omniture

Natura Lancar operasi Asia di Malaysia

Natura &Co
2019-10-10 18:46 229

KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Natura, syarikat kosmetik bertaraf global yang ditubuhkan di Brazil pada tahun 1969, secara rasminya mengukuhkan kehadiran dalam pasaran Asia dengan pelancaran perniagaannya di Malaysia melalui pembukaan kedai sementara di Sunway Pyramid, Petaling Jaya. Keputusan Natura untuk menembusi pasaran kecantikan Asia didorong oleh komitmen utama Syarikat untuk memberi kesan positif di seluruh dunia dan juga permintaan terhadap produk-produk yang mampan dan berkualiti tinggi yang dituntut oleh pengguna di seluruh rantau ini.

Di Malaysia, produk-produk Natura akan disediakan kepada pelanggan melalui strategi omnisaluran mantap mereka yang terdiri daripada e-dagang, teknik jualan hubungan dan kedai fizikal. Sekitar 300 item daripada portfolio Natura akan ditawarkan di bawah jenama-jenama Ekos, Chronos, Lumina, Mamãe e Bebê dan Natura Homem - serta wangian daripada Brazilian Perfumery House. Semua produk adalah 100% vegan.

"Kami melihat peluang yang besar untuk Natura di Malaysia, dengan berjuta-juta pengguna yang pelbagai yang selama berdekad-dekad membeli melalui banyak saluran berbeza. Kami yakin bahawa strategi omnisaluran kami akan diterima baik di Malaysia, membawakan pelbagai jenis produk kepada pelanggan selain menyediakan platform yang hebat untuk pertumbuhan perniagaan kami di seluruh rantau ini. Lebih penting, kami teruja kerana dapat bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi tempatan di seluruh Asia sebagai penggerak perubahan untuk membina masa depan yang lebih mampan," kata Daniel Silveira, ketua Natura International. "Ini merupakan detik yang penting buat kami sebagai sebuah perniagaan dan kami berharap dapat membina perniagaan kami di seluruh Asia."

Datin Mina Cheah-Foong, Pengarah Urusan InNature Berhad, yang mana melalui subsidiarinya, Ola Beleza Sdn. Bhd. mengendalikan jenama Natura di Malaysia, berkata: "Kami berbangga kerana dipilih sebagai rakan niaga Natura untuk melancarkan jenama ini buat julung kalinya di Asia. Kedai sementara ini, yang lebih besar daripada biasa dan terletak di lokasi utama di pusat membeli belah Sunway Pyramid, akan menawarkan perkhidmatan yang baik untuk memperkenalkan jenama ini dan produk-produknya kepada pengguna, melalui pengalaman unik yang kami tawarkan kepada pengunjung. Ini termasuk dinding interaktif penjagaan kulit, analisis kulit dan rambut percuma, penganalisis personaliti wangian dan urutan tangan yang memberi kelegaan sambil menikmati pengembaraan VR melalui hutan Amazon. Pelanggan juga boleh membeli produk-produk kami melalui kedai dalam talian kami di www.naturamy.com dan kami berharap dapat melancarkan saluran jualan sosial kami dalam masa terdekat."

Kecantikan lestari daripada Amazon 

Natura telah lama komited menggunakan bahan-bahan biodiversiti Brazil dan Amazon dalam produk-produknya dan terlibat dalam perdagangan yang saksama dengan masyarakat setempat di hutan Amazon. Syarikat bukan sahaja menggunakan bahan-bahan dengan asal usul yang mampan, tetapi turut menggabungkannya dengan sains termaju bagi memberikan formulasi kosmetik yang berprestasi tinggi.

Apa yang boleh dilakukan oleh jenama kecantikan untuk alam sekitar? Kami, di Natura, mengambil keputusan untuk melabur dalam langkah-langkah untuk memulihara Amazon. Dari tahun 2000 hingga hari ini, kami telah menyumbang untuk memulihara 1.8 juta hektar hutan yang masih wujud - kawasan yang bersamaan dengan 74 buah bandar raya Kuala Lumpur. Kami percaya ia menjadi tanggungjawab syarikat-syarikat untuk menjaga dunia kita dengan lebih baik dan memberi impak positif.

Natura. Apabila anda prihatin, anda membawakan lebih banyak keindahan.

kami prihatin terhadap anda
Kami membangunkan formula dengan bahan-bahan yang selamat, semula jadi dan boleh diperbaharui daripada Hutan Amazon Brazil. Kami menggabungkan pengetahuan kami tentang biodiversiti ini dengan yang terbaik dalam teknologi kosmetik, untuk meningkatkan prestasi produk-produk kami dan memberikan hasil yang terbaik buat anda, melalui bahan-bahan bioaktif daripada benih, tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan.

kami prihatin terhadap hubungan
Kami bekerjasama dengan komuniti hutan tempatan untuk mengekstrak bahan-bahan dengan cara yang mampan, menjamin peluang, kesejahteraan dan pendapatan buat semua. Kami menggalakkan lelaki dan wanita untuk menjadi usahawan, melalui platform jualan langsung dan juga perundingan kecantikan.

kami prihatin terhadap planet
Kami mencari inovasi yang diinspirasikan oleh alam semula jadi, dan melalui amalan lestari kami, kami mendorong orang ramai untuk terus menjaga hutan. Selain itu, kami mengutamakan bahan-bahan dikitar semula pascapengguna dan boleh diperbaharui.

Latar Belakang Natura
Ditubuhkan pada tahun 1969, Natura ialah kumpulan kosmetik penjagaan peribadi bertaraf global yang beribu pejabat di São Paulo. Peneraju dalam jualan langsung di Brazil, dengan lebih 1.7 juta perunding, ia merupakan sebahagian daripada Natura & Co, hasil gabungan daripada jenama-jenama Natura, The Body Shop dan Aesop. Hari ini, Natura & Co merupakan kumpulan kecantikan bidang khusus yang keempat terbesar di dunia dan daya penggerak utama untuk kebaikan dalam industri ini. Ia berkedudukan ke-15 antara syarikat-syarikat yang paling mampan di dunia, menurut Corporate Knights. Ia merupakan syarikat dagangan awam yang pertama secara global yang menerima pensijilan B-Corp pada bulan Disember 2014, yang memperkukuh prestasi sosial, alam sekitar dan ekonomi yang telus serta mampan. Ia juga merupakan syarikat Brazil yang pertama memperoleh cap "The Leaping Bunny", yang diberikan oleh organisasi perlindungan haiwan Cruelty Free International, pada tahun 2018, yang menunjukkan komitmen syarikat untuk tidak menjalankan ujian terhadap haiwan untuk produk-produk atau bahan-bahannya. Dengan operasi-operasi di seluruh Amerika Latin, Amerika Syarikat, Perancis dan kini Malaysia, produk-produk Natura boleh dibeli daripada Perunding Kecantikan Natura, melalui platform e-dagang atau di kedai-kedai Natura.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.natura.com. atau akses saluran media rasmi kami: Instagram, Facebook, Youtube. @naturamy.official

 

Source: Natura &Co
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Corporate Expansion