omniture

Microland Lantik Anupam Pandey sebagai Ketua Pegawai Maklumat

Microland
2019-10-18 18:53 126

BANGALORE, India, 18 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Microland, syarikat transformasi IT digital yang terkemuka di India, hari ini mengumumkan pelantikan Anupam Pandey sebagai Ketua Pegawai Maklumat (CIO). Tanggungjawab utama Anupam di Microland termasuk reka bentuk, seni bina dan penggunaan teknologi baru muncul yang memberikan operasi yang terbaik dalam kelasnya dan mempercepatkan ketangkasan digital dalam organisasi-organisasi pelanggan.

Microland
Microland

"Sebagai CIO, Anupam akan memimpin strategi teknologi maklumat global kami yang memperkasa usaha kami dalam 'Menjadikan digital suatu kenyataan'. Dengan pengalaman global beliau dalam organisasi-organisasi perundingan dan perkhidmatan profesional serta pengalaman prolifik beliau dalam pengurusan modal insan serta teknologi gunaan, Anupam berkedudukan baik untuk memanfaatkan digital bagi memenuhi keperluan pelanggan," kata Pradeep Kar, Pengasas, Pengerusi dan Pengarah Urusan, Microland Limited.

Anupam hadir dengan 29 tahun pengalaman dalam industri dan merupakan evangelis IT dan RPA yang berpengalaman yang memegang dua paten dalam pengautomatan. Beliau menyertai Microland daripada firma perkhidmatan profesional kedua terbesar di dunia yang mana beliau merupakan CIO India mereka, bertanggungjawab untuk mengurus infrastruktur dan aplikasi IT. Terdahulu, beliau berkhidmat dengan Accenture selama 14 tahun yang mana beliau berperanan sebagai Pengarah Urusan, Rakan Kongsi dan CIO Utama, menyelaraskan transformasi sokongan global untuk aplikasi HR firma tersebut dan membolehkan organisasi menerima pakai SaaS, IaaS dan PaaS.

Mengulas tentang pelantikan beliau sebagai CIO, Anupam berkata, "Wawasan teknologi Microland adalah menarik. Ia menerima pakai dan mempercepatkan pelaksanaan teknologi Generasi seterusnya (nextGen) dengan pesat bagi membawakan pengalaman digital yang terbaik. Saya berharap dapat memacu teknologi interaktif dan AI yang dapat meluaskan potensi Microland bagi memberi hasil yang luar biasa kepada kakitangan dan pelanggan."

Latar Belakang Microland 

Penyampaian digital Microland adalah segala-galanya untuk menjadikan teknologi melakukan lebih lagi dan kurang mengganggu. Tatkala kami membantu perusahaan beralih kepada teknologi Generasi seterusnya (nextGen), kami memastikan agar penerimaan kecemerlangan ini boleh diramal, andal dan stabil.

Diperbadankan pada tahun 1989 dan beribu pejabat di Bangalore, India, Microland terdiri daripada lebih 4,500 pakar digital merentas pejabat dan pusat penghantaran di Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara.

Untuk maklumat lanjut, hubungi arunrk@microland.com, atau kunjungi laman sesawang syarikat di www.microland.com

LOGO: https://mma.prnewswire.com/media/965328/Microland.jpg

Source: Microland
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Internet Technology Telecommunications Personnel announcements