omniture

SKYWORTH perkenal TV UHD 4K AI UB7500 dengan Infinity Screen di Asia Tenggara

SKYWORTH
2019-10-17 14:55 265

SHENZHEN, China, 17 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- SKYWORTH memperkenalkan UB7500, TV 4K AI kelas premium dengan Infinity Screen. UB7500 beroperasi menggunakan sistem operasi (OS) Android 9.0 yang terkini, seraya membolehkan pengguna untuk menghubungkan TV dengan pelbagai aplikasi seperti kamera, mikrofon, bar bunyi, pad permainan dan sebagainya, selain membolehkan pengguna untuk menyesuaikan teknologi visual dan audio canggih TV melalui platform pintarnya.

SKYWORTH UB7500
SKYWORTH UB7500

Pengalaman "Smart Living" dikuasakan oleh AIoT

Sebagai perintis dalam pembangunan AIoT, SKYWORTH mengubah UB7500 menjadi hab kawalan, membolehkan sambungan lancar dan kawalan semua peranti pintar dihubungkan kepada ekosistem AIoT yang sama. UB7500 berperanan sebagai pembantu peribadi futuristik yang membantu pengguna menerima sepenuhnya kemudahan "Kehidupan Pintar" ("Smart Living").

Kualiti visual luar biasa pada gambar 4K HDR yang tiada tandingan

Dengan teknologi Dolby Vision dan Pure HDR, UB7500 memberikan kualiti visual tiada tandingan yang menonjol daripada TV 4K yang lain. Pemproses berkuasanya membolehkan UB75000 bertahan lama, manakala Trochilus Extreme (Enjin PQ SKYWORTH) menggabungkan kontras dinamik dengan pemulihan warna sebenar, resolusi amat tinggi dan pelarasan warna kulit bagi memberikan kualiti visual yang luar biasa dinamik.

Reka bentuk "Infinity Screen" artistik dan futuristik

Infinity Screen UB7500 mempunyai bezel ultra slim, dengan jurang hanya berukuran 1mm yang menonjolkan perspektif yang lebih luas. Ia direka agar fleksibel untuk pengalaman tontonan yang dipertingkat dalam sebarang persekitaran rumah. SKYWORTH memasang skrin dengan kaedah-kaedah yang amat tepat, bagi memastikan bingkai UB7500 adalah halus, elegan dan tipis, bagi menjamin visual yang mengagumkan disampaikan tanpa gangguan.

Pengalaman tontonan sukan yang ditingkatkan

Memandangkan terdapatnya permintaan yang semakin meningkat untuk TV AI yang berkualiti tinggi di Asia Tenggara, SKYWORTH melancarkan UB7500 di Filipina bagi meraikan perkongsian SKYWORTH untuk Sukan Asia Tenggara 2019. Dengan fungsi hiburan yang beraneka, UB7500 membolehkan pengguna untuk menggunakan dengan mudah Google Assistant terbina dalam bagi menyemak maklumat seperti profil pemain dan keputusan pertandingan pada waktu sebenar, selain memuat turun dan menikmati pelbagai permainan sukan melalui Google Play, lalu membawa pengalaman tontonan sukan ke peringkat seterusnya.

Ketersediaan dan rancangan pelancaran di Asia Tenggara

SKYWORTH UB7500 didatangkan dengan model 43", 50", 55" dan 65". UB7500 akan dilancarkan dalam masa terdekat di Indonesia, Vietnam, Malaysia dan Thailand - di bawah merupakan garis masa pelancaran bagi setiap pasaran.

Indonesia - September 2019
Vietnam - Oktober 2019
Malaysia - November 2019
Thailand - November 2019

Untuk maklumat lanjut: http://seagames.skyworthoverseas.com/

Latar Belakang SKYWORTH

SKYWORTH GROUP (HKG: 00751) ialah pembekal terkemuka bagi penyelesaian teknologi canggih yang unik dan mampu milik. Ia bernilai lebih daripada US$ 19 bilion dan menggaji lebih 40,000 kakitangan di seluruh dunia (setakat 1 Mac 2019). Beribu pejabat di Shenzhen, "Silicon Valley" China, SKYWORTH menawarkan barangan elektronik pengguna, peranti paparan, kotak atas-set digital, monitor keselamatan, komunikasi rangkaian, semikonduktor, peti sejuk, mesin basuh, telefon bimbit dan lampu LED. Ditubuhkan pada tahun 1988, syarikat kini merupakan salah satu daripada Lima Jenama TV Warna Terbaik di dunia serta merupakan jenama utama dalam pasaran industri paparan Cina. Ia juga merupakan salah satu daripada Tiga Teratas penyedia global bagi platform TV Android.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191015/2611181-1?lang=0

Hubungan Media

SKYWORTH

BCW untuk SKYWORTH

Lydia Xie

Belyndia Wang

Telefon: +86 185 2036 0310

Telefon: +852 2963 6787

Emel: xielidi@skyworth.com

Emel: skyworth@bcw-global.com

Source: SKYWORTH
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications