omniture

Pameran Wang Antarabangsa Shanghai - salah satu pameran kewangan terbesar China bakal diadakan pada Disember

VNU Exhibitions Asia
2019-10-16 02:19 386

SHANGHAI, 16 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Edisi ke-17 Pameran Wang Antarabangsa Shanghai ("MF") dianjurkan oleh VNU Exhibitions Asia dan Shanghai Money Weekly Media Co., Ltd. akan berlangsung mulai 13 hingga 15 Disember 2019 di Pusat Pameran Shanghai.

Pameran Wang Antarabangsa Shanghai - salah satu pameran kewangan terbesar China bakal diadakan pada Disember
Pameran Wang Antarabangsa Shanghai - salah satu pameran kewangan terbesar China bakal diadakan pada Disember

Latar Belakang Pameran Wang Antarabangsa Shanghai

Sebagai pameran kewangan yang komprehensif, MF meliputi pelbagai topik, termasuk perbankan, insurans, sekuriti, dana, niaga hadapan, amanah, pelaburan luar negara, teknologi kewangan, pengurusan kekayaan dan perusahaan lain dalam sektor-sektor kewangan domestik dan antarabangsa. Ia merupakan platform hebat yang menggalakkan pempamer untuk mempromosikan produk serta perkhidmatan mereka, menarik minat pelanggan baharu dan menyediakan peluang interaksi dan komunikasi untuk peserta-peserta bagi memacu pertumbuhan perniagaan.

Pihak penganjur mengambil maklum bahawa orang ramai semakin menuntut kaedah-kaedah pelaburan berbeza dan kenaikan nilai kekayaan, maka pameran ini akan membuka zon peruntukan aset global, meliputi hartanah luar negara, imigrasi luar negara, kajian luar negara, pelaburan luar negara, insurans luar negara, dana luar negara dan topik-topik lain, untuk membawa konsep pelaburan utama dan perspektif antarabangsa kepada khalayak.

Berskala luas

Keluasan Pameran Wang Antarabangsa Shanghai 2019 dijangka melebihi 20,000m2 dan menarik minat lebih 200 institusi kewangan yang terkemuka di dunia dan kira-kira 97,000 pelabur.

Audiens berkualiti tinggi

Audiens pameran ini sebahagian besarnya merupakan individu-individu bernilai bersih tinggi antara 35-65 tahun. Mereka terlibat dalam pelbagai industri pelaburan dan mempunyai keperluan pelaburan yang kukuh.

Aktiviti-aktiviti Cemerlang

Forum Globalisasi China dan Sidang Kemuncak Pelaburan Luar Negara 2019 akan menarik minat ramai pemimpin perniagaan global, usahawan dan golongan elit industri untuk berkongsi pengalaman pelaburan yang berjaya, mencakupi Ucapan Dasar, Persidangan Meja Bulat, Jerayawara, Penerbitan Kertas Putih, Majlis Penyampaian Anugerah dan Pameran.

Tahun ini, MF akan mengundang ahli-ahli profesional industri bagi mengadakan lebih 20 ceramah kewangan termasuk Pasaran Saham, Pelaburan Luar Negara, Pengurusan Kekayaan, Hartanah, Kewangan Perundangan, Warisan Keluarga, Pendidikan, Teknologi Kewangan, Estetika Hidup dan sebagainya.

Peluang-peluang tanpa had

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, China telah mengalami pembangunan pesat dan persekitaran pasaran menjadikannya masa yang terbaik untuk mengembangkan perniagaannya di wilayah tersebut. Pelbagai institusi kewangan mendapat kemungkinan pembangunan yang besar di sini. Kami dengan tulus ikhlas menjemput anda untuk menyertai Pameran Wang Antarabangsa Shanghai 2019!

Prapendaftaran pengunjung disediakan dan percuma untuk golongan profesional berkelayakan.

Kunjungi: http://www.moneyfair.org/en/index.php?ac=article&at=read&did=570

HUBUNGI: Cindy, +86-21-6195 6041, cindy.zhang@vnuexhibitions.com.cn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191009/2605061-1?lang=0

 

Source: VNU Exhibitions Asia
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Insurance Trade show news Financial Technology Future Events