omniture

Kajian Baharu Dedahkan Kebimbangan Utama Dalam Kalangan Pengembara Perniagaan

SAP Concur
2019-10-30 21:00 105

Pengembara Perniagaan Lapor Rasa Tidak Selamat, Dengan Pengembara Wanita dan LGBTQ+ Sering Mengalami Gangguan Menurut satu Tinjauan SAP® Concur®

BELLEVUE, Washington, 30 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- SAP SE (NYSE: SAP) telah mengumumkan keputusan tinjauan SAP® Concur® baharu yang mendedahkan bahawa lebih daripada tiga dalam empat pelancong perniagaan wanita telah mengalami gangguan ketika melakukan perjalanan dan lebih daripada satu dalam dua mengubah rancangan mereka kerana kebimbangan keselamatan. SAP Concur ialah jenama terkemuka di dunia untuk penyelesaian pengurusan perjalanan, perbelanjaan dan invois. Hasil kajian SAP Concur mengenal pasti kebimbangan keselamatan diri ketika berada di perjalanan dan kekecewaan terhadap sesetengah syarikat yang kelihatan meletakkan kepentingan perniagaan lebih utama mengatasi keperluan pekerja. Sorotan penting daripada 7,850 pengembara perniagaan dalam 19 pasaran global yang memberi maklum balas termasuk:


 

  • Pengembara sering merasa tidak selamat:
    • Daripada responden, 58% berkata mereka telah mengubah pengaturan perjalanan mereka kerana mereka merasa tidak selamat, sementara 52% pelancong perniagaan menyebut keselamatan perjalanan sebagai latihan yang paling berharga yang dapat diberikan oleh syarikat mereka.
    • Golongan Milenial lebih sensitif terhadap peristiwa semasa: Dalam 12 bulan yang lalu, 42% pengembara perniagaan dalam lingkungan umur ini telah mengurangkan perjalanan ke sesebuah lokasi kerana pergolakan politik atau bahaya kesihatan, berbanding 36% daripada Gen X dan 23% daripada Generasi Baby Boomers (generasi selepas perang dunia kedua). Ramai Milenial (40%) memilih penerbangan berdasarkan jenis pesawat, berbanding 33% daripada Gen X dan 21% Boomer.
    • Hampir sepertiga (31%) pengembara perniagaan mengutamakan keselamatan mereka sendiri sebagai faktor yang paling penting apabila melakukan perjalanan perniagaan, tetapi lebih separuh (54%) percaya keselamatan bukan keutamaan syarikat mereka.
  • Pengembara wanita melaporkan tahap gangguan dan seksisme yang tinggi dalam perjalanan:
    • Lebih daripada tiga dalam empat pengembara perniagaan wanita (77%) telah mengalami beberapa gangguan atau layanan buruk semasa perjalanan. Wanita ditanya sama ada mereka mengembara dengan suami mereka (42%), diabaikan oleh pekerja perkhidmatan (38%), atau mendapat siul ejekan semasa menjalankan tugas (31%).
    • Hampir separuh daripada pengembara perniagaan wanita muda depan diskriminasi. Empat puluh enam peratus wanita Gen Z melaporkan telah ditanya sama ada mereka melakukan perjalanan dengan suami mereka berbanding 31% daripada Boomer. Pada masa yang sama, 41% wanita Milenial telah diabaikan oleh pekerja perkhidmatan berbanding 23% daripada Boomer.
  • Pengembara LGBTQ + menyembunyikan aspek identiti mereka semasa melakukan perjalanan untuk kerja:
    • Majoriti (95%) pengembara LGBTQ + menyembunyikan orientasi seksual mereka semasa dalam perjalanan perniagaan, dengan sebab yang paling umum adalah untuk melindungi keselamatan mereka (57%).
    • Lapan puluh lima peratus telah mengubah susunan perjalanan mereka kerana kebimbangan terhadap keselamatan mereka, berbanding hanya 53% rakan bukan LGBTQ+ mereka.
  • Perjalanan perniagaan tidak menjadi semakin mudah atau kurang tertekan:
    • Enam puluh tujuh peratus percaya syarikat mereka ketinggalan di belakang dalam mengguna pakai teknologi terkini untuk menjadikan perjalanan perniagaan lebih mudah.
    • Majoriti besar pengembara perniagaan (94%) bersedia untuk berkongsi maklumat peribadi untuk meningkatkan pengalaman perjalanan perniagaan mereka – satu angka yang mengagumkan dalam era kebimbangan privasi data.
    • Tiga puluh tujuh peratus daripada pengembara perniagaan merasakan tekanan paling utama sebelum melakukan perjalanan ketika mereka merancang, menempah dan mengurus perjalanan. Di sisi lain, apabila seorang pengembara pulang ke rumah, 24% daripada pengembara perniagaan mengatakan mereka lebih suka menemui doktor gigi untuk pengisian kaviti daripada menyiapkan laporan perbelanjaan.

"Isu-isu sosial dan pengalaman pekerja semakin memberi impak kepada cara kita mengembara. Dengan peralihan ini muncul jangkaan harapan baharu daripada pekerja yang mengembara yang tidak sepatutnya diabaikan," kata Mike Koetting, Ketua Pegawai Strategi Produk, SAP Concur. "Walaupun syarikat terus mencuba dan memaksimumkan kepuasan pengembara, realitinya ialah pekerja memerlukan lebih empati, bimbingan dan teknologi yang lebih baik kerana mereka menghadapi kekecewaan umum dan kebimbangan individu yang unik, yang memberikan ruang untuk penambahbaikan dalam organisasi semua saiz."

Muat turun laporan penuh kertas putih di sini: https://www.concur.com/en-us/resource-center/whitepapers/business-traveler-report-2019

Kajian itu dijalankan oleh Wakefield Research (www.wakefieldresearch.com), penyedia penyelidikan pasaran kuantitatif, kualitatif dan hibrid terkemuka dalam kalangan 7,850 pengembara perniagaan, yang ditakrifkan sebagai mereka yang menjalankan perniagaan tiga kali atau lebih setahun dari pasaran berikut: Australia, Belgium, Brazil, Kanada, Tanah Besar China, Hong Kong, Taiwan, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, India, Jepun, Luxembourg, Mexico, Belanda, Norway, Singapura, Malaysia, Sweden, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Tinjauan berlangsung pada Julai-Ogos 2019.

Latar Belakang SAP Concur
SAP® Concur® ialah jenama terkemuka di dunia untuk penyelesaian perjalanan, perbelanjaan, dan pengurusan invois bersepadu, didorong oleh usaha gigih untuk mempermudah dan mengautomasikan proses harian ini. Aplikasi mudah alih SAP Concur yang berkedudukan tinggi membimbing pekerja melalui setiap perjalanan, caj mudah diletakkan ke dalam laporan perbelanjaan, dan kelulusan invois adalah automatik. Dengan menyepadukan data hampir masa nyata dan menggunakan AI untuk mengaudit 100% transaksi, perniagaan dapat melihat dengan tepat apa yang mereka belanjakan tanpa perlu risau tentang titik-titik buta dalam belanjawan. Penyelesaian SAP Concur menghapuskan tugas renyah semalam, menjadikan kerja hari ini lebih mudah, dan membantu perniagaan berjalan dengan lancar setiap hari. Ketahui lebih lanjut di concur.com atau blog SAP Concur.

Latar Belakang SAP
Sebagai Syarikat Pengalaman yang dikuasakan oleh Perusahaan Kecerdasan, SAP merupakan peneraju pasaran dalam perisian aplikasi perusahaan, SAP membantu syarikat berjalan dengan lebih baik. Aplikasi dan perkhidmatan SAP membolehkan pelanggan kami beroperasi dengan menguntungkan, menyesuaikan diri secara berterusan, dan berkembang secara mampan. Untuk maklumat lanjut, layari www.sap.com.

Sebarang kenyataan yang terkandung di dalam dokumen ini yang bukan fakta sejarah adalah kenyataan pandang ke hadapan seperti yang ditakrifkan dalam Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian AS 1995. Kata-kata seperti "menjangkakan," "percaya," "menganggar," "mengharapkan," "meramal," "merancang," "mungkin," "merancang," "mengunjur," "meramalkan," "sepatutnya" dan "akan" dan ungkapan yang sama tatkala ia berkait dengan SAP adalah bertujuan untuk mengenal pasti kenyataan pandang ke hadapan itu. SAP tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula sebarang kenyataan pandang ke hadapan. Semua kenyataan pandang ke hadapan tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada jangkaan. Faktor-faktor yang boleh menjejaskan keputusan kewangan masa depan SAP dibincangkan dengan lebih lengkap dalam pemfailan SAP dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. ("SEC"), termasuk Laporan Tahunan terkini SAP pada Borang 20-F yang difailkan dengan SEC. Pembaca diingatkan untuk tidak meletakkan pergantungan yang tidak wajar terhadap kenyataan-kenyataan pandang ke hadapan ini, yang benar pada tarikh ia diterbitkan.

© 2019 SAP SE. Semua hakcipta terpelihara.
SAP dan produk dan perkhidmatan SAP lain yang disebutkan di sini serta logo mereka ialah tanda dagang atau tanda dagang berdaftar SAP SE di Jerman dan negara-negara lain.  Sila lihat https://www.sap.com/copyright untuk maklumat dan notis tanda dagang tambahan.  

Untuk maklumat lanjut, berita sahaja:
Alex Vaught, concurpr@sap.com 
Bilik berita SAP News Center; press@sap.com
Ikuti SAP di Twitter @sapnews.

Sila pertimbangkan dasar privasi kami. Sekiranya anda menerima siaran berita ini dalam emel anda dan anda ingin menyahlanggan senarai mel kami, sila hubungi press@sap.com dan taip 'Unsubscribe' pada baris subjek.


 


 


 


 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1016593/female_travel_2.jpg

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1016595/lgbtq_travel_2.jpg

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1019870/traveler_safety_training.jpg

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1019869/traveler_personalization.jpg

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1019868/business_travel_stress.jpg

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/621763/Concur_Logo.jpg

Source: SAP Concur
Related Stocks:
NYSE:SAP
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Travel Survey, Polls & Research Financial Technology