omniture

Risen Energy Perluas Jejak Global dengan Pesanan Modul 150 MW daripada Stesen Janakuasa Malaysia

Risen Energy Co., Ltd
2019-10-14 09:36 439

NINGBO, China, 14 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Pembuat panel solar Cina Risen Energy Co., Ltd. baru-baru ini mengumumkan penerimaan pesanan untuk menyediakan 150 MW modul PV solar berkecekapan tinggi kepada stesen janakuasa di Malaysia. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia, YB Yeo Bee Yin menghadiri majlis menandatangani perjanjian tersebut. Ia merupakan pesanan modul terbesar yang diterima oleh Risen Energy setakat ini di Malaysia dan daripada stesen janakuasa terapung luar negara.

Majlis penandatanganan
Majlis penandatanganan

Sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, Risen Energy akan membekalkan modul Jaeger 144 yang berkecekapan tinggi dengan kuasa output sehingga 396W setiap satu untuk projek tersebut. Modul-modul berkenaan akan dihantar secara berkelompok bermula pada bulan ini dan penyerahan dijadualkan selesai pada Jun 2020.

Presiden Risen Energy Xie Jian berkata, "Malaysia ialah salah satu pasaran baru muncul kami yang penting memandangkan ia mempunyai banyak sumber cahaya dan dasar yang sesuai untuk industri. Kami berasa gembira untuk menjadi sebahagian daripada projek di Malaysia. Bagi menjamin operasi yang lancar untuk stesen janakuasa tersebut, setelah siap, kami akan melengkapi kemudahan tersebut dengan modul Jaeger kami, yang telah membuktikan prestasi yang lebih baik dalam rintangan terhadap degradasi teraruh cahaya (LID) dan degradasi cahaya dan teraruh suhu ternaik (LeTID). Modul-modul Jaeger kami yang dioptimumkan dapat meminimumkan titik panas dan impak daripada kesan teduhan terhadap prestasinya dalam penjanaan kuasa. Dengan jumlah kos pemilikan dan perbelanjaan tenaga buruh yang lebih rendah, modul kami akan memberikan pemilik projek dengan kos elektrik teraras (LCOE) yang lebih rendah dan pendapatan yang lebih tinggi daripada penjanaan kuasa."

Selain pasaran PV di Malaysia, Risen Energy memperluas kehadirannya merentas pasaran-pasaran utama di A.S. Eropah, Asia Tenggara, Asia Tengah dan rantau Asia Pasifik. Khususnya, syarikat tersebut telah mencapai keputusan yang luar biasa di Kazakhstan dan Ukraine, antara pasaran-pasaran lain sepanjang "Jalur dan Jalan". Di samping itu, Risen Energy mempercepatkan pertumbuhan perniagaan simpanan tenaganya sebagai "PV + simpanan tenaga" dan "PV + simpanan tenaga + pengecasan" bersepadunya. Selain itu, penyelesaian grid mikro pintar telah digunakan dalam aplikasi komersial.

Risen Energy mengalami peningkatan dalam pendapatan kasar dan keuntungan bersih tatkala firma ini terus berkembang ke seluruh dunia pada kadar yang stabil. Ramalan kewangannya untuk tiga suku pertama tahun 2019 menjangkakan keuntungan bersih antara 765-815 juta yuan (kira-kira US$107-114 juta), satu peningkatan sebanyak 262.40%-286.09% berbanding tahun sebelumnya.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191011/2607578-1?lang=0

Source: Risen Energy Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities