omniture

RCI dan The Registry Collection mengalu-alukan Anantara Vacation Club kembali ke dalam Jaringan Pertukaran Global

Penambahan 9 pusat peranginan daripada Anantara Vacation Club ke dalam portfolio memperluaskan gabungan pilihan percutian berkualiti untuk ahli-ahli dalam jaringan pertukaran kongsi masa yang terbesar didunia.
RCI Asia Pacific
2019-11-01 16:00 429

SINGAPURA, 1 November 2019 /PRNewswire/ -- RCI, sebuah syarikat peneraju global bagi pertukaran percutian yang sebahagian daripada Wyndham Destinations (NYSE: WYND) baru-baru ini telah memeterai satu perjanjian pergabungan dengan Anantara Vacation Club mengalukan portfolionya dengan 9 hartanah pusat peranginan merentasi 7 destinasi ke dalam jaringan pertukaran percutian RCI. 9 hartanah pusat peranginan Anantara Vacation Club akan bergabung dibawah program RCI Points dan tiga hartanah turut menjadi sebahagian daripada program The Registry Collection.

Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020 dengan melalui perjanjian tersebut, lebih daripada 13,000 pemilik Points Anantara Vacation Club akan mendapat akses kepada jaringan RCI yang melibatkan lebih daripada 4,300 pusat peranginan di 110 negara. Tahap Pemilikan Elite Platinum dan Elite Royal Anantara Vacation Club akan turut menerima keahlian program The Registry Collection.

Majlis Penandatanganan antara Anantara Vacation Club dan RCI. (dari kiri ke kanan) Jonathan Mills, Pengarah Urusan untuk RCI Asia Pasifik; Maurizio Bisicky, Ketua Pegawai Operasi untuk Anantara Vacation Club; Olivier Chavy, Presiden untuk RCI
Majlis Penandatanganan antara Anantara Vacation Club dan RCI. (dari kiri ke kanan) Jonathan Mills, Pengarah Urusan untuk RCI Asia Pasifik; Maurizio Bisicky, Ketua Pegawai Operasi untuk Anantara Vacation Club; Olivier Chavy, Presiden untuk RCI

"Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan RCI bagi menawarkan pilihan pertukaran kepada jaringan Pemilik kami yang semakin berkembang," kata Maurizio Bisicky, Ketua Pegawai Operasi Anantara Vacation Club. "Kami percaya bahawa penggabungan bersama RCI dan The Registry Collection ini bukan sahaja melengkapi nilai Pemilikan Anantara Vacation Club tetapi turut menyediakan pilihan percutian yang diperluas serta kefleksibelan kepada kumpulan Pemilikan kami."

Hartanah Anantara Vacation Club yang baru bergabung ini akan meluaskan pilihan pelancongan kepada 3.8 juta ahli RCI. Ahli-ahli RCI dapat bertukar-tukar penginapan di salah satu portfolio Anantara Vacation Club melibatkan 9 hartanah Pusat Peranginan Kelab, termasuk Signature Club Resorts di Phuket dan Bali, vila kolam renang di Koh Samui dan suit mewah di Bangkok, Chiang Mai, Sanya dan Queenstown:

  1. Anantara Vacation Club Mai Khao Phuket
  2. Anantara Vacation Club di Riverside Bangkok
  3. Anantara Vacation Club Sathorn Bangkok
  4. Anantara Vacation Club Bophut Koh Samui
  5. Anantara Vacation Club Chiang Mai
  6. Anantara Vacation Club di Avani Seminyak Bali
  7. Anantara Vacation Club Legian Bali
  8. Anantara Vacation Club di Oaks Shores Queenstown
  9. Anantara Vacation Club Sanya

"Kami berasa teruja untuk mengalu-alukan kembali Anantara Vacation Club ke dalam jaringan pertukaran RCI," kata Olivier Chavy, Presiden RCI. "Hartanah pusat peranginan Anantara Vacation Club terkenal dengan kualitinaya yang luar biasanya dan kami percaya ahli-ahli kami akan bergembira dengan pilihan percutian hebat yang dibawakan oleh gabungan Anantara Vacation Club. Saya mengharapkan perkongsian yang hebat dan peluang-peluang menarik yang dibawakan olehnya dalam tahun-tahun akan datang."

"Penambahan Anantara Vacation Club menambah pilihan percutian yang mengagumkan kepada portfolio kami yang terus berkembang di rantau Asia Pasifik," kata Jonathan Mills, Pengarah Urusan RCI Asia Pasifik dan DAE Global. "Kami berbesar hati untuk menerima lebih 13,000 Pemilik Mata Kelab Anantara Vacation Club ke dalam keluarga ahli RCI dan kami berharap dapat menyediakan mereka dengan akses kepada percutian di beberapa destinasi hebat yang ditawarkan oleh RCI sebagai tambahan kepada set faedah yang kini dinikmati oleh mereka."

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.RCI.com atau www.RCIAffiliates.com.

Latar Belakang RCI

RCI ialah peneraju seluruh dunia bagi pertukaran percutian, menyediakan portfolio jenama-jenama yang unik. RCI merintis konsep pertukaran percutian pada tahun 1974, menawarkan ahli-ahli dengan peningkatan kefleksibelan dan kepelbagaian dengan pengalaman pemilikan percutian mereka. Kini, melalui program RCI Weeks®, sistem pertukaran secara mingguan, dan program RCI Points®, sistem pertukaran berasaskan mata peringkat global yang pertama dalam industri ini, RCI menyediakan 3.8 juta ahli dengan akses kepada lebih 4,300 pusat peranginan bergabung kira-kira di 110 negara. Program pertukaran mewah RCI, program The Registry Collection®, merupakan program terbesar di dunia seumpamanya dengan kira-kira 200 hartanah bergabung yang boleh diakses sama ada untuk pertukaran atau sedang dibangunkan di enam benua. Portfolio jenama-jenama RCI turut melibatkan Love Home Swap, salah satu program pertukaran kediaman yang terbesar di dunia, DAE, syarikat pertukaran terus-kepada-ahli dan @Work International, penyedia utama sistem pengurusan hartanah. RCI merupakan sebahagian daripada Wyndham Destinations (NYSE: WYND). Untuk maklumat lanjut, kunjungi pusat media kami atau rciaffiliates.com. RCI juga boleh ditemui di Facebook, YouTube dan Twitter.

Latar Belakang program The Registry Collection®

Program The Registry Collection® ialah program pertukaran mewah yang terbesar di dunia, dengan kira-kira 200 hartanah gabungan yang sama ada boleh diakses untuk pertukaran atau sedang dibangunkan. Bermula daripada hotel kondominium dan pusat peranginan mewah sebahagian kepada kelab kediaman persendirian dan kapal layar sebahagian, program The Registry Collection menyediakan ahli-ahli mereka dengan akses kepada jaringan elit hartanah percutian terbaik di beberapa destinasi utama di dunia, selain perkhidmatan pekerja rencam pelancongan yang disediakan 24 jam sehari. Program The Registry Collection ditawarkan oleh RCI, peneraju dunia bagi pertukaran percutian dan sebahagian daripada kumpulan jenama Wyndham Destinations (NYSE: WYND). Untuk maklumat lanjut kunjungi pusat media kami atau TheRegistryCollection.com. Anda juga boleh menemui The Registry Collection di Facebook dan Instagram.

Latar Belakang Anantara Vacation Club

Anantara Vacation Club ialah program pemilikan percutian ulung di Asia. Ia dilancarkan pada tahun 2010 oleh Minor International PCL, pemilik Minor Hotels. Kelab ini menawarkan portfolio dengan sembilan Pusat Peranginan Kelab mewah di seluruh Thailand, Indonesia, China dan New Zealand serta menyediakan Pemilik Mata Kelab dan tetamu mereka dengan peluang untuk menerokai destinasi percutian terkemuka. Peluang pelancongan Pemilik Mata Kelab terus ditingkatkan melalui penggunaan program-program Club Escapes dan Global Traveller fleksibel yang memberi akses kepada ratusan pusat peranginan dan hotel rakan kongsi di peringkat antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.anantaravacationclub.com, atau ikuti blog Anantara Vacation Club atau saluran media sosial di Facebook, Twitter, Instagram dan Weibo.

Latar Belakang Minor Hotels

Minor Hotels ialah pemilik, pengendali dan pelabur hotel dengan portfolio lebih 76,000 bilik merentas lebih 520 hotel, pusat peranginan dan suit berservis di bawah jenama Anantara, AVANI, Oaks, Tivoli, Elewana, NH Collection, NH Hotel, nhow, Marriott, Four Seasons, St. Regis, Radisson Blu dan Minor International.  Hari ini, portfolio hotel dan spa Minor Hotels berada di 54 negara di Asia Pasifik, Timur Tengah, Afrika, Laut Hindi, Eropah dan Amerika.  Selain itu, Minor Hotels juga mengendalikan perniagaan campur guna termasuk plaza membeli belaj & hiburan, hartanah kediaman, dan kelab percutian berasaskan mata.  Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.minorhotels.com.

Hubungan Media:

Joanna Wang
Joanna.Wang@rci.com
+65-6412-2171

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191008/2603916-1?lang=0 
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141219/8521407668LOGO?lang=0 

Source: RCI Asia Pacific
Related Stocks:
NYSE:WYND
Related Links:
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Licensing/marketing agreements