omniture

Cambridge Quantum Computing Lantik Robert Youngjohns dalam Lembaga Pengarahnya

Cambridge Quantum Computing (CQC)
2019-10-17 02:58 135

CAMBRIDGE, England, 16 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Cambridge Quantum Computing ("CQC") hari ini mengumumkan bahawa Robert Youngjohns telah dilantik ke dalam Lembaganya sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.

Ditempatkan di Silicon Valley, Robert dahulunya merupakan Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar HP Software di Hewlett Packard Enterprises ("HPE"). Semasa berada di sana, beliau memainkan peranan penting dalam penggabungan bernilai $9 bilion antara Segmen Perniagaan Perisian HPE dengan Micro Focus yang menjurus kepada pewujudan salah sebuah syarikat perisian yang terbesar di dunia. Semasa tempoh perkhidmatan beliau di Hewlett Packard, Robert merupakan ahli Majlis Eksekutif HP.

Sebelum HPE, Robert merupakan Presiden Jualan dan Pemasaran Microsoft Amerika Utara. Selain itu, beliau pernah memegang jawatan-jawatan kepimpinan kanan di Callidus Cloud, Sun Microsystems dan IBM. Pada masa kini, Robert menganggotai lembaga beberapa buah syarikat pertumbuhan terpilih dalam sektor teknologi.  

"Saya berbesar hati untuk mengalu-alukan Robert ke dalam pasukan kepimpinan CQC," kata Ilyas Khan, Ketua Pegawai Eksekutif CQC. "Robert telah melalui waktu transformasi dan peralihan yang kritikal dalam industri perisian melalui beberapa syarikat yang paling berpengaruh di dunia dan pengalaman beliau akan menjadi aset yang luar biasa kepada CQC."

"Pengkomputeran kuantum merupakan bab takrifan selanjutnya dalam satu abad kemajuan pengkomputeran dan dalam hal ini, CQC telah menghimpunkan pasukan bertaraf dunia dan mencipta produk-produk yang akan membolehkan kuasa pengkomputeran kuantum direalisasikan," kata Robert Youngjohns. "Saya tidak sabar-sabar untuk menyumbang kepada pembangunan CQC semasa fasa pertumbuhan dan penemuan yang menarik."

Robert berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang fizik dan falsafah daripada Oxford University.

Latar Belakang Cambridge Quantum Computing

Cambridge Quantum Computing (CQC) ialah syarikat perisian pengkomputeran kuantum yang terkemuka di dunia dengan lebih 50 saintis termasuk lebih 30 pemegang PhD di seluruh pejabat di Cambridge (UK), San Francisco, London dan Tokyo. CQC membina alatan untuk mengkomersialkan teknologi kuantum yang akan mempunyai impak global yang mendalam.

CQC menggabungkan kepakaran dalam perisian kuantum, khususnya platform pembangunan kuantum (t|ket⟩TM), aplikasi perusahaan dalam bidang kimia kuantum (EUMEN), pembelajaran mesin kuantum (QML) dan keselamatan siber terimbuh kuantum (IronBridge).

Untuk maklumat lanjut tentang CQC, kunjungi www.cambridgequantum.com.

 

Source: Cambridge Quantum Computing (CQC)
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Personnel announcements