omniture

CleverTap Selesaikan Pembiayaan Siri C $35 Juta Dorong Pertumbuhan Global

CleverTap
2019-10-16 18:26 111

Tiger Global Management, Sequoia Capital India Kukuhkan Pelaburan dalam Platform Syarikat yang Berjaya untuk Penglibatan dan Pengekalan Pelanggan Mudah Alih

MOUNTAIN VIEW, California, 16 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- CleverTap, platform kitaran hayat pelanggan dan pengekalan pengguna berkuasa AI yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menyelesaikan pusingan pelaburan Siri C, yang membolehkan pemecutan selanjutnya sebagai peneraju global dalam pemasaran aplikasi mudah alih. Berkembang pada kadar 250% berbanding tahun sebelumnya (YoY) sejak tahun 2015, CleverTap berhasrat untuk menggunakan dana-dana tersebut bagi membangunkan hab kejuruteraan baharu yang berpangkalan di AS, menambah keupayaan prediktif yang dipertingkat kepada platform yang utama dalam pasarannya dan mendorong strategi pengembangan bawa-ke-pasaran global yang agresif.

Pusingan Siri C CleverTap dipimpin oleh pelabur-pelabur sedia ada iaitu Tiger Global Management dan Sequoia India. Pembiayaan baharu ini meningkatkan pelaburan luar CleverTap kepada $61 juta sejak awal tahun 2019 — tempoh yang menyaksikan nilai syarikat meningkat lebih sekali ganda daripada $150 juta kepada $385 juta.

"Syarikat-syarikat terkemuka sedia maklum bahawa kunci untuk mendorong pertumbuhan pendapatan dalam bidang aplikasi mudah alih adalah dengan meningkatkan pengekalan pengguna dan juga meningkatkan nilai sepanjang hayat pelanggan dalam tempoh jangka panjang," kata Sunil Thomas, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif CleverTap. "Kami berada di kedudukan unik untuk menyediakan penyelesaian holistik yang bukan sahaja menyediakan pandangan pelanggan yang boleh diambil tindakan, tetapi turut menyampaikan pesanan yang betul untuk mendorong penglibatan yang lebih mendalam berdasarkan penggunaan pelanggan pada waktu sebenar—kesemuanya secara meluas. Pusingan pembiayaan yang terkini ini akan membolehkan CleverTap untuk membantu lebih banyak syarikat mencapai matlamat pengekalan mereka tatkala mereka membina hubungan yang berpanjangan bersama pelanggan mereka."

Platform kitaran hayat pelanggan dan pengekalan pengguna CleverTap memanfaatkan pembelajaran mesin untuk menawarkan suit penglibatan mantap yang membolehkan jenama-jenama untuk menukarkan, melibatkan, mengekalkan dan mengembangkan kumpulan pengguna mudah alih mereka. Penyelesaian yang diiktiraf itu telah diterima pakai oleh beberapa organisasi yang terkemuka di dunia merentas pelbagai industri dan pertumbuhan pelanggan telah melonjak melebihi 2X sepanjang tahun lalu sahaja dengan purata sebanyak lebih lapan bilion tindakan pengguna diproses setiap hari. CleverTap telah membantu menjana pendapatan tambahan sebanyak lebih $2B untuk pelanggannya dan kini mencecah lebih satu bilion peranti dan lebih 8,000 aplikasi pengguna di lebih 100 negara.

"Terdapatnya kekurangan jelas penyelesaian berdaya maju dalam pasaran hari ini yang mendorong hasil perniagaan yang diperlukan untuk penukaran, pengekalan dan pertumbuhan mudah alih," kata Mohit Bhatnagar, Pengarah Urusan Sequoia Capital India LLP. "CleverTap menyelesaikan masalah tertentu yang penting untuk pemasar dengan menawarkan platform pengekalan pengguna yang dapat meningkatkan nilai sepanjang hayat pelanggan dan juga pertumbuhan jangka panjang."

Pengembangan global dan pembangunan produk akan menjadi bidang penekanan yang utama untuk syarikat. Dana akan digunakan untuk mendorong pertumbuhan pasukan melibatkan kejuruteraan, jualan dan pemasaran di seluruh AS, Amerika Latin, Eropah dan Asia, lalu membolehkan CleverTap untuk memperluas kedudukan kepimpinan teknologinya yang semakin berkembang dan memupuk kesedaran dalam meluaskan kawasannya.

Untuk maklumat lanjut atau untuk menjadualkan demonstrasi peribadi, sila kunjungi clevertap.com.

Latar Belakang CleverTap
CleverTap ialah platform penglibatan dan pengekalan pelanggan terkemuka yang membantu jenama-jenama pengguna memaksimumkan nilai sepanjang hayat pengguna. Sebanyak lebih 8,000 jenama pengguna di seluruh dunia, termasuk Vodafone, Star, Sony, Discovery, Fandango LATAM, Carousell dan Gojek mempercayai CleverTap untuk membantu mereka meningkatkan penglibatan dan pengekalan pengguna seraya meningkatkan pendapatan jangka panjang. CleverTap disokong oleh firma-firma modal usaha niaga terkemuka termasuk Sequoia India, Tiger Global Management, Accel dan Recruit Holdings, serta beroperasi dari San Francisco, Seattle, London, Singapura dan Mumbai. Untuk maklumat lanjut, kunjungi clevertap.com atau ikuti mereka di LinkedIn dan Twitter.

HUBUNGAN MEDIA:
Nicole Paleologus
SSPR
267-589-9165
nicolep@sspr.com

Charles Orlando
Ketua Komunikasi Global
CleverTap
424-425-4384
press@clevertap.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1010434/CleverTap_Logo.jpg

Source: CleverTap
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Financing agreements