omniture

Daniel Wellington Umum Koleksi Iconic Link Baharu dan Wajah Kempen Global

Daniel Wellington
2019-10-21 14:56 164

STOCKHOLM, 21 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Jenama jam tangan dan barang kemas Sweden, Daniel Wellington, mengumumkan pelancaran Koleksi Iconic Link dan wajah-wajah kempen global, pelancaran produk yang terbesar setakat ini.


"Tiga tahun lamanya untuk menghasilkannya, namun telah terbayang dalam minda saya sejak hari pertama," kata pengasas Daniel Wellington Filip Tysander.

Iconic Link dilancarkan bersama-sama pelancaran wajah-wajah kempen global yang amat dinanti-nantikan daripada jenama ini: Peragawati Amerika Hailey Bieber, pemain NFL Odell Beckham Jr., penyanyi-penggubah lagu Cina Lay Zhang, peragawati dan pelakon Korea Selatan Sung Kyoung Lee, pelakon Bollywood Ayushmann Khurrana dan Radhika Apte, serta pemain bola sepak Argentina Paulo Dybala.

Tujuh wajah ini, setiap seorang merupakan ikon atas usaha mereka sendiri, menunjukkan dengan sempurna kepekaan yang berani dan moden daripada Iconic Link yang baharu.

"Kami memilih dengan teliti tujuh wajah yang mewakili pelancaran ini dengan perkataan 'ikon' dalam minda kami. Daniel Wellington benar-benar merupakan satu gerakan global dan pemilihan wajah-wajah ini menunjukkan skop global kami, menampilkan pemimpin-pemimpin ikonik dalam bidang fesyen, sukan dan hiburan dari seluruh dunia," kata Ketua Pegawai Pemasaran Daniel Wellington Anders Hedman.

Jam tangan baharu ini disediakan dengan keluli tahan karat yang digilap atau saduran ros emas yang halus, serta menampilkan gelang logam yang mewah dengan penghubung padanan tiga; terdiri daripada keluli padu, kepingan yang direka bentuk secara individu dalam bentuk tirus yang elegan. Garisan berukir pada bahagian tengah yang timbul bergabung lancar dengan bekas muka jam tangan, lalu memberikan muka jam indeks nombor dua belas jenama ini dengan rupa bentuk moden.

"Perhatian kepada butiran yang diberikan kepada koleksi baharu ini tiada tandingan—bermula dengan campuran tersuai warna ros emas yang eksklusif kepada usaha untuk memastikan gelang logam beralun lancar daripada bekas jam tangan, setiap bahagian pada jam tangan baharu ini direka bentuk secara tekun dengan menjadikan rekaan mewah sebagai keutamaan," kata Hedman.

Koleksi Iconic Link disediakan dalam tiga saiz, 28 MM, 32 MM dan 36 MM serta boleh didapati di danielwellington.com dan kedai-kedai Daniel Wellington di seluruh dunia.

Latar Belakang Daniel Wellington:

Ditubuhkan pada tahun 2011 in Stockholm, Sweden, Daniel Wellington menonjolkan reka bentuk berorientasi butiran yang berkualiti tertinggi. Jam tangan ikonik dan barangan kemas klasik jenama ini mempunyai tarikan yang luas, dipakai dalam semua keadaan oleh lelaki dan wanita di seluruh dunia.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1012086/Daniel_Wellington_Model_With_Watch.jpg

Source: Daniel Wellington
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services