omniture

Bertemu masa depan di Asia Agri-tech Expo & Forum 2019

Informa Markets (UBM Asia Ltd., Taiwan Branch)
2019-10-18 11:06 437

TAIPEI, 18 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Asia Agri-tech Expo & Forum terletak bersama-sama Livestock Taiwan Expo & Forum dan Aquaculture Taiwan Expo & Forum dan bersama-sama membentuk acara yang terkemuka di Asia untuk teknologi pembuatan dan penyelesaian komprehensif untuk industri pertanian, ternakan dan akuakultur. Terdapat sebanyak 300 pembekal yang berasal dari lebih 25 negara mempamerkan produk-produk terkini mereka di tapak pameran.

Sistem Perforasi Laser PerfoTec (oleh Everscience Technology Co. Ltd.)
Sistem Perforasi Laser PerfoTec (oleh Everscience Technology Co. Ltd.)

Salah satu pempamer, Everscience Technology, akan mempersembahkan pembalut plastik yang dikeluarkan oleh 'Sistem Laser PerfoTec' canggih mereka yang menggandakan hayat simpanan sayur-sayuran, bunga dan buah-buahan; manakala Hua Wang akan mempamerkan teknologi rumah hijau mereka dengan kekuatan tinggi, kecekapan tinggi dan kestabilan tinggi yang menggabungkan sistem kawalan alam sekitar canggih yang membolehkan pelanggan memantau rumah hijau mereka dari jarak jauh. Selain itu, Haarslev akan memperkenalkan penyelesaian termaju dan tersuai mereka untuk industri tebus guna (rendering). Eu-Top Corporation akan memperkenalkan buat julung kalinya filem pertanian organik inovatif yang dapat melindungi daripada makhluk perosak dan rumpai tanpa menggunakan racun perosak atau racun herba.

Rumah Hijau (oleh HUA WANG Agricultural Equipment Ltd)
Rumah Hijau (oleh HUA WANG Agricultural Equipment Ltd)

Acara satelit berkenaan mengandungi 55 sesi persidangan dan forum antarabangsa, 'Hubungan Rentas-sektor Inovatif untuk Pertanian Pusingan'. Penceramah-penceramah forum tersebut bersempena dengan Belanda, Denmark dan juga Taiwan. Selain itu, seminar teknologi pertanian (agritech), ternakan dan akuakultur akan meliputi subjek-subjek kecerdasan buatan dan internet pelbagai benda (AI & IoT) dengan kaedah-kaedah yang lestari dan mesra alam.

Filem Pertanian Organik Sebenar Winbow (oleh Eu-Top Corporation)
Filem Pertanian Organik Sebenar Winbow (oleh Eu-Top Corporation)

Program Insentif Pembeli akan menyediakan penginapan percuma selama dua malam untuk pembeli-pembeli luar negara yang berkelayakan. Penganjur, Informa Markets, turut bersiap sedia untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dengan pemasangan semburan pembasmian kuman di pintu masuk dewan pameran, selain pemberitahuan awal tentang cadangan panduan ASF kepada pengunjung antarabangsa sebelum menjelajah ke Taiwan.

Latar Belakang Informa Markets

Asia Agri-Tech Expo & Forum dianjurkan oleh UBM, yang mana pada Jun 2018 bergabung dengan Informa PLC untuk menjadi kumpulan perkhidmatan maklumat B2B yang terkemuka dan penganjur Acara B2B yang terbesar di dunia. Sila kunjungi www.ubm.com/asia untuk maklumat lanjut tentang kehadiran kami di Asia.

 

Mengenai siaran berita, sila hubungi

Cik Joy Chou

 

Untuk pertanyaan pempamer, sila hubungi

Cik Sophia Lu

 

Untuk pertanyaan pengunjung, sila hubungi

En. Liang Lin

 

Informa Markets
(UBM Asia Ltd., Cawangan Taiwan)
TEL:+886-2-2738-3898
FAKS:+886-2-2738-4886
Emel:aat-tw@ubm.com
Laman sesawang:www.agritechtaiwan.com
 

 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191016/2612792-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191016/2612792-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191016/2612792-1-c?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191016/2612792-1-d?lang=0

Source: Informa Markets (UBM Asia Ltd., Taiwan Branch)
Keywords: Agriculture Trade show news