omniture

RateGain Lantik Harmeet Singh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu

RateGain
2019-10-23 14:14 112

SINGAPORE, 23 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- RateGain, syarikat SaaS #1 untuk perjalanan dan hospitaliti, hari ini melantik En. Harmeet Singh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya dengan tumpuan untuk memacu pertumbuhan dan pengembangan buat RateGain dan syarikat-syarikat portfolionya melalui inisiatif bukan organik dan organik.

Harmeet Singh RateGain New CEO
Harmeet Singh RateGain New CEO

Sebelum RateGain, Harmeet merupakan Rakan Kongsi Eksekutif di MDP Telecom, kumpulan Media dan Teknologi yang mengenal pasti dan menilai pelaburan yang berpotensi dalam industri perkhidmatan awan dan IT. Terdahulu, Harmeet merupakan Presiden, Perkhidmatan Awan di j2 Global, Inc. dan meluaskan portfolio SaaS kepada pendapatan sebanyak $600 juta, $300 juta untuk EBITDA dan lebih 1,100 kakitangan dalam tempoh kurang daripada enam tahun dengan meneruskan kedua-dua strategi bukan organik dan organik. Sepanjang tempoh kerjaya beliau, Harmeet mengambil bahagian dalam lebih 100 urus niaga penggabungan dan pemerolehan (M&A) yang memberi tumpuan pada sektor teknologi, media dan telekomunikasi

Susulan pelantikan Harmeet, Bhanu Chopra, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif RateGain, dinaikkan pangkat kepada Pengasas & Pengerusi dan akan memberi tumpuan untuk melaksanakan wawasan beliau untuk menjadikan RateGain sebagai syarikat teknologi perjalanan dan hospitaliti yang paling berharga di dunia. Pasukan kepimpinan RateGain terdiri daripada ahli-ahli profesional yang berpengalaman, kini akan bekerjasama secara langsung dengan Harmeet untuk mencapai sasaran pertumbuhan RateGain.

Bhanu Chopra berkata, "Saya berasa gembira untuk mengalu-alukan Harmeet tatkala kami memulakan perjalanan kami untuk terus meluaskan perniagaan dan rangkaian produk kami bagi mendominasi pasaran baharu. Pengalaman beliau dalam M & A global akan menjadi aset kepada syarikat tatkala kami membina suit produk digital yang lengkap bagi menyelesaikan masalah tertentu dalam bidang perjalanan dan hospitaliti. Kami telah berkembang empat kali ganda sejak dua tahun yang lalu dan untuk meneruskan lagi kejayaan kami, saya merancang untuk memberi tumpuan yang jelas kepada strategi produk disruptif sambil menyokong Harmeet dalam mengenal pasti peluang baharu untuk pertumbuhan dan meluaskan perniagaan semasa kami."

Harmeet Singh berkata, "Ini merupakan satu penghormatan dan keistimewaan kerana berpeluang untuk memimpin RateGain yang telah menjadi peneraju dalam memacu perubahan transformasi digital menerusi pengurusan pendapatan, pengedaran dan pengalaman tetamu merentas perusahaan perjalanan dan hospitaliti yang terbesar di seluruh dunia. Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan Bhanu dan keluarga RateGain bagi mengembangkan perniagaan kami dengan pesat dan meluaskan kedudukan kepimpinan kami."

Beliau menambah lagi, "Industri perjalanan dan hospitaliti telah menjalani transformasi besar-besaran sejak sepuluh tahun yang lalu dengan mencipta model perniagaan baharu yang telah menjana pendapatan sebanyak berbilion-bilion dolar, membantu dalam aspek pekerjaan dan memperkasa pertumbuhan ekonomi di seluruh dunia. Menurut kajian McKinsey baru-baru ini, hospitaliti menduduki tempat ke-19 daripada 22 dalam industri-industri yang kurang didigitalkan dan kami di RateGain mempunyai peluang yang hebat untuk menjadi rakan kongsi transformasi digital kepada perusahaan-perusahaan yang berpandangan jauh bagi membantu mencipta pengalaman tetamu yang lancar."

Pelantikan Harmeet memperlihatkan kematangan dalam perancangan penggantian RateGain dan amalan pemupukan kepimpinan dalam industri teknologi. Harmeet akan terus ditempatkan di AS, lebih dekat dengan pelanggan dan rakan kongsi teknologi utama RateGain, seraya mengukuhkan lagi pelaksanaan strategi kami.

Latar Belakang RateGain:

RateGain ialah penyedia #1 bagi produk SaaS, yang membantu syarikat-syarikat perjalanan dan hospitaliti menjana lebih banyak pendapatan setiap hari. RateGain menawarkan produk, yang membantu kecerdasan kadar, pengurusan pendapatan kognitif, e-pengedaran pintar dan penglibatan jenama. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.rategain.com

Hubungan Media:
Ankit Chaturvedi
Penolong Naib Presiden-Pemasaran
ankit.chaturvedi@rategain.com 

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/923440/RateGain_Logo.jpg

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/1014291/Bhanu_Chopra_and_Harmeet_Singh_RateGain_CEO.jpg 

 

 

 

Source: RateGain
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Restaurants Retail Travel Personnel announcements