omniture

Saintis NASA Eric Lindstrom bakal Sertai Saildrone, Awasi Kumpulan Pencerapan Lautan Global

Saildrone Inc.
2019-10-22 02:06 103

ALAMEDA, California, 22 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Saildrone Inc, penyedia bagi data lautan beresolusi tinggi yang dikumpul daripada kumpulan kenderaan permukaan tanpa pemandu, hari ini mengumumkan bahawa Eric Lindstrom akan menyertai Saildrone sebagai Ketua Saintis pada 2 Disember 2019. Dr. Lindstrom akan bersara daripada NASA pada penghujung November 2019, setelah berkhidmat sebagai Saintis Program Oseanografi Fizikal sejak 22 tahun yang lalu.

Dr. Eric Lindstrom was most recently Program Scientist for Physical Oceanography in the Earth Science Division at NASA Headquarters in Washington, DC.
Dr. Eric Lindstrom was most recently Program Scientist for Physical Oceanography in the Earth Science Division at NASA Headquarters in Washington, DC.

"Dr. Lindstrom telah menghabiskan masa sepanjang kerjaya beliau membangunkan dan menaksir teknologi pencerapan lautan. Tiada seorang pun di planet ini yang lebih layak untuk menerajui rangkaian Pencerapan Lautan Saildrone baharu," kata Richard Jenkins, Ketua Pegawai Eksekutif Saildrone, "Kami teruja untuk menambah pengalaman dan perspektif beliau kepada pasukan kami."

Sebagai Ketua Saintis, Dr. Lindstrom akan mengawasi usaha-usaha sains Saildrone termasuk memantau reka bentuk sistem, pemilihan alatan, kualiti data dan pengesahan sensor. Saildrone merancang untuk menggunakan tambahan 50 kenderaan Saildrone semasa tahun 2020, dalam usaha penyelidikan yang diselaraskan untuk menaksir dan memahami beberapa cabaran terbesar yang dihadapi oleh lautan kita, dan akhirnya, planet kita.

"Lautan luas kita memainkan peranan penting dalam mengatur iklim, menyediakan laluan untuk perdagangan dunia dan memberi sumber protein utama kepada berbilion-bilion orang. Keperluan untuk pengesanan lautan in-situ dan jarak jauh adalah semakin besar. Meramalkan cuaca, iklim dan peredaran lautan serta pengurusan perikanan utama memerlukan sumber data berkualiti tinggi yang andal dan berterusan," kata Dr. Lindstrom.

Beliau menyambung, "Saildrone ialah penyelesaian yang terbaik untuk banyak keperluan pencerapan in-situ. Capaian global bagi kumpulan kenderaan Saildrone dan keupayaannya untuk mengumpul data berkualiti tinggi bagi interaksi udara-lautan, pemindahan gas, biodiversiti dan topografi dasar lautan yang terunggul. Saya gembira untuk memberi komitmen kepada kerjaya saya yang selebihnya dalam oseanografi untuk meningkatkan keupayaan kritikal ini dan melaksanakan sistem pencerapan lautan baharu untuk abad seterusnya."

LATAR BELAKANG SAILDRONE

Saildrone Inc. ialah penyedia data oseanografi dan atmosfera beresolusi tinggi, dikumpul oleh kumpulan kenderaan permukaan tanpa pemandu berkuasa angin dan solarnya, yang dikenali sebagai Saildrones. Setiap kenderaan boleh berada di lautan sehingga 12 bulan, menghantar data waktu nyata melalui Satelit, sebelum kembali ke pantai untuk penyenggaraan dan penentukuran sensor. Kini, Saildrone mempunyai kumpulan 100 buah kenderaan dan dapat menjalankan operasi sepanjang tahun hampir di semua lautan di planet ini, yang mempunyai ais. Menggunakan kuasa angin dan solar yang boleh diperbaharui, Saildrones memberi akses kepada lautan dunia dengan kos yang lebih rendah daripada kaedah-kaedah berasaskan kapal tradisional, sambil beroperasi dengan jejak karbon sifar.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1013734/Dr_Eric_Lindstrom.jpg

 

Source: Saildrone Inc.
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Maritime/Shipbuilding Transportation Personnel announcements Data Analytics STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)