omniture

Mobikon Kumpul US$ 12.5 Juta Pusingan Siri B dipimpin oleh Binny Bansal

Mobikon
2019-10-31 11:33 159

SINGAPURA, 31 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Sebuah Syarikat yang bermula sebagai platform penglibatan pelanggan untuk restoran, kini berubah menjadi platform Pertukaran Data 360 darjah untuk ekosistem Makanan & Minuman (F&B). Dengan lebih 6 tahun pengalaman dalam vertikal yang sentiasa berubah ini, Mobikon beroperasi dalam 5 negara dengan lebih 6000 restoran, pada platform mereka. Syarikat kini ingin mengubah tawarannya kepada platform pertukaran data yang akan memberi kesan positif kepada ekosistem F&B seluruh dunia, memastikan perniagaan restoran sebagai aspek utama.

Mobikon telah menguji platform baharu mereka selama lebih suku tahun, mendemonstrasikan keputusan luar biasa untuk pembolehan perniagaan. Proposisi nilai yang unik dan jurang yang amat besar dalam menawarkan perkhidmatan kepada vertikal F&B telah menghasilkan Binny Bansal, penanda aras keusahawanan India, bagi memimpin pusingan pembiayaan ini dalam Mobikon.

"Mobikon telah mencatatkan kadar pertumbuhan yang cemerlang dalam pemerolehan pelanggan dalam beberapa bulan kebelakangan ini, berserta penambahbaikan yang ditunjukkan dalam metrik perniagaan utama restoran-restoran portfolio. Pengembangan geografi yang dicadangkan ke Australia dan selanjutnya ke Asia Tenggara akan memberi mereka kepimpinan pasaran yang tiada tandingan dalam bidang teknologi-restoran," kata Binny.

Hari ini, jenama-jenama India yang terkemuka dalam sektor F&B seperti Lite Bite Foods, Gajalee, Yellow Banana, Radisson group of Hotels, Jenama-jenama antarabangsa seperti Bistro Group, Gerry's Grill, Swensens, Nandos, Harry's, berserta Bank-bank terkenal, organisasi-organisasi Teknologi Kewangan, penyedia-penyedia POS dan jenama-jenama minuman bekerjasama dengan Mobikon pada platform pertukaran Data uniknya.

Samir Khadepaun, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Mobikon, berkata, "Kami akan menggunakan modal baharu ini bagi memperoleh bahagian pasaran yang besar di geografi sedia ada dan mewujudkan kedudukan yang kukuh di Australia dan Indonesia, selain melabur dengan banyak dalam tindanan teknologi kami termasuk pasukan sains data dan rangka kerja penyepaduan. Objektif kami adalah untuk mempercepatkan penciptaan nilai untuk restoran-restoran melangkaui pendiskaunan dengan menggunakan Pemahaman Data dan platform API terbuka yang akan menghubungkan dan menyalurkan seluruh ekosistem berkisarkan restoran-restoran."

Anurag Srivastava, Pengasas dan Rakan Pengurusan Jungle Ventures, berkata, "Kami teruja untuk melihat Mobikon melakukan lonjakan ini menuju fasa skala disruptif yang seterusnya. Penambahan Binny Bansal sebagai sebahagian daripadanya, memberi kami keyakinan tinggi dan pengesahan kepercayaan kami terhadap syarikat dan pasukannya."

Dengan rancangan untuk berkembang pesat, baru-baru ini syarikat melantik Apoorva Ruparel, seorang usahawan siri dengan pelbagai pengunduran yang berjaya dan rekod prestasi sempurna berhubung penggodaman pertumbuhan dan khidmat nasihat pelaburan kepada banyak pengasas di seluruh India, Timur Tengah dan Eropah. Sebagai sebahagian daripada pengalaman korporat beliau, Apoorva pernah bekerja dengan Accenture, Nortel, Juniper dan I-gate Global. Kini, beliau menyertai Mobikon sebagai Pengasas Bersama & menerajui semua inisiatif pertumbuhan.

Syarikat telah mengangkat Amit Divekar sebagai Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Teknologi dan beliau akan memberi tumpuan untuk meningkatkan Kecerdasan Data pada Platform Teknologi dan meningkatkan Pengalaman Pelanggan dengan ketara. Amit telah bersama Mobikon sejak 5 tahun lalu dan banyak menyumbang kepada tindanan seni bina dan teknologi utama. Beliau membawakan dua dekad pengalaman teknologi yang tidak ternilai, semasa berkhidmat untuk Autodesk dan Neilsoft.

Visi jangka pendek Mobikon adalah untuk melibatkan lebih 50,000 restoran dan mengubah perkongsian ekosistem dengan Bank terkemuka, organisasi Teknologi Kewangan, pengeluar Minuman dan platform Khidmat Pengguna dalam tempoh 18 bulan akan datang.

Latar Belakang Mobikon 

Mobikon ialah platform pertukaran data yang terkemuka untuk ekosistem makanan & minuman (F&B). Syarikat ini telah melibatkan lebih 27 juta profil pelanggan restoran unik dan menghasilkan 700,000 profil pelanggan restoran baharu setiap bulan. Mobikon ialah sebuah syarikat portfolio Jungle Ventures dan telah mengumpul sejumlah US$25 juta dalam pelaburan utama setakat ini. Sistema Asia Fund telah memimpin pusingan pembiayaan terdahulu untuk syarikat.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang kami: www.mobikon.io

Hubungan media di India:
Cik Debalina Ghosh
debalina.ghosh@adfactorspr.com 
+91-9920362369

En. Viren Saldanha
viren.saldanha@adfactorspr.com
+91-9423888006

 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1019144/Mobikon_Logo.jpg

 

Source: Mobikon
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Financing agreements