omniture

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IMA Jeff Thomson Lawat Malaysia

Thomson sokong pembangunan kerjaya perakaunan pengurusan di Asia Tenggara di pelbagai acara
Institute of Management Accountants (IMA)
2019-10-25 09:53 323

SINGAPURA, 25 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Jeff Thomson, CMA, CSCA, CAE, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif di IMA® (Institute of Management Accountants), salah satu persatuan yang terbesar dan paling disegani yang memberi tumpuan pada kemajuan kerjaya perakaunan pengurusan, mengunjungi Malaysia minggu ini, mengambil bahagian dalam perbincangan panel di Persidangan Institut Akauntan Malaysia (MIA).

MIA ialah badan perakaunan kebangsaan yang mengawal selia, membangunkan, menyokong dan meningkatkan profesion perakaunan di Malaysia. Dalam perbincangan panel Persidangan MIA, Thomson mengemukakan sejauh mana syarikat-syarikat boleh mendapat kepercayaan dalam suasana skeptisisme yang sedang berlaku dan bagaimana fungsi kewangan dapat membantu membina kepercayaan berkenaan.

Semasa kunjungan beliau, Thomson turut bertemu dengan syarikat-syarikat di Malaysia termasuk pasukan kewangan dan pembangunan IBM Malaysia, untuk membincangkan perakaunan pengurusan dan bagaimana pensijilan CMA® A.S. (Certified Management Accountant) boleh membantu pengamal mereka cemerlang dan meningkatkan kemahiran mereka. Baru-baru ini, IMA menjalankan Bengkel Kawalan Dalaman COSO untuk Petronas sebagai sebahagian daripada sokongannya untuk membangunkan kerjaya perakaunan pengurusan di Malaysia.

"IMA mempunyai hubungan yang lama dengan MIA melalui IFAC dan menyokong acara-acara hebat seperti ini yang benar-benar memajukan kerjaya perakaunan global," kata Thomson. "Hebat rasanya dapat bertemu majikan, ahli profesional, pelajar, persatuan dan firma latihan/khidmat nasihat untuk bekerjama demi membina dan mengekalkan kepercayaan dalam era digital ini. IMA dan pensijilan CMA A.S. yang berkembang pantas berbangga dapat menjadi peneraju dalam memajukan kecekapan dalam etika, kepimpinan, strategi, kawalan, operasi dan teknologi."

Persidangan MIA berlangsung pada 22 Oktober di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Latar Belakang IMA® (Institute of Management Accountants)
IMA®, dinamakan sebagai Badan Profesional Terbaik Tahun 2017 dan 2018 oleh The Accountant/International Accounting Bulletin, ialah salah satu persatuan yang terbesar dan paling disegani yang memberi tumpuan eksklusif bagi memajukan kerjaya perakaunan pengurusan. Secara global, IMA menyokong kerjaya ini melalui penyelidikan, program-program CMA® (Certified Management Accountant) dan CSCA® (Certified in Strategy and Competitive Analysis) A.S., pendidikan berterusan, perangkaian dan advokasi amalan perniagaan beretika tertinggi. IMA mempunyai jaringan global melibatkan lebih 125,000 ahli dalam 150 negara dan 300 cawangan profesional dan pelajar. Beribu pejabat di Montvale, New Jersey, AS, IMA menyediakan perkhidmatan setempat melalui empat wilayah globalnya: Amerika, Asia/Pasifik, Eropah dan Timur Tengah/India. Untuk maklumat lanjut tentang IMA, sila kunjungi www.imanet.org.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191017/2614087-1LOGO?lang=0

Source: Institute of Management Accountants (IMA)
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources Accounting news, issues Trade show news