiden Kanan Pengurusan Produk dan Pemasaran, Cambium Networks. "Menggunakan seni bina cerdas yang mengutamakan awan dan teragih, sistem pengurusan hujung-ke-hujung cnMaestro dan titik akses cnPilot yang berpatutan membolehkan pengendali IT perusahaan dan MSP untuk meluaskan rangkaian mereka dengan yakin dari segi teknologi dan cadangan perniagaan."

Ketiga-tiga produk titik akses cnPilot baharu ini ditambahkan kepada barisan produk cnPilot untuk melanjutkan suit titik akses dalaman dan luaran yang boleh disesuaikan bagi menyediakan liputan dan kapasiti yang diperlukan. Penyelesaian ini menyediakan tawaran mantap teknologi akses pinggir untuk portfolio penyelesaian ketersambungan Fabrik Tanpa Wayar Cambium Networks.

Produk-produk cnPilot kini disediakan melalui penjual semula Cambium Networks.

Latar Belakang Cambium Networks
Cambium Networks ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian ketersambungan tanpa wayar yang mengukuhkan hubungan bersama orang ramai, tempat dan benda. Mengkhusus untuk menyediakan fabrik tanpa wayar hujung-ke-hujung melibatkan platform yang diurus oleh awan yang andal, boleh diskala dan selamat yang beroperasi dalam keadaan mencabar, Cambium Networks memperkasa penyedia perkhidmatan, pengendali rangkaian perusahaan, perindustrian dan kerajaan untuk membangunkan ketersambungan pinggir pintar. Beribu pejabat di luar Chicago dan menerusi pusat-pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di A.S, U.K. dan India, Cambium Networks menjual produknya melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai. www.cambiumnetworks.com.

Hubungan Media:
Sara Black
213.618.1501
sara@bospar.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/117974/cambium_networks_logo.jpg

Source: Cambium Networks
Related Stocks:
NASDAQ:CMBM
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Telecommunications Wireless Communications New products/services