omniture

inwi Terima "Anugerah Permainan Afrika" atas Komitmen kepada Pembangunan Industri Permainan di Afrika

inwi
2019-11-04 07:43 105

PARIS, 3 November 2019 /PRNewswire/ -- inwi, pengendali digital global, hari ini menerima "Anugerah Permainan Afrika" semasa "Minggu Permainan Paris". Anugerah ini mengiktiraf peranan perintis inwi dalam pembangunan industri permainan (gaming) di Morocco dan Afrika.

inwi team receiving the "Africa Gaming Award"
inwi team receiving the "Africa Gaming Award"

"Anugerah ini mengiktiraf dan mempamerkan komitmen inwi yang kukuh terhadap pembangunan industri permainan, di Morocco dan Afrika," kata Nadia Fassi-Fehri, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif inwi. "Pencapaian yang diperoleh inwi akan menggalakkan kemunculan ekosistem yang inovatif dan dinamik, serta membolehkan negara kita mencapai kedudukan yang lebih baik dalam industri seluruh dunia baharu yang pantas berkembang ini."

"Sebagai penggiat dunia dalam industri esukan dan permainan, kami yakin wujudnya potensi yang besar di Morocco dan Afrika untuk bidang ini.  Komitmen inwi kepada pemain dan pembangun Morocco dan Afrika sejajar dengan visi kami untuk mempromosikan industri baharu ini ke seluruh dunia," kata Ivan Nayfeld, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Webedia Africa, penganjur bersama "Minggu Permainan Paris".

"Minggu Permainan Paris" mengalu-alukan lebih daripada 316,000 pelawat pada tahun 2018, dan kini berada di kedudukan antara 3 acara permainan utama di seluruh dunia.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1021499/inwi_Africa_Gaming_Award.jpg


 

Source: inwi
Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Awards Trade show news