omniture

Tencent Bantu Tingkatkan Pelancongan Cina ke Afrika Selatan

Tencent
2019-10-30 09:58 279

SHENZHEN, China, 30 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Tencent Holdings Limited ("Tencent"), penyedia utama bagi perkhidmatan bernilai tambah internet di China, hari ini mengumumkan kolaborasinya dengan Pejabat Beijing Pelancongan Afrika Selatan (South African Tourism Beijing Office (SA Tourism) untuk menarik lebih ramai pelancong Cina mengunjungi Afrika Selatan.

Pada tahun 2018, perbelanjaan pelancong Cina di Afrika Selatan meningkat 69% daripada R1.4 bilion kepada R2.4 bilion. Bilangan pengunjung tahunan kini mencecah hampir 100,000 orang dan tempoh penginapan meningkat daripada 7 kepada 11 hari sejak tahun 2017 hingga 2018[1].

Kolaborasi ini akan berlangsung selama lebih dua tahun dan bertujuan untuk meletakkan kedudukan Afrika Selatan sebagai salah satu destinasi pelancongan pilihan pengembara Cina melalui kempen pemasaran digital di WeChat dan platform-platform lain dalam ekosistem Tencent. Tencent akan turut membantu SA Tourism dengan program pemindahan pengetahuan mengenai amalan terbaik untuk pembangunan destinasi dan akan menasihati SA Tourism bagaimana Afrika Selatan dapat mempercepatkan pelaksanaan WeChat Pay untuk pengembara Cina yang mengunjungi Afrika Selatan. Tencent juga akan menasihati SA Tourism mengenai amalan terbaik dalam pengalaman pengunjung Cina dengan memanfaatkan kod QR.

Mmamoloko Kubayi-Ngubane, Menteri Pelancongan, Afrika Selatan, hadir semasa penandatanganan perjanjian kerjasama strategik dan berkata, "Afrika Selatan terbuka untuk perniagaan dan kekal sebagai destinasi yang menarik untuk pengembara Cina, menawarkan tempat tarikan yang banyak, pelbagai, bertaraf dunia dan diiktiraf yang disokong oleh pengangkutan, perkhidmatan dan infrastruktur komunikasi yang bersaing dengan yang terbaik di dunia. China ialah rakan dagangan Afrika Selatan yang terbesar. Saya gembira kerana, bersama-sama Tencent, South African Tourism China menyediakan asas kukuh untuk pertumbuhan bagi kedatangan pengunjung dari China ke Afrika Selatan."

"Perjanjian kerjasama yang strategik ini ialah salah satu daripada banyak inisiatif yang dibangunkan oleh pejabat Pelancongan Afrika Selatan di China bagi meningkatkan kedatangan pelancong Cina ke Afrika Selatan. Saya gembira untuk melihat kemajuan yang dilakar melalui usaha-usaha kolektif kami untuk membolehkan Afrika Selatan bersedia menerima China," tambah beliau.

Norman Tam, Pengurus Besar Tencent International Business Group (IBG), berkata, "Kami teruja dengan peluang kolaborasi bersama SA Tourism, lalu mengukuhkan lagi hubungan antara China dan Afrika Selatan. Kami tidak sabar-sabar untuk menyokong SA Tourism menerusi platform inovatif dan unik kami, selain menyediakan mereka dengan pemahaman berharga tentang pengguna Cina bagi memperkayakan pengalaman perjalanan mereka. Dengan perkhidmatan dan teknologi Tencent, pengembara Cina akan berupaya untuk lebih menikmati dan menghargai perjalanan mereka merentas Afrika Selatan."

Afrika Selatan ialah sebuah negara yang indah, dengan banyak pengalaman beraneka menanti pengunjung Cina. Tahun ini, South African Tourism melancarkan temanya bagi tahun 2019 dalam pasaran China, Wild Authentic South Africa, dengan matlamat untuk membuatkan pengunjung Cina sedar bahawa Afrika Selatan ialah destinasi yang membolehkan mereka menikmati safari darat (Haiwan 'Big 5') dan safari lautan (ikan paus, jerung dan penguin) di satu destinasi yang mudah. 

Dalam State of the Nation Address (Ucapan Tahunan Negara) beliau awal tahun ini, Presiden Cyril Ramaphosa mengesahkan semula sektor pelancongan sebagai amat penting untuk masa depan Afrika Selatan dan berkata bahawa negara tersebut ingin menggandakan kedatangan pelancong antarabangsanya daripada 10.5 kepada 21 juta menjelang tahun 2030. Oleh itu, China akan memainkan peranan penting dalam kedatangan pelancongan Afrika Selatan.

Dengan lebih 1 bilion akaun pengguna aktif bulanan, WeChat dan Weixin menawarkan platform bersepadu yang dapat meningkatkan kesedaran jenama dalam kalangan pengembara Cina. Dengan bantuan pengaruh dan jaringan SA Tourism di Afrika Selatan, Tencent IBG akan membolehkan SA Tourism untuk mengoptimumkan pulangan pelaburan medianya dan mendekati segmen-segmen audiens sasaran utama. Tencent turut memberi sokongan kepada pemegang kepentingan lain dalam merumuskan penyelesaian dalam pasaran yang disesuaikan untuk menepati objektif-objektif jenama tertentu.

 

Source: Tencent
Keywords: Mobile Entertainment Travel Contracts Licensing/marketing agreements