omniture

GVG ramal pemenang perlumbaan digital seterusnya--syarikat baharu, syarikat gergasi digital seperti Amazon atau penyandang semasa seperti Walmart?

GVG Capital Group
2019-10-10 03:00 199

SAN FRANCISCO, 10 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- GVG Capital, firma ekuiti persendirian global berkedudukan #1 bagi transformasi digital, hari ini menyiarkan Siapa Akan Menang dalam Perlumbaan Digital Seterusnya: syarikat baharu, syarikat gergasi digital seperti Amazon atau penyandang semasa seperti Walmart, Tata, Lidl? berdasarkan kepada kajian transformasi digital terbesar di dunia yang mencakupi 5,000 syarikat merentas 100 negara.

Tiada pertaruhan yang lebih tinggi lagi dengan ruang untuk 1 pemenang - syarikat gergasi digital - dalam setiap pasaran besar, contohnya Amazon dalam jualan runcit AS atau Tencent dalam media Cina. 'Syarikat-syarikat gergasi digital' ialah syarikat-syarikat bernilai lebih $100 bilion yang mendominasi pasaran masing-masing. Perbelanjaan pengguna global sebanyak $50 trilion dijangka beralih secara dalam talian menjelang tahun 2030—menyerlahkan 40 syarikat gergasi digital baharu dari 15 negara lagi seperti India dan Jerman dalam puluhan pasaran bernilai trilion dolar bermula daripada makanan kepada kesihatan.

Maklumat utama: 

  • Persaingan digital pertama (1995-2020) menghasilkan 8 syarikat gergasi digital termasuk 7 daripada 10 syarikat yang paling berharga di dunia: 6 dari AS (Amazon, Apple, Facebook, Google, Microsoft, Netflix), 2 dari China (Alibaba, Tencent).  
  • Persaingan digital seterusnya (2020-2030) akan melahirkan 40 syarikat gergasi digital baharu dari 15 negara lagi: India, Indonesia, Jepun, Singapura, Korea Selatan, Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Sepanyol, Sweden, UK, Brazil, Mexico dan UAE dalam puluhan pasaran bernilai trilion dolar: kesihatan, hartanah, makanan, jualan runcit, perkhidmatan kewangan, media, produk pengguna, pengangkutan, telekomunikasi, teknologi.
  • Penyandang semasa mempunyai jendela peluang kerana syarikat baharu dan syarikat gergasi digital menghadapi cabaran struktur, reaksi hebat daripada kerajaan, kebencian populis dan keraguan pelabur.
  • Untuk memenangi persaingan digital yang seterusnya dan membina syarikat gergasi digital baharu, syarikat-syarikat perlu meningkatkan pengalaman pelanggan sebanyak 10 kali ganda, beroperasi pada kepantasan pengasas-pemilik dan mengubah pasaran mereka menerusi inovasi didayakan internet. Syarikat-syarikat dengan pemilikan tertumpu—pengasas, keluarga atau ekuiti persendirian—mempunyai kelebihan yang ketara.  

"Maklumat kami dibentuk daripada pengalaman amali selama dua puluh lima tahun membina 30 peneraju pasaran digital merentas empat benua dalam lebih daripada dua belas sektor termasuk jualan runcit, AI, logistik, perkhidmatan kewangan dan makanan," menurut En. Love Goel, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif GVG dan penulis laporan. Laporan penuh disediakan di: https://bit.ly/35fbjLt.

Latar Belakang GVG Capital  (https://www.gvgcapital.com/)
GVG Capital ialah firma ekuiti persendirian global terkemuka yang dikenali kerana memimpin 7 transformasi digital yang paling berjaya di dunia, membina 18 syarikat baharu bernilai bilion dolar, membuka nilai pemegang saham sebanyak $100 bilion dan membantu puluhan ikon seperti Apple, Walmart, ABInbev, Macy's, P&G, BMW, Lojas Americanas dan Future Group melancarkan/mengembangkan perniagaan digital mereka.

 

Source: GVG Capital Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Survey, Polls & Research